Tuesday, March 3, 2009

TAHNIAH V.SIVAKUMAR.....

Sidang tergempar DUN Perak tetap berlansung hari ini walaupun ADUN PR mendapat halangan dari gangster dan pihak polis dari masuk ke bangunan SUK. Persidangan yang berlangsung di bawah pokok berhampiran dengan pejabat SUK itu berakhir pada jam 10.32 pagi dengan jayanya.
Speaker DUN Perak V.Sivakumar sedang mengendalikan persidangan

Saya melihat peristiwa bersejarah ini sebagai satu titik hitam dalam perkembangan politik negara demokrasi. UMNO & BN yang sentiasa melaungkan Malaysia mengamalkan demokrasi tulen telah menggunakan pelbagai taktik untuk menghalang sidang DUN Perak hari ini. Pintu pejabat SUK Perak dikunci dan tidak membenarkan ADUN PR masuk ke dewan undangan negeri. Polis dan gangster digunakan untuk menghalang ADUN PR menghadiri sidang, malahan ada ADUN yang rebah ditolak oleh pihak polis. Demokrasi jenis apa yang UMNO/BN amalkan ini ? Pegawai-pegawai kerajaan Perak diperkudakan untuk menghalalkan tindakan UMNO & Barisan Nasional. Hampir semua pihak telah diperbodohkan oleh kerajaan dacing ini yang telah ditolak oleh rakyat Perak pada Mac 2008 baru-baru ini.

Apa pun suasana kezaliman yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh puak dacing ini, saya yakin pengundi Bukit Gantang akan ajar semaunya UMNO dan BN pada 7 April nanti. Kemenangan PAS itu nanti akan memberi isyarat kepada UMNO & BN serta sekutunya bahawa rakyat Perak dan Malaysia amnya sudah muak dan loya dengan dasar "matlamat menghalalkan cara" kerajaan BN yang makin terserlah dalam kes di Perak. BN akan tersungkur rebah ke bumi Bukit Gantang nanti akibat dari kifarat Allah Taala terhadap "penganiayaan" yang telah mereka lakukan terhadap rakyat Perak selama ini.
Polis telah dipergunakan untuk menghalang ADUN PR memasuki Dewan Negeri
Gangster turut digunakan untuk halang ADUN PR masuk DUN Perak

Sekalung TAHNIAH untuk YB. Speaker Perak, YAB. Dato' Seri Menteri Besar & Ahli Exco serta ADUN Pakatan Rakyat Negeri Perak. Teruskan perjuangan....Semoga keadilan dapat ditegakkan pada suatu hari nanti.....Allahu Akbar !!!

No comments: