Thursday, November 24, 2011

MENGHIDUPKAN BUDAYA KELANTAN NEGERI BERKEBAJIKAN

Lawatan Kematian di dalam Perkampungan Siam Eh Pit
Penyampaian Sumbangan Rumah di timpa pokok Tanjung Kuala


Menyampai sumbangan segera TSM kpd Sdr Amran Yassin krn bumbung kedainya rosak akibat ribut mlm tadi
di Jubakar Pantai

Ziarah Sdr Taufik Ramlai, Kg Berangan Hujung yg terlibat dgn kemalangan jalanraya. Semoga cepat sembuh..

Penyampaian Kerusi Roda



Monday, November 21, 2011

IHTIFAL PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) DUN KELABORAN


Tenaga Kerja bersama YB ADUN di Ihtifal PASTI Mawaddah Kampung Bharu Nelayan

Turut kelihatan, Pengerusi PASTI DUN Kelaboran, Ustaz Rizki Hassan

Ibu Bapa dan Keluarga yang Hadir memberi sokongan

Graduan Muda


Cabutan Bertuah di PASTI Kelaboran

YB Mohd Zaki Ibrahim  ketika di PASTI Dalam Rhu

Penerima Hadiah pelajar lima tahun

Ibu Bapa yang memberi sokongan kuat untuk PASTI


Di perkarangan Masjid at-Tawabeen Tanjong Kuala
 
Perasmian di PASTI Kelaboran


Pemidato Cilik 'ILMU PENYULUH HIDUP'


Perasmian Ihtifal PASTI ar-Rahman di Tumpat Bandar


YB ADUN di Majlis Perasmian Ihtifal PASTI at-Tohir Padang Tembesu

DUN Kelaboran meneruskan tradisi menyemarakkan pendidikan pra persekolahan anak-anak berusia lima dan enam tahun bagi penanaman asas Islam yang kukuh sebelum menapak ke alam persekolahan.  PASTI, selaras dengan kebangkitannya selaku pemangkin pendidikan Islam telah mengadakan Ihtifal di mukim masing-masing bagi penyampaian sijil, hadiah pelajar terbaik dan persembahan menarik dari graduan-graduannya.

Setakat ini kesemua PASTI di dalam DUN Kelaboran telah pun mengadakan Majlis Ihtifal dengan jayanya dan telah disempurnakan penyampaiannya oleh YB ADUN Kelaboran, Saudara Mohd Zaki Hj Ibrahim.




Thursday, November 17, 2011

Majlis Penyerahan Rumah Dhuafat Kampung Ana

Penyampaian replika kunci rumah di hadapan Rumah Dhuafat

YB ADUN bersama JK Majlis Tindakan DUN meninjau rumah

Jamuan Naik Rumah baru

Jemputan dan jiran tetangga yang turut meraikan
Satu majlis penyerahan Rumah Dhuafat kepada rakyat yang memerlukan telah diadakan di Kampung Ana pada 16hb November 2011.  Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran, YB Mohd Zaki Bin Hj Ibrahim.  

Penerima, En Razali Bin Isa merasa sangat beruntung kerana telah dibantu oleh Kerajaan Negeri Kelantan, beliau yang hanya bekerja kampung dan mempunyai tujuh (7) orang anak.  Inilah antara bukti di hadapan mata yang menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri cakno rakyat dan pengamalan negeri berkebajikan. 

Encik Razali merupakan penerima Rumah Dhuafat yang ke 12 sejak ia dilancarkan pada tahun 2006.  Dijangka sehingga akhir tahun ini, sebanyak empat (4) buah Rumah Dhuafat  akan disiapkan di mukim yang lain.  Antara kriteria bagi pembinaan Rumah Dhuafat ini antaranya pemohon belum mempunyai rumah sendiri, miskin, punya kawasan sendiri untuk dibina rumah dan punya tanggungan yang ramai.

Wednesday, November 16, 2011

Penyampaian Cek Wasi Takaful Kifalah DUN Kelaboran

YB ADUN berucap di dalam Majlis Penyampaian Cek Takaful Kifalah





Salah seorang wasi ketika menerima Cek

Kaum Minoriti Turut Menerima Hak

Mewakili keluarga

Terima Kasih

Antara Wasi yang hadir

Satu majlis penyampaian Cek kepada Wasi (Waris) peserta Skim Takaful Kifalah (Warga Emas berusia 60 tahun ke atas) telah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran pada 15hb November 2011 yang melibatkan seramai tujuh puluh tiga (73) orang penerima.

Penyerahan Cek berjumlah RM73,000.00 itu telah disempurnakan oleh YB Mohd Zaki Hj Ibrahim, ADUN Kelaboran dengan dihadiri oleh sebahagian ahli jawatankuasa Majlis Tindakan DUN.  Kerajaan Negeri Kelantan telah mencarumkan semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas di dalam satu Skim Perlindungan untuk Keluarga dan  seandainya si penama meninggal dunia, wasi mereka akan menerima sejumlah RM1,500.00 sebagai manfaat bagi Skim tersebut.

Monday, November 7, 2011

YB ADUN Kelaboran Menyantuni Pesakit Hospital Tumpat

Bersama Pengarah Hospital Tumpat

Rombongan Skuad Kito Cakno bersama Pemuda dan Nisa' DUN Kelaboran

Di katil Pak Teh dari Kampung Tok Oh

Sempat menghibur Kak Yah dari Kg Kelaboran

Pesakit di Wad Khas

Menyantuni Pesakit Cilik di Wad Kanak-kanank

Di sambut meriah di Wad Hemodialisis

Bayi Bertuah
Pesakit di Hospital Tumpat sangat bertuah kerana telah dilawati oleh YB Mohd Zaki Hj Ibrahim, ADUN Kelaboran bersama Crew Skuad Kito Cakno pada 3hb November 2011 baru-baru ini. Lawatan ini adalah sebagai satu misi kebajikan yang biasa dilakukan seperti tahun-tahun sebelum ini.  

Seramai hampir seratus (100) orang pesakit dan kakitangan Hospital telah menerima cenderahati dari YB ADUN sebagai satu tanda mata keperihatinan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap kesihatan dan kebajikan rakyatnya.


Pejabat ADUN benam Veteran Kelaboran

Penyampaian Cenderahati Selepas Perlawanan
Semangat Setiakawan Walaupun Kalah....
Half Time
 
Pada 31hb Oktober 2011 baru-baru ini, satu perlawanan bolasepak antara pasukan Pejabat ADUN Kelaboran melawan Pasukan Veteran Kelaboran telah diadakan.  

Perlawanan persahabatan ini telah dijalankan di Padang Keretapi Tumpat pada 31 Okt 2011. Pasukan Pej ADUN telah menunjukkan kehebatan mereka dengan  membelasah Veteran Kelaboran 2 gol berbalas 0.  

Disebabkan bulan November adalah musim tengkujuh maka kedua-dua pasukan terpaksa bermain dalam hujan dan padang yang becak.  Apapun, tahniah diucapkan kepada kedua-dua belah pasukan kerana telah menunjukkan permainan yang cemerlang.