Monday, September 21, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DUN KELABORAN


Gambar bersama rakyat Kelaboran



Kaunter Semakan dan Daftar Pemilih turut menjadi tumpuan


Sesi yang paling dinanti kanak-kanak


Inspektor Lim turut menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri


Hidangan yang turut disediakan

Majlis Rumah Terbuka DUN Kelaboran telah dilangsungkan dengan gemilangnya hari ini, Isnin 2 Syawal di perkarangan Pejabat DUN. Selain dari Majlis Ramah Mesra, seperti tahun lalu Kaunter Pendaftaran Pemilih turut dibuka dan menggamit ramai pengundi muda mendaftar.

Sudah menjadi tradisi pejabat DUN untuk menghidangkan Nasi Dagang pada setiap sambutan Hari Rayanya. Di dalam Majlis ini, program tuju ucapan turut memeriahkan suasana. Semua AJK MTD, Penghulu, Muslimat, Ladang rakyat, Pemuda dan Kelab Nisa' turun padang untuk membantu menjayakan program ini. Apa yang penting kerjasama..

Wednesday, September 16, 2009

PERUTUSAN HARI RAYA DARI YB ADUN KELABORAN



Pihak kami mengalu-alukan kepulangan seluruh warga perantau terutamanya anak-anak Kelantan.

Semoga di hari yang mulia ini ikatan ukhuwah yang terputus dapat dijalin. Persahabatan yang longgar dipererat dan
persaudaraan yang baik diperkuat.

Yang tua dihormati dan yang muda disayangi. Semoga kita sentiada dipayungi lembayung kasih Mawadah wa Rahmah...


DENGAN BESAR HATI
WARGA KELABORAN ADALAH DIJEMPUT BERAMAI-RAMAI
MERAIKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA DUN

PADA:
HARI RAYA KE DUA

TEMPAT:
PERKARANGAN PEJABAT ADUN KELABORAN

BANDAR TUMPAT
MASA:
11.00 PAGI - 3.00 PETANG


EID MUBARAK
MAAF ZAHIR DAN BATIN


DARIPADA:
YB ADUN KELABORAN



Monday, September 14, 2009

PERUTUSAN EDITOR: MAAFKAN KAMI

Mohon maaf kiranya blog ini sudah terlalu lama tidak di up-date. Maklumlah 'anchor' blog terlalu sibuk dengan tugasan pilihanraya yang melampau sehingga memandulkan tugas sampingan yang telah diamanahkan. Tambahan pula 'anchor' ketika ini sedang sibuk dengan 'assignments' peringkat Masters yang tidak selesai-selesai.

Walau bagaimanapun, itu semua bukan alasan. Blog ini akan hidup kembali. Terima kasih kepada semua pengunjung setia dan yang kurang setia. Terima kasih di atas pujian dan kejian. Terima kasih di atas keperihatinan dan kecaknoan kalian.

Terlalu banyak program dan aktiviti pejabat DUN Kelaboran bersama rakyat sebenarnya.. Sehingga kami tidak pasti apa yang perlu pertama dipublish di sini, tetapi apa yang pasti panggilan JIHAD untuk kali ke 9 telah diseru. Bagan Pinang sedang menunggu....!

Kami juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan:

SELAMAT BERAMAL DI RAMADHAN
dan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN


Wednesday, July 8, 2009

Tok Guru Memimpin, Manek Urai Berkat

Baru-baru ini SPR ada menyebut hanya 500 orang sahaja yang dibenarkan berarak untuk penamaan calon. TV arus perdana gagal menunjukkan secara jelas visual kehadiran penyokong Pakatan Rakyat dalam Proses Penamaan Calon di Manek Urai pada 06 Julai 09 baru-baru ini. Sengaja mereka berbuat demikian kerana tidak mahu rakyat di luar sana mengetahui hakikat dan situasi sebenar di Manek Urai.. Kami sajikan antara lain gambaran sebenar..



Anak Muda bersama kepimpinan Ulama'


Semut Merah turut serta membantu pihak keselamatan menjaga keharmonian


Suasana ini yang TV arus perdana tidak berani dedah kepada rakyat


Petugas Kelaboran antara yang duduk di saf hadapan


FRU yang berkawal... Sejenis provokasi?

Sunday, June 28, 2009

KALAU SUDI KATAKAN SUDI

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lamanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

"Jemputan itu sengaja dibuat kerana kekecohan dalam politik hari ini, terutama antara Pas dan Umno," katanya selepas mengimamkan solat Sunat Dhuha di pekarangan Pasar Siti Khadijah, di sini, semalam.-BH

Pentas debat bukanlah sesuatu yang asing kepada manusia yang bergelar pemimpin. Lihat sahaja United State, United Kingdom, Australia, malah jiran kita Indonesia, menggunakan platform debat untuk melihat keberkesanan dan kekritisan pemikiran dan penghujjahan bakal pemimpin mereka. Jadi idea untuk melihat "TG vs PM" di atas pentas perdebatan bukanlah sesuatu yang dianggap tidak realistik.

Datuk Sri Najib Razak mesti dalam dilema, terima atau tidak terima pelawaan. Dia yang digelar 'Mr Clean' serasa tidak mampu hendak berdebat dengan Tok Guru. Walaupun bertaraf Perdana Menteri, pemikiran beliau sendiri tertinggal sepuluh tiang dari Tok Guru. Contohnya "PAS for All" digagaskan lebih awal dari "One Malaysia". Pun idea "One Malaysia" disyakki idea yang sedikit sebanyak di import dari "PAS for All".

Kemampuan Tok Guru dan ketajaman pemikiran beliau dalam berhujjah secara spontan tidak dapat dipertikai lagi. Samada menggunakan dalil naqli atau dalil aqli. Adakah PM kita boleh menjawab kalau dituju dengan hujjah sebegini? Mungkin kerana itulah beliau agak keberatan untuk menerima pelawaan itu.

Salam belum bersambut tetapi Ahli MT UMNO Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob mengulas bahawa Tok Guru akan berdolak dalik dengan pelawaan itu. Beliau mendakwa Tok Guru akan bersikap sama seperti sikap beliau ke atas isu Kerajaan Perpaduan.

Rasa-rasanya, Tok Guru adalah orang yang paling istiqamah dalam keputusannya. Sejak awal lagi beliau menolak idea Kerajaan Perpaduan. Sehingga kini, hari ini dan detik ini pun idea itu masih beliau tolak. Tidak timbul isu berdolak dalik. Kita harap, Ahli MT UMNO berkenaan, periksa maklumat dahulu sebelum buat kenyataan, jangan malukan UMNO dengan kenyataan-kenyataan tidak cerdik.

Tony Phua dalam kenyataannya turut menyokong idea debat ini. Jadi kenapa agaknya ya ramai dari kalangan mereka yang duduk di kapal sebelah sana menentang? Adakah kerana mereka menyedari bahawa PM mereka sememangnya tidak mampu berdebat?

Ahhhaaaa.... sama-samalah kita fikirkan.

Thursday, June 25, 2009

SELAMAT DATANG ROMBONGAN BRUNEI

Seramai hampir dua puluh orang warga Brunei Darussalam mengadakan kunjungan hormat ke pejabat ADUN Kelaboran baru-baru ini. Rombongan yang diketuai oleh Tn Hj Roslan dalam rangka lawatan ke Semenanjung Malaysia bagi meninjau keadaan di negara ini.


Ahli rombongan sedang mendengar taklimat dari YB ADUN Kelaboran



Sesi bertukar pandangan, turut kelihatan Pegawai Khas YB Adun, Ustaz Hj Mat Nawi Yusoff



YB ADUN sewaktu menyerahkan cenderahati kepada ketua rombongan, Tn Hj Roslan



Sewaktu menjamu selera


Bergambar kenangan di hadapan Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Kelaboran