Sunday, June 28, 2009

KALAU SUDI KATAKAN SUDI

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lamanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

"Jemputan itu sengaja dibuat kerana kekecohan dalam politik hari ini, terutama antara Pas dan Umno," katanya selepas mengimamkan solat Sunat Dhuha di pekarangan Pasar Siti Khadijah, di sini, semalam.-BH

Pentas debat bukanlah sesuatu yang asing kepada manusia yang bergelar pemimpin. Lihat sahaja United State, United Kingdom, Australia, malah jiran kita Indonesia, menggunakan platform debat untuk melihat keberkesanan dan kekritisan pemikiran dan penghujjahan bakal pemimpin mereka. Jadi idea untuk melihat "TG vs PM" di atas pentas perdebatan bukanlah sesuatu yang dianggap tidak realistik.

Datuk Sri Najib Razak mesti dalam dilema, terima atau tidak terima pelawaan. Dia yang digelar 'Mr Clean' serasa tidak mampu hendak berdebat dengan Tok Guru. Walaupun bertaraf Perdana Menteri, pemikiran beliau sendiri tertinggal sepuluh tiang dari Tok Guru. Contohnya "PAS for All" digagaskan lebih awal dari "One Malaysia". Pun idea "One Malaysia" disyakki idea yang sedikit sebanyak di import dari "PAS for All".

Kemampuan Tok Guru dan ketajaman pemikiran beliau dalam berhujjah secara spontan tidak dapat dipertikai lagi. Samada menggunakan dalil naqli atau dalil aqli. Adakah PM kita boleh menjawab kalau dituju dengan hujjah sebegini? Mungkin kerana itulah beliau agak keberatan untuk menerima pelawaan itu.

Salam belum bersambut tetapi Ahli MT UMNO Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob mengulas bahawa Tok Guru akan berdolak dalik dengan pelawaan itu. Beliau mendakwa Tok Guru akan bersikap sama seperti sikap beliau ke atas isu Kerajaan Perpaduan.

Rasa-rasanya, Tok Guru adalah orang yang paling istiqamah dalam keputusannya. Sejak awal lagi beliau menolak idea Kerajaan Perpaduan. Sehingga kini, hari ini dan detik ini pun idea itu masih beliau tolak. Tidak timbul isu berdolak dalik. Kita harap, Ahli MT UMNO berkenaan, periksa maklumat dahulu sebelum buat kenyataan, jangan malukan UMNO dengan kenyataan-kenyataan tidak cerdik.

Tony Phua dalam kenyataannya turut menyokong idea debat ini. Jadi kenapa agaknya ya ramai dari kalangan mereka yang duduk di kapal sebelah sana menentang? Adakah kerana mereka menyedari bahawa PM mereka sememangnya tidak mampu berdebat?

Ahhhaaaa.... sama-samalah kita fikirkan.

Thursday, June 25, 2009

SELAMAT DATANG ROMBONGAN BRUNEI

Seramai hampir dua puluh orang warga Brunei Darussalam mengadakan kunjungan hormat ke pejabat ADUN Kelaboran baru-baru ini. Rombongan yang diketuai oleh Tn Hj Roslan dalam rangka lawatan ke Semenanjung Malaysia bagi meninjau keadaan di negara ini.


Ahli rombongan sedang mendengar taklimat dari YB ADUN Kelaboran



Sesi bertukar pandangan, turut kelihatan Pegawai Khas YB Adun, Ustaz Hj Mat Nawi Yusoff



YB ADUN sewaktu menyerahkan cenderahati kepada ketua rombongan, Tn Hj Roslan



Sewaktu menjamu selera


Bergambar kenangan di hadapan Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Kelaboran


Sunday, June 14, 2009

KEM BELIAWANIS DUN KELABORAN 2009

Kelab Nisa' Kelaboran dengan kerjasama Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan telah mengadakan Kem Beliawanis bagi DUN Kelaboran selama dua hari di Pantai Sri Tujoh. Tema program adalah KEPIMPINAN BERINTELEK. Peserta dipilih berdasarkan penglibatan aktif mereka di dalam program-program anjuran kelab Nisa' sebelum ini.

Antara lain objektif kem ini adalah untuk melahirkan dan melatih pimpinan muda bagi menerajui negara satu masa nanti. Di dalam program ini, peserta turut didedahkan kepada stimulasi yang berbentuk 'mind setting games' agar mereka terbiasa dengan tekanan terutamanya jika mereka menjadi pemimpin kelak.

Pengarah program ketika dihubungi menjelaskan kem ini sangat berfaedah bagi mendidik generasi muda untuk menjadi pemimpin yang terlatih di masa akan datang. Pendedahan kepada sifat kerjasama, pemikiran kreatif, pemikiran Islam dan berhujjah turut disertakan di dalam program ini. Menurut beliau apa yang istimewa di dalam kem ini adalah tidak seperti kem-kem konvensional yang lain peserta hanya mendengar ceramah, sebaliknya di dalam kem ini peserta perlu terlibat di dalam stimulasi yang disediakan.

Program ini telah dirasmkan oleh YB ADUN Kelaboran. Di dalam ucapannya beliau menggesa agar program seumpama ini diteruskan lagi memandangkan faedah-faedah yang terdapat di dalamnya dalam menyediakan pemimpin muda generasi akan datang.


YB ADUN diapit oleh SU Pemuda DUN dan Pegawai Khas beliau, Ustaz Nawi Yusuff


YB ADUN bergambar bersama-sama para peserta dan urusetia program


Antara peserta yang terlibat di dalam perbincangan


Kumpulan Wardatun Nisa' sedang membuat pembentangan modul

PROJEK IKAN KELI DUN KELABORAN

Kerajaan negeri telah memperuntukan bantuan bagi meningkatkan ekonomi penduduk negeri Kelantan. Menerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, seramai dua orang calon telah dipilih bagi menyertai Projek Ternakan Ikan Keli moden di rumah. YB ADUN turut serta menyaksikan pemasangan tangki ikan di rumah peserta yang terlibat.

Bergotong-royong menyiapkan bekas yang akan digunakan


YB ADUN sewaktu melawat Encik Nazri Minal di Kampung Pak Jah


Petugas dari Majlis Daerah Tumpat turut membantu memasang peralatan ternakan


Tangki ternakan ikan setelah siap dipasang


YB ADUN, En Ramli Yusuf (penternak), Encik Napi (Penghulu Mukim) dan En Mat di Tanjung Duff.




Wednesday, June 10, 2009

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA


Baru-baru ini YB ADUN telah menghadiri undangan Persatuan Bekas Tentera Malaysia cawangan Tumpat untuk merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan tersebut. Majlis tersebut yang diadakan di salah sebuah sekolah di Tumpat itu telah dihadiri ahli Persatuan dan wakil-wakil mereka.YB ADUN ketika berucap di Majlis Perasmian


Antara Bekas Tentera yang menjadi ahli Persatuan


Penyampaian sijil kepada salah seorang ahli


Antara ahli yang turut hadir


Sewaktu menyampaikan cenderahati kepada anak-anak bekas Perajurit.

Wednesday, June 3, 2009

SELAMAT BERMUKTAMAR (03 - 07 JUNE 09)


KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA SEMUA PERWAKILAN. SEMOGA SETIAP LANGKAH KITA MENDAPAT KEBERKATAN DARINYA. BERDOALAH AGAR YANG TERBAIK AKAN TERPILIH DAN YANG TERPILIH AKAN MENUNAIKAN TANGGUNGJAWABNYA.
AMIIIIN...

YB ADUN BERSAMA BELIA

Tidak hanya tertumpu kepada pembangunan ekonomi dan pembangunan insan rakyat Kelaboran, YB ADUN Kelaboran turut menekankan pembangunan syakhsiah remaja dan kepentingannya kerana mereka inilah yang akan mewarisi negara pada sepuluh atau dua puluh tahun akan datang.

Baru-baru ini satu majlis telah diadakan di Kampung Sedar yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Spelek dan diketuai oleh Encik Mat dari Kolam Teratai. Di dalam majlis tersebut, YB ADUN turut menyumbangkan kanvas khemah bagi persatuan ini meningkatkan aktiviti mereka.

Berucap sewaktu perasmian majlis


Diiringi oleh Pegawai Khas beliau, Ustaz Hj Mat Nawi sewaktu majlis sumbangan khemah


Bukan sahaja belia, beliawanis turut serta melibatkan diri dalam seni mempertahankan diri


Antara aksi menarik yang dipertontonkan


YB ADUN mengambil peluang beramah mesra bersama pelatih-pelatih kumpulan silat.

SUKAN CAKNO KELUARGA

Baru-baru ini Ahli Jawatankuasa Penduduk Kampung Besut telah menganjurkan Sukan Cakno Keluarga yang disertai oleh penduduk Mukim Kepala Batas yang telah diadakan di Kampung Baru, Kampung Besut Tumpat. Walaupun hujan turun tetapi penduduk tempatan masih memberi komitmen untuk keluar beramai-ramai bagi meraikan program tersebut. YB ADUN Kelaboran turut menyinsing seluar bersama-sama penduduk kampung hadir untuk merasmikan majlis dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.


YB ADUN berucap untuk merasmikan majlis


Unit rawatan pergigian turut mengadakan khidmat rawatan


Kanak-kanak sedang rancak bertanding menyusun tin kosong


YB ADUN tidak melepaskan peluang melawat 'booth' AADK yang disediakan


Seorang kanak-kanak sedang meniup tepung sambil diberi semangat oleh bapanya.


Majlis penyampaian cenderahati kepada peserta


Tidak ketinggalan unit kastam membawa seekor anjing pengesan dadah bernama Troy untuk menunjukkan kemampuannya mengesan dadah yang disembunyikan.