Saturday, September 20, 2008

UMNO PROFESIONAL ?



Pagi ni saya sempat membelek Akbar Sinar Harian. Terbaca satu ulasan YB. Datuk Hj. Md. Alwi Che Ahmad, ADUN Kok Lanas mengenai usaha-usaha yang dilakukan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan yang ada pada masa kini. Alwi berkata, pembangkang sepatutnya lebih profesional dan bukannya bersikap kebudak-budakan seperti ini. "Sebelum ini di Kelantan kita berbeza dengan kerajaan negeri hanya tinggal satu kerusi, tetapi kita tidak membuat huru-hara seperti yang dilakukan pembangkang. Kerajaan negeri Kelantan waktu itu juga didakwa menyembunyikan ADUN mereka, tetapi kita profesional, kita tidak mengancam mereka seperti mana yang berlaku sekarang. Kita bukan takut tetapi sikap mereke menggugat keamanan negara,".
Terpikir saya, betul ke UMNO ni profesional dengan contoh kes Kelantan yang Alwi sebut tu...!!! Semua orang tau, macam mana puak-puak UMNO begitu ghairah nak ambil alih Kelantan selepas pilihan raya umum tahun 2004. ADUN-ADUN PAS telah dihubungi dengan pelbagai tawaran supaya menyemberang masuk UMNO, bagi membolehkan UMNO mentadbir Kelantan pada masa tersebut. Sehingga ada perundingan di buat oleh broker-broker UMNO di atas masjid untuk membeli ADUN PAS. Ada ADUN PAS yang ditawar wang tunai satu bag pakaian di pagi hari sebagai deposit untuk setuju masuk UMNO. Datuk Annuar Musa pernah menawarkan secara terbuka kepada ADUN-ADUN PAS jawatan tertentu jika mereka masuk UMNO semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, dan berita tersebut disiar oleh surat khabar arus perdana. Persoalannya profesionalkah UMNO, ?
Saya harap Alwi jangan cuba membohongi rakyat, khususnya rakyat Kelantan dengan fakta tidak tepatnya itu. Bisik-bisiklah dengan bekas ADUN Kok Lanas, tanya dia UMNO ni profesional ko tidak dalam kes cubaan BN nak ambil alih Kelantan selepas pilihan raya umum 2004...??

2 comments:

rahza said...

Terima kasih kepada YB yang sudi melontarkan sedikit maklumat berkenaan profesional ko UMNO dalam menjawab balik isu yang dimainkan loni berkenaan masalah peralihan kuasa BN kepada PR...
sepatutnya YB hentam sikit lagi ko Alwi atau Nuar Musa...
Kalu hok ore nampok sangat...
Hok dia buat dulu, dia tok kabar...
Dasar pimpinan hipokrit tambah munafik...

Anonymous said...

salam perjuangan
mmg alwi ni jenis kecek x blh pakai..
ingat dia je yg btl..
yb jgn lupo pakoh alwi ni dlm persidangan DUN akn akn dtng..
hidup yb zaki..
hidup PAS..
takbir3!!!