Wednesday, July 30, 2008

GAMBAR SEKITAR PROGRAM SPEKTRUM II KAHERAH MESIR (5)

Barisan pimpinan di malam ceramah di Hayyu Asyir


YB Mohamad Zaki ketika pembentangan kertas kerja bertajuk "Tanggungjawab Belia Islam Kelantan"

Antara pelajar yang mengikuti program


Sebahagian dari peserta yang mengikuti program



Tuesday, July 29, 2008

GAMBAR SEKITAR PROGRAM SPEKTRUM II KAHERAH MESIR (4)

Antara siswa yang mengikuti program ceramah..

Lawatan ke Masjid Amru ibn al-Assy

Meninjau pasar

Pengalaman ini menjadi pengalaman di kanvas kehidupan...
Antara Sphyinx dan Pyramid


Makam Anwar Sadat

GAMBAR SEKITAR PROGRAM SPEKTRUM II KAHERAH MESIR (3)

Pandangan atas program ceramah di Hayyu 'Asyir

Siswa Universiti Azhar khusyu' mendengar amanat dari pimpinan

Anak Perantauan tersenyum lebar menonton persembahan Malam Kebudayaan


Siswi turut hadir menyerikan majlis


Pimpinan menanti giliran berucap

GAMBAR SEKITAR PROGRAM SPEKTRUM II KAHERAH MESIR (2)

Bergambar bersama urusetia program selepas majlis perasmian di dewan

Ahli panel dalam sesi soal jawab bersama siswa siswi Univ Al-Azhar


Antara siswa yang menghadiri himpunan


Antara siswi yang turut serta di dalam program


Bersiar-siar bersama sahabat di bandar Kaherah

GAMBAR SEKITAR PROGRAM SPEKTRUM II KAHERAH, MESIR (1)








Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir








Masjid al-Azhar






Makan Burung Merpati sumbat nasi di lorong Masjid Saydina Hussain









Di bilik VIP Solleh Abdullah Kamil Universiti Al-Azhar








Melawat Masjid al-Azhar

Monday, July 21, 2008

Program SPEKTRUM II di Cairo Mesir

SPEKTRUM II
(SEMINAR PERADABAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN)

Anjuran
Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Keluarga Pelajar Kelantan/Mesir

Tarikh
18 Rejab - 20 Rejab 1429
bersamaan
21hb June -23hb June 2008

Perasmian oleh
YB Dato' Hj Husam Musa
Exco Kerajaan Negeri Kelantan

Penutup oleh
YB Saudara Mohamad Zaki Hj Ibrahim
Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Kelantan


Ahli Rombongan termasuk:
YB Ustaz Hassan Mahmood
ADUN Tawang

YB Ustaz Abdul Latif Ab Rahman
ADUN Mengkebang

YB Pn Hjh Zailah Md Yusof
Ketua Dewan Muslimat Negeri Kelantan

Pn Salwati Mohd Ariffin
Pengarah Nisa' Negeri Kelantan


Program ini dijangka akan dihadiri oleh lebih kurang lima ratus peserta yang merupakan pelajar Kelantan yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir. Pengisian program yang akan dibuat oleh pimpinan kerajaan Kelantan termasuklah:
  • Pembentangan Kertas Kerja
  • Forum bersama Pelajar
  • Ceramah Umum

PAS JANGAN TERJEBAK KE ARAH PERKONGSIAN KUASA DENGAN UMNO

Presiden UMNO Datuk Sri Abdullah Badawi mendakwa Muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali. Hmm… Tertanya-tanya pula kita, kenapa baru sekarang pemimpin UMNO dok sibuk dengan isu muzakarah dengan PAS…

Ramai di kalangan pemimpin UMNO seolah-olah marah bila pemimpin PAS tidak respon dengan cadangan UMNO untuk bermuzakarah dengan PAS dalam isu ketuanan Melayu.. Kenapa baru sekarang UMNO pandai sebut muzakarah, iaitu hanya selepas PRU ke 12? Isu Muzakarah antara dua parti ini telah lama PAS bangkitkan dari masa ke semasa malah setiap kali timbul isu baik politik, sosial atau ekonomi memang pintu PAS akan sentiasa terbuka untuk sesiapa pun datang bermuzakarah, dan dari pengalaman yang sudah-sudah, berapa kali kita menghantar surat jemputan kepada pimpinan UMNO untuk bermuzakarah tetapi mereka boo layan.

Apa masalahnya? Adakah baru sekarang UMNO menyedari kewujudan PAS lalu dek kerana prestasi PAS yang sentiasa cemerlang, maka UMNO rasa hendak bermuzakarah dengan PAS tentang Ketuanan Melayu dan isu-isu Keagamaan? Kita tertanya-tanya apakah rahsia dan niat sebenar UMNO di sebalik sibuk dengan cadangan bermuzakarah ini? Sepertinya bila populariti berkurangan barulah si pelakon utama hendak menghulur tangan minta bantuan.

Che’ Alwi Che’ Ahmad pula mengulas mengenai muzakarah ini “Orang Melayu boleh kekal menjadi dominan kuasa…” Pulak! Kalaulah bangsa lain salah anggap, tak fasal-fasal PAS akan dipanggil sebagai parti ‘racist’, sama seperti British National Party di United Kingdom. Beliau juga ada menyebut tentang keikhlasan… Bangunlah dari tidurmu yang panjang Che Alwi’ oooi… Kalaulah pimpinan UMNO benar-benar ikhlas dalam perjuangan tanpa mengira habuan, sudah tentulah kesemua mereka sekarang ini berada di dalam kapal yang mengibarkan bendera Pakatan Rakyat!

Tindakan Tuan Guru untuk tidak turut serta memang dialu-alukan. Bukankah orang Islam sebenar tidak akan jatuh ke lubang yang sama sebanyak dua kali! Pengalaman bermuzakarah dengan UMNO pada era 70an yang menghumban PAS dari parti gabungan sepatutnya menjadi pengajaran untuk pimpinan PAS berhati-hati dengan kelicikkan UMNO yang pada awal muzakarah akan nampak ‘genuine’ tetapi apabila dia sudah nampak jalan menyelamatkan sebelah kakinya, maka sepantas itu dia akan mengkhianati sahabat yang menghulurkan bantuan. Tentulah pahit dan perit diperlakukan sebegitu rupa, tetapi pernahkah kita membalas dendam?

Pimpinan PAS harus ingat bahawa UMNO sudah nazak… nyawa-nyawa ikan. Bila-bila masa boleh menghembuskan nafas yang terakhir. Permintaan terakhirnya adalah untuk diselamatkan. Jika hendak menjadi penyelamat, PAS wajib menyelamatkan mereka dengan bersyarat. Semoga nasib PAS tidak berulang seperti yang lalu.

Pimpinan PAS perlu melihat dari perspektif yang lebih menyeluruh. Pakatan kita dengan rakan-rakan dalam PR semakin mantap, PERKASAkan lagi pakatan ini. Pimpinan PAS perlu berSABAR, jangan cepat terpengaruh dan jangan sengaja menimbulkan satu ketidak selesaan dalam jalinan mantap PR.

Dalam suasana sekarang ini, pimpinan yang bijaksana hendaklah mengambil kira pandangan ahli semua peringkat terutamanya peringkat ‘grassroot’ dalam apa jua keputusan yang bakal diambil oleh pimpinan samada dalam isu muzakarah atau perkongsian kuasa. Mu’tamar akan datang ini bakal menjadi medan penghujjahan, kredibiliti PAS dalam menangani isu-isu besar sedang dinilai, mampu atau tidak PAS dan Pakatan Rakyat memerintah, hanya pimpinan yang dapat menjawab!

Sunday, July 20, 2008

Majlis Meraikan Anak Yatim dan Penyerahan Cek Kifalah
























Satu Majlis Meraikan Anak Yatim dan Majlis Penyerahan Cek Manfaat Pelan Takaful Kifalah telah diadakan di perkarangan Pejabat DUN Kelaboran pada hari Khamis baru-baru ini.

Seramai tujuh puluh orang anak yatim dirai dan seramai tiga puluh orang Wasi dari pelbagai kaum menerima cek berjumlah RM2,000 melalui YB Mohamad Zaki Hj Ibrahim, ADUN Kelaboran.

Di dalam ucapannya beliau menyarankan agar orang ramai tidak lupa untuk mengusap kepala anak yatim kerana itulah sunnah Rasulullah saw. Begitu juga dalam memberi bantuan dan terlebih-lebih lagi bagi orang yang menjaga amanah anak yatim.

Beliau turut menegur sikap segelintir penerima yang lewat menerima cek Kifalah agar sentiasa bersabar dan tidak bersikap melulu di atas kelewatan bayaran seperti yang telah dijanjikan.

Di dalam majlis tersebut, Tok-tok Penghulu dan AJK Muslimat DUN turut berbaris untuk mengusap kepala anak-anak yatim yang hadir. Hampir dua ratus jemputan turut memeriahkan majlis yang berakhir pada jam 6.00 petang.

Wednesday, July 16, 2008

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG SERAMBI MEKAH KALI KE 2/2008






Satu majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Serambi Mekah telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran pagi ini kepada seramai 15 orang miskin sekitar DUN Kelaboran bagi membantu mereka membaiki rumah. YB ADUN Kelaboran dalam ucapannya berpesan agar mereka tidak merasa malu untuk datang ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN seandainya mempunyai masalah, atau hendak menggunakan komputer atau sekadar untuk bertanya khabar. Beliau juga menambah walaupun sumber kewangan kerajaan negeri agak terhad, tetapi seandainya rakyat membuat permohonan, seboleh-bolehnya Pusat Khidmat Masyarakat DUN akan cuba mengusahakannya. Pada sessi yang lalu, bukan sahaja orang miskin malah peruntukan sebanyak RM23,000.00 telahpun disampaikan kepada seramai 230 orang pelajar yang berjaya melanjutka pelajaran ke IPTA seluruh Malaysia. Selain itu, beliau juga berharap agar mereka turut hadir dalam program-program anjuran Kerajaan Negeri dan PAS kerana di situ ada banyak maklumat yang boleh dikongsi bersama.

Tuesday, July 15, 2008

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN UNTUK PELAJAR IPTA SESSI 2/2008






Gambar-gambar sekitar Majlis penyampaian sumbangan kewangan kepada 173 orang pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT/Matrikulasi sessi 2/2008 termasuklah dari kaum Siam dan Cina. Di dalam ucapannya YB ADUN Kelaboran menasihatkan bakal mahasiswa agar menjadi contoh yang baik dan seandainya berjaya mencapai cita-cita, biarlah mereka berjaya tanpa menggadaikan iman dan dapat berkhidmat untuk masyarakat dan agama. Program kali kedua ini juga telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kelaboran pada bulan jun baru-baru ini.

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PELAJAR IPTA/MATRIKULASI SESSI PERTAMA




Gambar-gambar sekitar Majlis penyampaian sumbangan kewangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT/Matrikulasi sessi 1/2008. Program tersebut diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kelaboran pada 2 JamadilAwal 1429 /8 Mei 2008 yang lalu.