Thursday, November 3, 2011

Skuad Kito Cakno Turun Padang






Skuad Kito Cakno yang telah dilancarkan pada peringkat negeri pada pertengahan tahun 2011 telah pun bergerak serata kawasan.  Tujuan utama kerajaan Negeri menubuhkannya adalah untuk memberi khidmat sokongan kepada rakyat tanpa mengira sosio budaya di setiap DUN dalam negeri Kelantan.  

Di peringkat DUN Kelaboran, skuad ini dianggotai oleh sepuluh orang ahli pelbagai latar belakang dan berkhidmat memberikan sokongan moral kepada penduduk tempatan. YB ADUN Kelaboran sentiasa bersama ketika Skuad tersebut menjalankan aktiviti ziarah.  

Pada 26 Oktober 2011 yang lalu, Skuad Kito Cakno Kelaboran telah membuat lawatan ke tujuh belas (17) buah rumah di dalam Mukim Kok Kebit bersama dengan Pak Su Ya  dan ADUN Kelaboran YB Mohd Zaki Ibrahim, turut dilawat adalah Ibu bersalin dan pesakit kronik.

No comments: