Thursday, November 27, 2008

LOY KRATHONG

YB Mohamad Zaki Hj Ibrahim dalam program Perasmian Malam Kebudayaan kaum Siam di Watt Pikhul Thong Terbak.


Tok Penghulu Tanpa Mukim Cham Roen a/l Eh Rong menjamu selera bersama Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Encik Surat a/l Chau Lan.

Tuesday, November 25, 2008

ZIARAH MANGSA KEMALANGAN JALANRAYA


Mangsa: Ghafar Bin Chik
Alamat: Kg Chabang 3 Berangan
Tarikh Kemalangan: Malam Hari Raya Aidilfitri
Tarikh YB Ziarah: 24 Nov 2008(Isnin)

MAJLIS PENYAMPAIAN KAD TAKAFUL KIFALAH MUKIM BERANGAN




Tarikh: 24 November 2008 (Isnin)
Masa: 3.00 petang

Tempat: Dewan Serbaguna Berangan Pondok



Sunday, November 23, 2008

Ahli Keluarga Baru AJK Pemuda DUN Kelaboran

Ketibaanmu dinanti
Menjadi kebanggaan di hati
Ibu dan ayah tersenyum berseri
Muhd Danish Rifqie nama diberi

9 bulan menanti waktu
Untuk bergelar ayah dan ibu
Qur'an dan Sunnah menjadi guru
Semoga berkat seluruh hidupmu

p/s Lawatan dibuat pada 22hb November 2008, ketika usia Danish 12 hari.

Tuesday, November 18, 2008

Ingatan Untuk Diriku Yang Alpa


Sesungguhnya kita sering lupa siapa diri kita. Hujan yang turun, panas yang memancar, mendung yang berarak, pertukaran malam dan siang, pergerakan bulan dan bintang, berputarnya bumi dan alam ini, itulah teknologi canggih yang dicipta oleh Allah swt, terpahat sudah kenyataan ini di dalam al-Qur'an, tiada seorang manusia pun yang mengaku Islam, menolaknya.

Dari al-Qur'an yang sama, juga terpahat ayat-ayat muhkamat.. Namun mengapakah umat Islam yang mengakui kebesaran Allah, sekelip mata berubah dan menjalani kehidupan dan siasah tanpa mengikut hukum al-Qur'an?.. Mengapa percaya pada sebahagian dan meninggalkan sebahagian? Adakah umat Islam sendiri meragui dan mengatakan bahawa al-Qur'an tidak cukup maju untuk menangani masalah globalisasi di zaman langit terbuka ini?

Ingatlah teman... inilah fokus utama perjuangan.. al-Qur'an dan Sunnah sebagai Dustur kita... Janganlah leka dan risau kerana diganggu dengan mehnah dan tribulasi kehidupan.. sehingga nanti kita melupai tarbiyyah, hilang semangat, putus asa, lantas setelah beberapa lama terjerumus menjadi golongan seperti yang disebut oleh Ust Fathi Yakan iaitu golongan yang gugur di sepanjang jalan da'wah..

Wa nauzubillah... Fikir-fikirkanlah...!

Monday, November 17, 2008

PENYAMPAIAN KAD TAKAFUL KIFALAH & SIJIL TAKAFUL ARMALAH

17 Nov 2008(Isnin)
3.00 petang
Perkarangan Pejabat ADUN Kelaboran
YB ADUN Kelaboran sedang menyampaikan ucapan

Sebahagian Muslimat yang hadir untuk menerima
kad takaful kifalah & sijil takaful armalah

Orang ramai tidak melapaskan peluang
mendengar ucapan@taklimat daripada YB ADUN Kelaboran

Saturday, November 15, 2008

MAJLIS IHTIFAL PASTI AL-TAHIR, KG PADANG TEMBESU

Persembahan nasyid dari kumpulan Shautul Raudhah,
bekas pelajar PASTI Al-Tahir sesi 1998-2005

Pelajar-pelajar tidak sabar menunggu
majlis penyampaian hadiah

Ibu kepada pelajar tidak melepaskan peluang
untuk melihat persembahan daripada anak-anak

Sebahagian AJK PASTI yang hadir meraikan
Majlis Ihtifal PASTI Al-Tahir pada 14 Nov 2008 (Jumaat)

YB ADUN Kelaboran merangkap Pengarah PASTI
Negeri Kelantan pada ucapan majlis perasmian


PENYAMPAIAN KAD TAKAFUL KIFALAH BANDAR TUMPAT

Tarikh : 13 Nov 2008 (Khamis)
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Perkarangan Rumah Dr Hj Ab Wahab Ali

Peserta dari pelbagai kaum datang
untuk menerima kad takaful kifalah
daripada YB ADUN Kelaboran

Sementara menunggu ketibaan YB,
Dr Hj Ab Wahab Ali selaku tuan rumah
menyampaikan info kesihatan kepada tetamu

YB ADUN Kelaboran meyampaikan ucapan
sebelum majlis penyampaian kad takaful kifalah


Tuesday, November 11, 2008

TUAN GURU DI PEJABAT ADUN

Hari ini Pejabat DUN Kelaboran amat bertuah kerana dikunjungi oleh tetamu berjiwa rakyat, pimpinan tertinggi negeri yang juga Mursyidul Am PAS.




Kunjungan dibuat selepas beliau menghadiri majlis rasmi jemputan kaum Siam sempena Pesta Loy Krathong di Terbak. Turut serta adalah YB Zaki, YB Che' Lah, YB Dato' Takiyuddin dan beberapa dignitaries yang lain.

BBQ KAMBING & FUTSAL DPPKT

Make kambing bakar di Pantai Sri 7

Diberi kesempatan untuk bercakap
atas title KP Negeri

YB Kelaboran vs YB Wakaf Bharu
pada Kejohanan Futsal Mahabbah DPPKT
di Dewan Futsal Kg Tal 7

Juga berkesempatan bercakap
sebagai KP Negeri

Sunday, November 9, 2008

MENYAMPAIAKAN DUIT TAKAFUL KIFALAH

Wasi menerima sumbagan RM500 daripada YB ADUN Kelaboran
sebagai pendahuluan Skim Takaful Kifalah.

Wasi mendengar sedikit makluman daripada YB ADUN Kelaboran
sebelum menerima duit pendahuluan.

Penghulu bertanggungjawab untuk memastikan warga emas
dibawah mukimnya berhak menerima skim ini dan tidak tercicir.

Monday, November 3, 2008

AKU TETAP AKU..


AKU TETAP AKU

Bukan aku tak tahu
Perbuatan ini dosa bagiku
Namun mereka itu adalah kroniku
Mana mungkin ku tolak begitu......

Bukan aku tak tahu
Bakal rosak nama baikku
Biarlah kalau orang nak kutuk aku
Aku dah biasa dengan kemodenan itu....

Bukan kau tak tahu
Akukan bakal pemimpinmu
Malaysia bakal dalam genggamanku
Tua esok taubatlah aku....!

Sunday, November 2, 2008

PPWK DUN KELABORAN TERIMA ANUGERAH


Satu majlis ringkas telah diadakan di Pusat Pembangunan Wanita Kelantan DUN Kelaboran bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri dan untuk meraikan kejayaan PPWK DUN Kelaboran yang telah menggondol Anugerah Khas PPWK terbaik seluruh negeri Kelantan bagi tahun 2008 dalam majlis Konvokesyen PPWK yang telah diadakan baru-baru ini di PUTIK.




YB ADUN Kelaboran dalam ucapannya turut menekankan bahawa selain dari belajar itu adalah amanah yang perlu dipikul, pelatih PPWK juga perlulah memahirkan diri untuk bergiat di dalam program-program kemasyarakatan. Ini bagi melahirkan bukan sahaja tenaga mahir tetapi tenaga mahir yang berketerampilan.





Turut serta di dalam majlis adalah Pengerusi Jawatankuasa PPWK DUN Kelaboran, Dr Abdul Wahab Ali, Naib Pengerusi, YM Tengku Maziah Tn Muda, Jemputan Khas daripada Urusetia Pembangunan Wanita Negeri Kelantan, saf kepimpinan Muslimat, Nisa dan pelatih-pelatih PPWK sendiri. Antara hadiah yang diterima adalah Sijil, frame ayat suci al-Qur'an dan mesin pemotong kain. Harapan bersama adalah agar pelatih-pelatih baru tidak leka, akan terus mengekalkan kecemerlangan ini dan dapat menjadi tukang jahit profesional satu masa nanti.

PENYAMPAIAN INPUT PERTANIAN DUN KELABORAN


Satu majlis penyerahan input pertanian beserta penyerahan Kad Takaful Kifalah telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran baru-baru ini. Pada kali ini seramai 90 penerima dari kalangan nelayan pesisir pantai DUN Kelaboran telah hadir. Walaubagaimana pun, peralatan tidak diberi sekaligus sebaliknya mereka diberi kupon untuk menuntut barangan yang terdiri daripada beto, pukat dan bubu.







Manakala penerima Kad Takaful Kifalah dari Mukim Kepala Batas yang telah pun berdaftar dan turut serta dalam penyerahan tersebut adalah berjumlah seramai 16 orang.





Antara penerima kad Kifalah














Tetamu yang turut serta