Thursday, January 29, 2009

KACAU BUBUR ASYURA

Budaya kacau Syura memang telah sinonim dengan Kelantan bersempena dengan kehadiran bulan Muharram. Tidak ketinggalan baru-baru ini penduduk qaryah Masjid Jubakar Pantai dalam DUN Kelaboran, telah mengadakan majlis kacau Syura di perkarangan Masjid. Sebanyak 4 kawah telah disediakan bagi memenuhi keperluan penduduk sekitarnya. Walaupun ia bukanlah sesuatu yang disunatkan tetapi aktiviti ini dapat mengukuhkan ikatan kerjasama dan pertalian ukhwah di kalangan penduduk sekitar.

Bagi yang biasa mengacau Syura, ia selalunya menelan waktu yang panjang. Mungkin kerana itulah ramai berpendapat program seperti ini kurang mendapat sambutan di kalangan anak muda. Namun begitu ia merupakan satu aktiviti tahunan yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak terutamanya bagi mereka yang sudah menyediakan mangkuk tempurung dan sudu daun nenas seawal pagi lagi.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar aktiviti tersebut:

Bersarapan bersama


Bekerjasama mengupas bawang, ubi, halia, jagung


Mengacau kacang


Membersihkan tempurung


Yang penting kerjasama


Sedang berehat melepas lelah...


Terus mengacau..


Proses memerah santan


Mericih pekakas / bahan bubur asyura


Tempurung yang telah dibersihkan.. Ini yang mahal ni..

Thursday, January 22, 2009

PALESTINE DI HATI KITA

Buatlah sesuatu walau hanya menghadiahkan bacaan sesurah al-Fatehah kepada saudara kita yang syahid, diatas kebiadaban Yahudi Israeil terhadap umat Palestine. Ini bukan lagi isu bangsa tetapi inilah isu terinjaknya agama dan kemanusiaan...

Tiada perkataan yang dapat menjelaskan keadaan sebenar.. namun saksikanlah..


Selagi hidup selagi bernyawa...


Darah pejuang kan kekal mengalir

Penghias Syurga Allah


Kesakitan dalam sedar


Apalah dosamu dik?

Pengkebumian anak sendiri


Redhakan lah pemergiannya


Menahan kesakitan..


Ya Rabb... Kami pohon perlindungan MU...


Peluru tidak mengenal usia. Yang masih berputing di mulut pun ditembak sama..


Ujian Allah tidak terbatas... dan Nikmatnya pun tidak terbatas...


Genocides...


Nenek dan cucu tidak terkecuali..


Anak yang tercampak dari pelukan ibu...


Qudus dan sucinya wajahmu dik...!



Kerajaan negeri Kelantan akan melancarkan Tabung Amanah Misi Cakno Palestine pada:
JUMAAT (23 JANUARI 2009/26 MUHARRAM 1430)
JAM 5.00 PETANG - 12.00 MALAM
TEMPAT DI DATARAN STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV KB

Semua dijemput hadir dan bawalah sejumlah wang semampumu untuk diderma..

Wednesday, January 21, 2009

KETUA JABATAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DILARANG MENGHADIRI MESYUARAT PERINGKAT NEGERI DI PERAK

Satu lagi sikap buruk kerajaan BN terserlah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi telah mengeluarkan arahan melarang semua ketua jabatan agensi kerajaan Persekutuan di negeri Perak dari menghadiri mesyuarat rasmi anjuran kerajaan Perak berkuat kuasa serta merta.

Larangan ini dilihat sebagai paling tidak demokratik kerajaan BN dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi dalam pentadbiran negara. Kelantan mempunyai pengalaman merasai suasana begini selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan dari BN pada tahun 1990. Wujud dua kerajaan dalam negeri Kelantan. Kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dan satu lagi kerajaan "haram" yang "dicreate" oleh BN melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Walau apa jua tindakan kerajaan Persekutuan di bawah BN untuk menganggu gugat kelancaran pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR), kita yakin natijah yang akan diterima oleh UMNO/BN ialah sebagaimana di Kelantan. Makin banyak tekanan yang diterima oleh kerajaan negeri Kelantan dari kerajaan Persekutuan, makin muak rakyat dengan lakonan jahat BN. Sehingga mereka sama-sama menolak UMNO/BN dalam siri-siri pilihan raya sehingga usia pentadbiran kerajaan kelantan kini melepasi 18 tahun. Kita yakin, apa yang dilaksana di negeri Perak ini juga akan menerima nasib yang sama dengan nasib mereka di Kelantan. Rakyat negeri Perak bijak menilai keikhlasan, parti mana yang betul-betul bekerja untuk menjaga kebajikan mereka. Saya optimis, rakyat Perak akan menolak BN secara total selepas ini kerana amat benci dengan lakonan pemimpin-pemimpin UMNO Perak dalam menjayakan misi jahat mereka menafikan hak kerajaan negeri di bawah PR di dalam pentadbiran dan kerja mengurus rakyat negeri tersebut.

Monday, January 19, 2009

SEKILAS AIR DI KALI TERENGGANU










Nasihat Tok Guru
Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan agar semua pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya ahli PAS tidak angkuh hingga mengeluarkan kenyataan yang menyinggung lawan berikutan kemenangan dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Memang benar apa yang Tuan Guru sebutkan, kerana sombong, riya', takabbur, ujub adalah sifat Syaitan yang wajib kita kikis jika tidak mahu kemenangan ini ditarik oleh Allah SWT kerana kebongkakan kita sendiri. Ingatlah ahli PAS terutamanya, yang telah berbai'ah untuk menjadikan al-Qur'an dan al-Sunnah sebagai cara hidup, wajib mengguna pakai ingatan dan arahan Tuan Guru ini kerana hidup kita yang singkat, sewajarnya kita gunakan untuk menarik seberapa ramai manusia agar kenal dan faham keadilan Islam, yang mana PAS menjadi platformnya. Jangan nanti kerana kebobrokan mulut segelintir ahli PAS, maka PAS sebagai wadah perjuangan pula yang mendapat libasan dan buruk nama.

p/s: Kerananya pulut santan binasa, kerananya mulut, badan binasa...











Kenyataanmu bukannya Alasanku
Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam berkata, ."..seandainya 3,000 pengundi luar PRK KT yang tidak pulang mengundi, pulang untuk mengundi pasti UMNO akan menang... " Kenyataan itu kita lihat sebagai satu kenyataan yang tidak berdasarkan analisis politik semasa. Sedarkah beliau bahawa sebahagian besar dari 3,000 pengundi luar yang tidak pulang ini merupakan pengundi muda yang pada PRU 12 lalu telah memilih PAS? Kalaulah percaturan penganalisis politik yang sering keluar di kaca TV itu benar, ditakdirkan pengundi muda ini pulang, pastilah majoriti PAS akan berlebih lagi. Nak kata apa?

p/s: Itulah, Dato' Seri kena ambil kursus Advance in Political Science sebelum keluar kenyatan akhbar!










Transparency
Kata Pengerusi SPR, ..."kemenangan parti pembangkang itu jelas membuktikan pihaknya bertindak telus, bukan sebagaimana yang didakwa oleh pembangkang khususnya berhubung isu pengundi hantu yang sering dibangkitkan..." Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT, kalau benarlah kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf itu. Bukan nak mengungkit, tetapi nak menyebut, kita di saf pembangkang ini sentiasa cuba untuk berhati-hati kerana pengalaman lalu menjadi pengajaran dan trauma ditipu masih belum terubat hingga ke hari ini.. Lagipun bukankah SPR itu satu badan yang bersendirian, jadi kenalah adil, bukannya memberi kenyataan yang berpihak kepada parti pemerintah. Tak gitu?

p/s: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh ambo tak kato...!












Wednesday, January 14, 2009

BILA TAN SRI RAFIDAH TERLEPAS KATA



Membaca akhbar harian hari ini, rasa terpanggil untuk mengulas komentar 'Ratu Air Mata' UMNO Tan Sri Rafidah Aziz ketika di Kuala Terengganu. Saya petik kata-katanya "...pengundi nak benda-benda macam ni lah, dia nak rumah dia dibela, jalan diturap. Sebab walau macam mana senyum meleret pun pembangkang, tak juga buat. Macam mana cantik wajah pembangkang dan mesranya mereka, masih tak boleh buat jalan itu, tak boleh nak betulkan longkang ini sebab kerajaan negeri adalah kerajaan BN... dan kerajaan pusat juga adalah kerajaan BN..."

Dari komen beliau jelas menunjukkan bahawa pengundi Kuala Terengganu sebenarnya sebelum inipun telah merana dan terbiar... dari zaman almarhum lagi, rumah pengundi tu tidak terbela, cukai pintu pun dikenakan semula, jalan tidak berturap, longkang terus tersumbat.. janji tinggal janji.. cuma nak pilihanraya kecil inilah baru UMNO nak membela rumah pengundi.. Baru terpikir nak menurap jalan.. Sebelum ni, peduli apa? Hallooo.... Legasi sebeginikah yang hendak pengundi warisi? Nak pilihanraya sahaja baru bantuan itu dan ini sampai berbondong-bondong. Kalau tidak, bayang pun nak kena teropong, dan rakyat merayu-rayu mohon bantuan bagai melukut di tepi gantang.

Yang kedua beliau sebutkan tentang wajah pembangkang yang tersenyum meleret, mesra rakyat, cantik macam manapun, tidak akan dapat membantu rakyat.. kerana apa? Kerana kerajaan negeri itu sendiri di bawah BN. Jadi sifir politiknya begini, jika Kerajaan Negeri itu dikuasai BN, manakala ADUN atau Ahli Parlimennya dari Pakatan Rakyat, maka kawasan itu akan dianaktirikan dari apa sahaja bentuk bantuan dan peluang..

Wah..Wah.. Wah... Terima kasih Tan Sri Rafidah kerana membuka rahsia kerajaan. Inilah bukti KRONISME yang kita bermati-matian menentang..! Kini sah lah bahawa itu adalah prinsip Kerajaan pimpinan Barisan Nasional, walaupun Pak Lah kata kerajaannya TELUS dan ADIL.. Jadi, tidak hairanlah jika kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tidak dapat meluluskan peruntukan untuk persatuan menyambut Tahun Baru Cina, tidak hairanlah kalau kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah sampai hendak menebang balak dalam kawasan hutan simpanannya, tidak hairanlah jika aktiviti kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tidak keluar Radio sedikit habuk.. dan tidak hairanlah kalau Selangor nak beri air free pada rakyat banyak pula red tape dan birokrasinya...

Ini adalah kerja buat tangan-tangan pimpinan BN yang ada di pusat, menyekat segala-galanya, hatta peruntukan negeri yang sudah memang milik negeri pakatan pun masih disekat..? TELUS dan ADIL kah tu? Tidak ada di dalam ajaran Islam baik di sekolah rendah atau peringkat universiti mengajar kita berbuat begitu. Ilmu agama apa yang dipakai oleh puak-puak ini? Malah tidak ada satu agamapun di dunia ini yang membenarkan pelakuan sekat-menyekat, kecuali dia itu murid Yahudi Zionis yang kini sedang rancak mengebom Gaza. Israeil memang pakar dalam bab sekat menyekat bantuan nih! Tentu mereka akan marah kalau kita kata mereka pengikut Yahudi Zionis... tapi nak buat macam mana? Perangai tu dah ada mirip-mirip...

Kesimpulannya, seruan saya kepada Pengundi P.036 yang ada diluar sana, sedarilah tanggungjawab diri. Guna pakailah pesanan famous Tuan Guru Nik Abdul Aziz, "...beri pitih, ambil, beri kain pakai, beri basikal gatih, beri kopi kacau... Namun undi, tepuk dada tanya Iman, baik undi Bulan..."
Sekian..

Tuesday, January 13, 2009

Isu Palestin : Kerajaan Malaysia Tetap Retorik ?

Malam tadi saya sempat menonton siaran langsung Sidang Khas Parlimen mengenai isu Palestin. Pergulungan persidangan dibuat oleh YB. Dato' Seri Rais Yatim, Menteri Luar. Pergulungan yang pada hemat saya tidak akan membawa apa-apa manifestasi bagi pihak rakyat Malaysia dalam perjuangan menentang kezaliman puak Yahudi di bumi Gaza. Kerajaan Malaysia seolah-olah masih lagi tidak mahu menggunakan saluran diplomatik untuk menyuarakan isi hati rakyat negera ini yang cukup membara menentang pengeboman dan pembunuhan setiap hari kanak-kanak, wanita dan orang awam di Palestin. Kerajaan Malaysia masih bersikap lunak dengan Duta Amerika yang mana negara Amerika inilah penyokong nombor wahid serangan Israel di Palestin.


Kalau kerajaan kita serius dalam isu ini, kenapa tidak halau saja Duta Amerika keluar dari negara kita sebagaimana yang telah dilakukan oleh Venuzuela. Barulah tindakan tersebut seiring dengan laungan rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi di merata tempat dengan sebutan, "Jahanam Yahudi", "Jahanan Amerika", "Hancur Amerika" dan macam-macam lagi kutukan kepada negara tersebut.


Saya amat bersetuju dengana saranan YAB. Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan dalam ucapan beliau semasa demonstrasi isu Palestin pada Jumaat lepas yang menyebut, "...kita perlu boikot barangan keluaran Israel dan Amerika sebagai komitmen kita umat lslam menentang kezaliman Yahudi Laknatullah. Dalam pasaran kita sekarang ini banyak barangan atau kedai milik Yahudi dan sekutu kuatnya Amerika. Pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengeluarkan beberapa jenis barang untuk diboikot segera kerana mereka menggunakan keuntungan syarikat untuk membiayai Israel dalam perang menawan Palestin..." Antara barangan tersebut ialah barangan keluaran Colgate, Coca-Cola dan Starbucks (restoran). Malam tadi juga saya menerima sms dari sahabat di London yang menyebut McDonalds juga menyumbang keuntungan syarikatnya kepada Israel.

Menjadi kewajipan kepada kita untuk pastikan agar duit orang lslam tidak mengalir secara tidak langsung untuk digunakan membeli senjata oleh Yahudi untuk membunuh umat lslam yang satu aqidah dengan kita di Palestin. Kita tidak akan kebuluran kalau tidak makan burger McDonalds atau ayam Kentucky Fried Chicken. Kita tidak akan kehausan kalau kita tidak minum Coca-Cola. Gigi kita tetap bersih walaupun tidak menggunakan Colgate.


Selaku orang lslam, selain ikhtiar zahiriah yang kita buat untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh sahabat-sahabat seagama dengan kita di Palestin, jangan lupa senjata utama kita iaitu DOA kehadrat Allah Taala. Buatlah solat hajat untuk kekuatan rakan-rakan pejuang lslam di Palestin. Amallah Qunut Nazilah sebagai permohonan 'direct' dengan Allah Azzawajjala untuk menghancurkan pakatan jahat musuh di bumi Palestin.


Wallahu'alam.

Monday, January 12, 2009

ANTARA BANTUAN DAN KETENTUAN


Apa khabar semua?? Banyak hari tidak menjenguk khabar blog DUN Kelaboran.. Rindu terasa di hati dan kemaafan turut dipohon dari semua pengunjung kerana krew blog terrrrlalu sibuk dengan menjelangnya pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Bercerita tentang Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, DUN Kelaboran, salah satu DUN di dalam Parlimen Tumpat selaku DUN pembantu diletakkan untuk bertugas di Peti Undi Bandaran bersama-sama Seberang Takir, Wilayah Persekutuan dan Kota Bharu. Bekerja rapat dengan petugas PAS, PKR dan DAP di negeri Terengganu, modus operandinya sedikit berbeza, begitu juga bahasa turut diambil kira.. Lebih kurang pilihanraya Permatang Pauh jugalah. Namun jurang itu hanyalah picisan kerana petugas-petugas ini mempunyai satu tujuan yang sama, dengan satu harapan, tertegaknya keadilan di negara Malaysia.

Kita mengharapkan satu pertandingan yang bersih dan adil. Dengar cerita, pimpinan UMNO juga begitu, tetapi mungkin difinasi kita dan dia berbeza. Bagi sebahagian mereka, demi kemenangan, pengundi hantu pun boleh mengundi, demi kemenangan, undi pos yang ditanda orang lain juga diterima, demi kemenangan ancaman ditukar kerja boleh diguna.. dan senarai demi kemenangan ini tiada noktahnya.

Dari itu, bukan bantuan dari utara, selatan, timur dan barat sahaja diperlukan, malah yang paling utama adalah kita pohon bantuan dari si Pencipta, Allah azza wa jalla.. Ruku'lah, sujudlah di malam yang sunyi dan bertahmid memuji kebesaran-Nya, berdoalah agar kita menang. Semoga dengan itu, andai kita menang biarlah kemenangan itu diberkati dan andai tidak, mungkin kerana diri kita belum bersedia lagi dan itulah ketentuan-Nya. Apapun, inilah peringatan bagi diri kita yang sentiasa perlu di muhasabah dan dikoreksi.


Thursday, January 1, 2009

UCAPAN TAHUN BARU 1430/2009

SELAMAT menyambut tahun baru Hijriah 1430 dan Masihi 2009. Semoga peristiwa berlaku sepanjang 12 bulan yang lalu dapat dijadikan sebagai pedoman serta pengajaran hidup yang bakal mendatang.

Sudah tentu ada peristiwa suka dan duka dalam penghidupan individu atau perjuangan ummah sepanjang tempoh masa tersebut. Apa pun yang penting ialah bagaimana kita mampu merealisasikan ketetapan Allah Raabul Jalil dalam apa jua perkara sehingga kita menegakkan peraturan - Nya di atas muka bumi ini secara mutlak.

Dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih banyak kepada rakyat DUN Kelaboran dan Kelantan keseluruhannya kerana begitu cakna dalam mempertahankan kerajaan kepimpinan Ulama' di negeri ini pada Mac 2008 yang lalu.

Semoga tahun 1430 dan 2009 ini kita akan sama-sama mempertingkatkan lagi usaha ke arah melaksanakan agenda Islam di Negeri Serambi Mekah ini.

Wallahu'alam.