Thursday, February 26, 2009

JOM PAKAT BANTAH PPSMI...( 7 MAC 2009)

Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan demonstrasi aman di hadapan Istana Negara pada 7hb Mac 2009 bermula jam 8:30pagi. Demonstrasi ini akan disertai oleh 100,000 rakyat pelbagai kaum dan NGO.

Datuk A.Samad Said, Sasterawan Negara bersama Ketua & AJK Dewan Pemuda PAS Kelantan dalam sesi taklimat khas PPSMI di Kota Bharu

Bantahan ini amat penting bagi kelangsungan bahasa ibunda di negara kita pada masa yang akan datang. Anak cucu kita yang akan mewarisi dasar pembelajaran ini akan menerima padah hasil dari tangan-tangan ganas pimpinan BN yang begitu 'gatal' untuk meneruskan PPSMI. Bahasa ibunda akan dikesampingkan dan akan hilang identiti mutunya.

R
akyat yang cintakan bahasa ibunda diseru agar keluar beramai-ramai pada 7hb Mac 2009 bagi demonstrasi aman di hadapan Istana Negara pada pagi hari tersebut. Apalah ertinya duit tambang yang berharga RM88.00 seandainya bahasa sendiri tergadai? Inilah tanggungjawab kita agar generasi masa hadapan tidak terlupa bahawa pernah ada satu ketika, bahasa Melayu ini pernah menjadi bahasa utama di Nusantara...

Pak Samad bersama YB ADUN Kelaboran (Ketua DPP Negeri Kelantan)


Sunday, February 22, 2009

UMNO dulu, kini & selamanya PENDERHAKA

Dilulus terbit pada Sunday, February 22 @ 08:54:15 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Oleh pemudabesut

"Artikel asal Pemudabesut.blogspot.com

 UMNO dari DULU, KINI & SELAMANYA memang adalah PENDERHAKA kepada Raja-raja Melayu. Sudah lama UMNO menyusahkan Raja-Raja Melayu dan sudah tiba masanya kita kaum Melayu membebaskan mereka semua daripada belenggu UMNO.


Sekarang Raja-raja Melayu dikelilingi oleh pengkhianat Melayu dan penderhaka Melayu yang duduk dalam pertubuhan spastik bernama UMNO.



Antara PENDERHAKAAN UMNO kepada Raja-Raja Melayu ialah ulang tayang keratan akhbar lama2 yang melingkupkan kekebalan Raja2 dan menegakkan kebebalan...

Mingguan Malaysia, 11 November 1991

1. UMNO pernah meminta disiasat Harta Raja-raja.

Berita Harian 1993
2. Shahidan yang pernah dakwa tahu asal-usul Raja & sedia mendedahkan bukti takhta Sultan Kelantan masa tu. (Berita lanjut : Labun Kulup Sakah: Shahidan pun pernah derhaka dengan Sultan Kelantan?)


3. 4 Resolusi mengenai Istana yang telah dikemukakan oleh UMNO Selangor iaitu

a) Tubuh satu jawatankuasa siasat harta/projek/tanah yang diluluskan kepada Raja secara langsung @ 'kopitian cina'. (yang lain baca sendiri. Klik pada gambar & besarkan tekan ctrl & +)

5. Tuanku pernah tengok memorandum di atas tak? carilah tuanku yek? Patik pun pinjam kat otai pencinta sejarah, dia kerabat juga Tuanku, tapi digulingkan British sebab Datuk Nenek dia melawan British lalu Selangor diperintah keturunan yang lain yang tunduk dengan British Tuanku.
6. Paling kesian mantan Yam Tuan Negeri Sembilan. Allahyarham Tuanku Jaafar yang disaman bank Standard Chartered sebanyak RM1 juta. Ini boleh dianggap derhaka dan UMNO tidak berbuat apa-apa untuk membantu Allahyarham Tuanku Jaafar. Tok nak peringatkan orang Melayu semua jangan simpan duit kat bank penderhaka ini. biar terlingkup habis bank ini.


7. Di Terengganu, penyokong Idris Jusoh berang dan melakukan demo yang terpapar kami mahukan Deris, "natang" (binatang). Kata-kata kesat itu ditujukan kepada penghulu Raja-Raja Melayu tak lain dan tak bukan Sultan Mizan yang juga Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bukankah ini juga derhaka kelas yang tertinggi.

8. Anuar Musa ketika jadi timbalan pengerusi perhubungan UMNO Kelantan pernah menabalkan sendiri sepupu Sultan Kelantan sebagai Sultan Kelantan sedangkan Sultan Kelantan masih lagi bersemayam di istana. Pada 29 April 1993, Anuar ketika itu sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan menabal Tengku Ibrahim Petra di majlis pemasyhuran Anugerah Kecemerlangan Indera Petra. Tengku Ibrahim pula disebutnya sebagai orang yang paling layak menduduki takhta kesultanan Kelantan disambut kira-kira 4000 orang penyokonh UMNO di padang sebuah sekolah di Ketereh


9. Satu Malaya tahu Mat Taib@Mat Tyson, bekas MB Selangor larikan Ku Yah (adik Sultan Selangor sekarang) ke Siam dan berkahwin di sana. Punyalah samseng Ketua Penerangan UMNO sekarang, tak lain tak bukan Mat Tyson. Tok heran kenapa Sultan Selangor tak tarik balik pingat kebesarannya dan usir keluar Mat Tyson dari Selangor. Melarikan adik Sultan dah kira tahap derhaka paling teratas dan sukar dimaafkan.

10. Jangan dilupakan bagaimana UMNO merobek kekebalan Raja-raja Melayu suatu ketika dulu


11. MB UMNO PERAK sebenarnya lebih dahulu adalah PENDERHAKA

(Petikan & gambar diubahsuai dari kulupsakah.blogspot.com & perisik-rakyat.com)

Thursday, February 19, 2009

SAMBUTAN GONG XI FA CHAI BERSAMA ADUN KELABORAN DAN DATO' ANUAR TAN

Pejabat DUN Kelaboran malam tadi telah menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Padang Kemahkotaan, Tumpat yang turut disertai oleh Dato' Hj Anuar Tan Abdullah, Exco kerajaan Negeri Kelantan.


Majlis yang berlangsung walaupun selepas Cap Goh Meh itu sangat meriah kerana ramai hadirin dari kaum Cina yang turut meraikan. YB Adun Kelaboran di dalam ucapannya menegaskan betapa perlu kerjasama antara kaum dan mencadangkan agar Kelab Penyokong turut ditubuhkan.



Lebih 500 tetamu tidak kira keturunan atau bangsa telah hadir sama-sama bagi meraikan program. Antara VIP yang hadir.


Seramai 120 orang warga emas dan 100 orang kanak-kanak telah diraikan dengan pemberian ang pow dan juga bag hamper.


Persembahan tarian singa dan Naga sangat menghiburkan dan menyebabkan penonton tidak berganjak walaupun malam telah agak larut

SIDANG DUN KELANTAN BAGI PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KELANTAN YANG KEDUABELAS

Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Yang Kedua Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Keduabelas akan berlangsung pada 23 - 24 Februari 2009 (Isnin - Selasa). Dalam Persidangan ini selain daripada pihak kerajaan akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pihak ADUN, satu usul khas mengutuk serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza akan dibentangkan. Usul ini akan dibentang oleh YAB. Tuan Guru Dato' Menteri Besar pada hari pertama persidangan.

Monday, February 16, 2009

QIYAMULLAIL BERSAMA MUSLIMAT

Memulakan dengan sesuatu yang baik, insya Allah akan berakhir dengan perkara yang baik. Itulah ungkapan yang biasa kita dengar. Tidak ketinggalan Muslimat DUN Kelaboran yang baru-baru ini telah menganjurkan program Qiyamullail selaku agenda pembukaan bagi tahun baru masehi 2009. Turut hadir adalah AJK Musimat DUN, AJK Nisa DUN, Ketua dan Setiausaha Muslimat Cawangan di dalam DUN Kelaboran.


Antara lain tujuan diadakan adalah untuk mengikat kukuhkan lagi uhwah antara satu sama lain. Juga mengulangi pesanan akan tujuan dan tanggungjawab seorang pemimpin yang tidak sunyi dari kesilapan. Penceramah pada malam tersebut adalah Ketua Dewan Muslimat Kawasan Tumpat, Ustazah Norhafizah Abdulah.


Majlis turut menjemput YB ADUN Kelaboran untuk mengimamkan solat subuh dan menyampaikan kuliah Subuh berkenaan isu semasa yang sedang hangat dibualkan terutamanya memberi faham tentang apa yang berlaku di Perak dan Kedah.


Dan diakhiri dengan bersama-sama membaca Doa Wehdah.. Akan sentiasa menanti program sebegini lagi..

Tuesday, February 10, 2009

"KERAJAAN HARAM PERAK" DIBENTUK DENGAN PERLANTIKAN 6 ORANG EXCO

Kekalutan BN dalam membentuk "kerajaan haram" di Perak terserlah apabila hanya berjaya melantik 6 orang Exco sahaja pagi tadi. Persoalannya kenapa tidak lantik kesemua 10 orang exco ? Adakah 21 orang lagi baki ADUN BN Perak yang ada tidak layak menduduki kerusi exco ? Kenapa tidak masukkan sama 3 badut ADUN Bebas dalam senarai anggota Exco "kerajaan haram" ? Atau berlaku perbalahan besar dalam pemilihan exco ? Macam-macam persoalan yang timbul terhadap "kerajaan haram" ini. Itulah barangkali balasan Allah Taala terhadap sikap gila kuasa UMNO & BN di Perak yang merompak hak rakyat Perak Darul Ridwan. Kenapa Najib Tun Razak tak campur tangan dalam penyenaraian exco Perak ?

Itu antara persoalan yang dibicarakan oleh rakyat di merata tempat pada belah pagi tadi. Rakyat hari ini sudah matang berbicara mengenai politik tanahair serta pandai mentafsir undang-undang dan perlembagaan. Rakyat sudah pandai berbicara mengenai undang-undang tuboh kerajaan negeri Perak dalam bab melantik Menteri Besar, dalam bab kuasa Speaker dalam Dewan Undangan Negeri serta dalam bab apa jua yang hangat dibicarakan seminggu ini. Itulah kematangan rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan. Sebab itulah suara rakyat Suara Keramat. Jangan cuba perlekehkan suara rakyat. Suara Rakyat boleh menumbangkan mana-mana kerajaan sebagaimana BN tersungkur di Kelantan pada tahun 1990 dan tertiarap di Selangor, Perak, Kedah dan P.Pinang pada Mac 2008.

BN sekali lagi akan menerima nasib sebagaimana pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu apabila pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau tidak lama lagi. Najib Tun Razak sudah tentu sekali lagi akan bawa periuk dan bantal ke Perak dan Kedah bila berlaku pilihan raya kecil nanti. Janji-janji kosong akan dijaja merata tempat seperti biasa. Rakyat Pengkalan Pasir, Permatang Pauh dan K.Terengganu masih lagi menanti Datuk Najib untuk menerima habuan janji-janji semasa pilihan raya kecil di tempat tersebut. Alahai Datuk, rakyat sudah tau temberang politik murahan UMNO dengan janji-janji kosong macam itu.
Kami jentera PAS negeri Kelantan akan berkampung di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dalam pilihan raya kecil nanti bagi memastikan BN sekali lagi tersungkur bergaya di kawasan tersebut. Insya Allah.

Sunday, February 8, 2009

MISI CAKNA PALESTIN DI PASAR TUMPAT

Penderitaan rakyat Palestine sentiasa mencengkam di hati-hati kita. Pada 23 Januari lalu, kutipan derma peringkat negeri telah diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV yang dirasmikan oleh YB Tuan Guru Menteri Besar. Atas kesedaran itu, bagi menyambung usaha untuk mencapai sasaran kutipan RM10 juta, Pemuda DUN Kelaboran dengan kerjasama Nisa' DUN Kelaboran melancarkan Kutipan Derma Misi Cakna Palestine (MCP) yang diadakan di Pasar Tumpat.

Majlis yang bermula jam 9.30 pagi didahului dengan ucapan dari ADUN Kelaboran, YB Mohamad Zaki Ibrahim. Beliau menekankan betapa perlunya kita yang mengaku saudara seIslam mengambil berat dan mengambil tahu atas penderitaan yang dialami oleh mangsa kekejaman Zionis di Ghazzah. Bukan itu sahaja adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk meringankan beban yang mereka tanggung. Semoga Allah akan melipat gandakan keuntungan bagi semua penderma Tabung berkenaan.

YB ADUN Kelaboran melancarkan kutipan dengan menderma sumbangan peribadi beliau mendahului penderma-penderma yang lain


Ucapan dari YB ADUN Kelaboran Sdr Mohamad Zaki Hj Ibrahim


Ketua Pemuda DUN Mohd Abd Rasyid Yah bersama AJK Pemuda DUN Mohd Syaiful Shahimi


Pengunjung pasar sedang menderma


Mengumpul Derma


Terima kasih adik Muhaimin


Antara petugas Nisa' DUN Kelaboran yang turun padang


Adik comel turut dilatih menderma sedari awal


Nisa' ketika bertugas


Timbalan Pengarah I Nisa' Pn Zanatrah Abd Ghani dan AJK Nisa' DUN Pn Norhidayah


Tuesday, February 3, 2009

ADUN KELABORAN DAN ADUN LIMBONGAN DI SEMINAR PAS SARAWAK (II)

Kembara program anjuran PAS Sarawak kami teruskan. Aktiviti berikutnya adalah ceramah di Kampung Maludan Hulu. Ia diadakan di rumah Encik Jeman Bin Sulaiman (Ketua Cawangan PAS Maludan Hulu). Sambutan ceramah dari warga Kampung Maludan Hulu cukup baik walaupun cuaca basah akibat hujan. Mereka tiba sejak jam lapan malam lagi dan rombongan kami bermalam di rumah Encik Jeman Bin Sulaiman. Terima kasih kepada Encik Jeman dan sahabat-sahabat lain yang telah memberikan sambutan baik kepada kami dalam program ini.


Dalam perjalanan untuk ke majlis perjumpaan dengan Jawatankuasa PAS cawangan Pusa DUN Beting Maro. Perjalanan atas darat dari Kuching ke Pusa memakan masa 4 jam. Ditambah lagi dengan perjalanan menyusuri sungai. Program tersebut diadakan di Markaz PAS Pusa. Turut kelihatan di dalam gambar Pesuruhjaya PAS Sarawak, Ustaz Osman, Ketua Pemuda Sarawak, Abang Eddy, YB ADUN Limbongan dan YB ADUN Kelaboran.

Monday, February 2, 2009

TRIP MEMANCING DUN KELABORAN

Dalam kesibukan tugas, kami mengadakan masa juga untuk pergi mengail.. Maklumlah aktiviti ini sudah dirangka sejak tahun lalu lagi. Hari inilah masa yang dinanti-nanti. Kami menanti bot seawal 7.30 pagi lagi. Pesisiran laut China Selatan kami redah untuk mencapai cita-cita.. Perjalanan sungguh mengujakan, 4 bot kecil dilambung ombak merupakan pengalaman yang tidak pernah kami rasai.

Rupanya, orang mabuk laut itu bukan sewaktu dalam perjalanan tetapi ketika bot berhenti di tengah laut... Tak boleh hendak digambarkan.... Bagi yang baru pertama kali turun ke laut, mungkin inilah pengalamannya pertama kali mabuk tanpa henti dan kulit terbakar hangus..


Namun halangan-halangan itu tidak menjadi kudis pun kerana ada di antara kami yang berjaya menaikkan haruan laut seberat 15kg... Antara lain, kerapu dan tanda-tanda... Itulah kepuasannya. Mungkin dalam aktiviti akan datang, kami akan bakar hasil tangkapan di kuala Pantai Sri 7....

Ketua Penerangan Pemuda DUN Kelaboran bersama hasil tangkapan seberat 19kg



Sunday, February 1, 2009

ADUN KELABORAN & LIMBONGAN DI SEMINAR PAS SARAWAK (I)

ADUN Kelaboran bersama ADUN Limbongan, YB.Drs. Zainuddin Awang Hamat ketika ini sedang mengadakan lawatan kerja ke Sarawak bermula pada 31 Januari hingga 3hb Februari 2009. Dalam rangka lawatan tersebut, beberapa aktiviti telah diatur oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak dan Badan Perhubungan PAS Sarawak bagi mengisi program siri lawatan tersebut.

Kuliah Maghrib di Surau Kg. Gersik, Kuching


Ceramah Isu Semasa Bersama YB. Drs. Zainuddin & Ust. Hj Osman Mustaffa (Pesuruhjaya PAS Sarawak) di Jalan Astana, Pertrajaya, Kuching


Membentang Kertas Di Seminar Memahami Dasar Perjuangan PAS di salah sebuah hotel di Bandaraya Kuching.


Gimik penyerahan Akhbar Harakah kepada Ustaz Osman Mustafa, Pesuruhjaya PAS Sarawak. Pihak BBC Kelantan akan menaja akhbar Harakah sepanjang tahun 2009 kepada PAS Sarawak. Turut kelihatan dalam gambar ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak (empat dari kanan), Tuan Hj Adam, Timbalan Pesuruhjaya (tiga dari kanan) & Sdr. Abang Eddy, Ketua Dewan Pemuda PAS Sarawak (dua dari kanan).


Berdasarkan pengamatan kami, bumi Kenyalang memang subur untuk menerima perjuangan Islam. Masyarakat Sarawak makin memahami bahawa syiar Islam yang dibawa oleh PAS bukanlah bersifat perkauman atau prejudis tetapi syiar yang dibawa adalah bersifat universal yang sepatutnya boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira batas agama, bangsa dan warna kulit.

Adalah menjadi harapan bersama agar bendera hijau putih akan terus berkibar tidak kira di mana arah, dan bakal menggamit cucu cicit, suku sakat Yusuf Merais, Kanang anak Langkau, Rosly Dhobi atau lain-lain pejuang dalam menongkah arus perjuangan menegakkan keadilan Islam di bumi Kenyalang ini.