Monday, December 29, 2008



" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."

Tuesday, December 16, 2008

YB ADUN MENYANTUNI MANGSA BANJIR DUN KELABORAN


Berehat seketika selepas keletihan meranduk air



Mencari jalan untuk masuk ke kawasan yang ditenggelami banjir


'Berbasa basi' dengan salah seorang mangsa


Lautan banjir sanggup diharungi ..


Antara AJK Pemuda yang turut serta Di kampung Binjal



Tok Penghulu Bendang Kerian, basah kuyup walaupun berpayung..


Salam dihulur budi bersambut


Sekalung penghargaan kepada kerajaan negeri yang perihatin dan tidak lupa UNIT EHSAN Pulau Pinang...Terima Kaseeeey!!


Antara penerima yang hadir...


Syukran a'la kulli haal...


Ringankan beban...


Apa yang mampu dihulur, hulurkan lah...


Moga terserlah keikhlasan di hati..

Monday, December 15, 2008

PENYAMPAIAN SIJIL TAKAFUL ARMALAH DUN KELABORAN (ZONE 3)


Seramai 97 armalah (Ibu Tunggal) dari mukim Selehong, Kelaboran, Bendang Kerian, Sedar dan Berangan telah diraikan dalam satu majlis ringkas bagi penyampaian sijil Takaful Armalah yang diadakan di Dewan Tuan Hj Sulaiman, Berangan.









Barisan Hawariyah DUN Kelaboran






Turut hadir adalah YB ADUN Kelaboran, Penghulu-penghulu mukim beserta Hawariyah (sahabat Armalah) yang juga merupakan AJK Muslimat DUN Kelaboran.





YB ketika berucap menegaskan bahawa kerajaan Negeri sentiasa perihatin dengan nasib semua golongan, termasuklah golongan Armalah, oleh kerana itulah Tabung Amanah Tok Kenali ditubuhkan bagi meajaga kebajikan Armalah seluruh negeri Kelantan.




Antara Penerima Sijil Takaful Armalah Zone 3........







Sunday, December 14, 2008

MASUK JAWI BERAMAI-RAMAI



Bagi 60 kanak-kanak DUN Kelaboran yang berusia 7 ke 13 tahun, hari ini merupakan hari bersejarah bagi mereka kerana melangkah ke alam baru.


Program Berkhatan beramai-ramai, yang diadakan secara percuma telah dianjurkan oleh Pejabat DUN Kelaboran dengan kerjasama Pemuda DUN dan diadakan dalam satu majlis yangsederhana tetapi meriah di Pejabat PAS Berangan bermula seawal 7:30 pagi.

Bomba hadir bagi memenuhi tradisi memandikan kanak-kanak berkenaan sebelum dikhatan. YB Mohamad Zaki Ibrahim turut serta menyembur air ke kumpulan kanak-kanak sambil diperhatikan oleh semua hadirin.

Pulut semangat disuap ke mulut peserta khatan 2008. Seramai 10 orang kakitangan perubatan telah dipanggil khas untuk menjadi Mudim.



Thursday, December 11, 2008

KUDAPAN JIWA : HULU KELANG, OH.. HULU KELANG...

Hari ini 11 Disember 2008, genap ulang tahun ke 15 tumbangnya Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Kelang. Alasan rasmi kepada peristiwa yang mengorbankan 48 nyawa adalah seperti berikut:

"As the investigation showed, the main cause of the structural failure was improper construction of the pilings. The investigative teams found that the piling structure was too short for a building of its height. Later they interviewed the construction company and found the contractor had reduced the depth of piling for some areas after they found that the soil conditions made piling more difficult. Investigators concluded that much of the soil at the construction site was not hard soil, but actually solid rock.."


Hari ini pada tarikh yang sama, akhbar menyiarkan pemimpin dan mantan pimpinan menyelar satu sama lain, menuding jari menyalahkan si polan dan si polan atas tragedi yang menimpa penduduk Taman Bukit Mewah, pagi sabtu, 6 Disember baru-baru ini. Manakala Menteri Perumahan berpendapat "...ini bukan kecuaian manusia..", malah hujan pula yang dipersalahkan. Kita tunggu tiga bulan lagi, apa pula diagnosis rasmi tragedi kali ini.

Ironinya, kejadian yang sama di tempat yang sama pernah berlaku pada 20 November 2002, mengorbankan 8 orang penghuni dan meranapkan sebuah banglo. Wal hasil balik asal.. bising ketika itu.. Selepas beberapa lama, projek jalan terus...!

Wujudkanlah berapa banyak panel penyiasat, tubuhkanlah puluhan jawatankuasa bertindak penduduk, bawalah kes ke Mahkamah Tinggi, namun bila goreng pisang panas sudah mula menyejuk, kesilapan yang sama diulang semula. Sudah banyak kes berlaku tetapi kenapa kerajaan Pakatan Rakyat yang baru 9 bulan memerintah, 150% dipersalahkan?

Inilah manusia, jarang mahu mengakui bahawa mereka silap perhitungan.. Marilah kita renung bersama salah satu ayat di dalam surah al-Baqarah:

﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لاَ تُفْسِدُواْ فِى الأَرْضِ قَالُواْ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ - أَلا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَـكِن لاَّ يَشْعُرُونَ

Yang membawa maksud "...dan apabila dikatakan kepada mereka janganlah membuat kerosakan di muka bumi.. Lalu mereka menjawab.. Sesungguhnya kami ini hanyalah membuat kebaikan.. Bahkan sesungguhnya merekalah sebenarnya membuat kerosakan tetapi mereka tidak mengaku.."

Kita perlu sedar hubungan yang perlu kita jaga terbahagi tiga, hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam. Ketiga-tiga hubungan ini jika tidak dipelihara maka tidak hairanlah manusia ditimpa bala bencana.

Tok Guru hari ini membuat pengisytiharan bahawa kerajaan negeri Kelantan telah lebih dahulu melaksanakan larangan sepenuhnya pembangunan lereng bukit, bukan bermaksud kerajaan Kelantan menolak pembangunan, tetapi semata-mata menjaga kemaslahatan rakyat dan memelihara hubungan dengan alam. Ketahuilah, alam pun punya ruhnya yang tersendiri. Dari itu kita yang mengaku sebagai manusia uulil albab wajib mengambil pengiktibaran dari peristiwa ini.

Berhati-hatilah, Allah telah memberi kita amanah menjaga negeri Serambi Mekah, bersama 4 negeri yang lain. Jangan sampai kita lupa tanggungjawab dan menyalahgunakan amanah, lantas menjerumuskan diri di dalam kancah kerosakan. WanNauzubiLlah..

Fikir-fikirkanlah..!

Monday, December 8, 2008

Hari Raya Qurban



Hari Raya Aidiladha muncul lagi. Sebanyak 5 ekor lembu telah disembelih dalam satu Majlis Qurban yang telah diadakan di Kampung Baru Nelayan DUN Kelaboran, Tumpat. Sebahagian besar penduduk kampung turut menyaksikan YB Mohamad Zaki Hj Ibrahim yang juga merupakan Timbalan Speakar DUN Kelantan bersama penduduk kampung membantu sewaktu upacara menyembelih diadakan.


Di dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa ibadah Qurban ini merupakan satu ibadah yang sepatutnya dapat meningkatkan ketaqwaan kita sebagai hamba-Nya. Dengan program Qorban berkelompok sebegini, ikatan ukhwah dan kerjasama dapat dipertingkatkan dan boleh dijadikan perlambangan yang cukup baik dalam kehidupan sehari-hari kita.


Bahawasanya kita wajib melaksanakan pengorbanan dan menjadi tanggungjawab kita untuk berkorban sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang tanpa takwil telah menurut perintah Allah swt walaupun anak dan ayah ini tidak pernah bertemu mata di sepanjang usia nabi Ismail di kota Makkah.




Begitu jugalah kita, bagi pejuang Islam dalam menegakkan Hakimiah Lillah dan mempertahankan kerajaan yang cuba meletakkan Qur'an sebagai perlembagaan, pengorbanan yang dituntut bukan sahaja dari segi masa, tenaga malah harta benda dan sehingga ke satu peringkat, nyawa turut digadai.

Sunday, December 7, 2008

PROGRAM PENGHAYATAN HARI WUKUF 1429H



Masjid Ismaeili Bandar Tumpat sekali lagi menerima tetamu-tetamu hebat negeri Kelantan dalam satu Program Penghayatan Hari Wukuf 1429H.





Majlis yang dijalankan secara bersama oleh Urusetia Penerangan Negeri bersama Dewan Muslimat PAS Tumpat telah menarik lebih seribu jemaah.





Antara program yang dijalankan adalah solat hajat yang diimamkan oleh Tuan Guru Menteri Besar dan disusuli dengan tazkirah pagi mengenai hari Wukuf. Turut berucap, Dr Fadhli Dato' Hassan dan Ustaz Azhar Abdullah. Antara dif kehormat ialah ahli-ahli exco, Yang Berhormat-Yang Berhormat dan Pegawai-Pegawai Kerajaan.

Wacana Perdana

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA "UNIT EHSAN PULAU PINANG"



















































Pihak YB ADUN Kelaboran mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pengarah serta seluruh anggota Unit Ehsan Pulau Pinang di atas sumbangan yang dihulurkan.

Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa istiqamah dalam perjuangan.