Monday, December 8, 2008

Hari Raya Qurban



Hari Raya Aidiladha muncul lagi. Sebanyak 5 ekor lembu telah disembelih dalam satu Majlis Qurban yang telah diadakan di Kampung Baru Nelayan DUN Kelaboran, Tumpat. Sebahagian besar penduduk kampung turut menyaksikan YB Mohamad Zaki Hj Ibrahim yang juga merupakan Timbalan Speakar DUN Kelantan bersama penduduk kampung membantu sewaktu upacara menyembelih diadakan.


Di dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa ibadah Qurban ini merupakan satu ibadah yang sepatutnya dapat meningkatkan ketaqwaan kita sebagai hamba-Nya. Dengan program Qorban berkelompok sebegini, ikatan ukhwah dan kerjasama dapat dipertingkatkan dan boleh dijadikan perlambangan yang cukup baik dalam kehidupan sehari-hari kita.


Bahawasanya kita wajib melaksanakan pengorbanan dan menjadi tanggungjawab kita untuk berkorban sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang tanpa takwil telah menurut perintah Allah swt walaupun anak dan ayah ini tidak pernah bertemu mata di sepanjang usia nabi Ismail di kota Makkah.




Begitu jugalah kita, bagi pejuang Islam dalam menegakkan Hakimiah Lillah dan mempertahankan kerajaan yang cuba meletakkan Qur'an sebagai perlembagaan, pengorbanan yang dituntut bukan sahaja dari segi masa, tenaga malah harta benda dan sehingga ke satu peringkat, nyawa turut digadai.

No comments: