Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar....
Tuesday, September 30, 2008
PERUTUSAN AIDIL FITRI ADUN KELABORAN
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar....
Wednesday, September 24, 2008
HARGA MINYAK TURUN, HARGA BARANG TAK TURUN......
Jelas sekali hal ini amat mengecewakan rakyat bahkan bakal menaikkan kemarahan rakyat yang selama ini masih boleh bertahan dengan karenah kerajaan pimpinan BN. Kerajaan sepatutnya menimbang kembali penurunan minyak yang di buat ini kerana hasil penurunan harga minyak 15 sen dahulu pun harga barang masih belum turun lagi hasil dari kenaikan harga minyak dulu.
Kalau sekadar 10 sen, dapatkah kerajaan jamin harga barang turut akan turun. Kenapa pihak kerajaan cukup lembab dalam bab penguatkuasaan terhadap kenaikan harga barang. Yang akan terus menderita ialah rakyat bawahan, mereka terus dibebani dengan harga barang keperluan harian yang melambung tinggi. Bapak bapak Menteri tak mungkin akan turut serta merasai keperitan hidup rakyat bawahan ini. Beginilah nasib rakyat di bawah pemerintahan Kerajaan BN. Pakat pakat fikir lah.....!!!!
Monday, September 22, 2008
ADA MT UMNO JADI PETUALANG DALAM UMNO
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini menyifatkan mana-mana anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang membocorkan sebarang maklumat perbincangan tertutup mesyuarat MT kepada pihak luar sebagai petualang.Beliau berkata sebagai anggota MT mereka sepatutnya perlu berpegang kepada etika dan tatasusila ketika menghadiri mana-mana mesyuarat sama ada di peringkat MT atau negeri."Kalau kita bocorkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat bermakna kita boleh dikategori sebagai petualang."Perangai petualang harus tidak ada pada pemimpin dalam parti kita kerana perbuatan ini jijik dan memalukan," katanya kepada pemberita.
Inilah gambaran sebenar pemimpin UMNO yang menerajui kepimpinan negera Malaysia pada hari ini. Sama-sama mereka pun, tidak boleh bersikap amanah sebagaimana kenyataan Rafidah Aziz yang menyifatkan mereka yang membocorkan maklumat tersebut sebagai tidak amanah.
MAHASISWA vs AUKU
Universiti adalah satu dunia pra-kehidupan sebenar. Gaya hidup, corak pergaulan, pemikiran kritis, halatuju perjuangan, pandangan politik, terbentuk dan diasah umumnya ketika kita di alam kampus. AUKU yang digubal pada 1971, bertujuan mengekang kebangkitan mahasiswa yang menyedari kerajaan yang diketuai Allahyarham Tun Hussein Onn ketika itu menzalimi keadilan sejagat, namun tidak berhasil. Hanya di zaman Tun Dr Mahadhir bersama 'think tank'nya yang dapat membuat kekangan kemas dengan meminda seksyen 15(1) dan (2) yang melarang pelajar dan pertubuhan pelajar menjadi ahli kepada mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja... Hasil tekanan yang berterusan inilah, mahasiswa menjadi takut, terancam, kusam dan seterusnya putus angin.
Jelas, ramai di kalangan pemimpin UMNO BN adalah bekas pimpinan kampus yang sempat merasai cengkaman AUKU, dan mungkin kini selesa dengan AUKU kerana ia memenuhi agenda peribadi mereka. Namun ingat, tidak semua pemimpin UMNO bersetuju. Contohnya dalam satu forum di UIA baru-baru ini, Dato' Saifudin Abdullah (UMNO) bersetuju dengan YB Salahudin Ayub dan saudara Yusmadi Yusof (PKR) yang menyelar seksyen 15 AUKU kerana mencengkam kebebasan Mahasiswa bersuara. Bagi saya, tidak salah untuk mengakui kelemahan. Itu baru diakui pemimpin sebenar!
Jadi, perubahan apa yang kita tuntut dari Mahasiswa? Rata-rata MPP universiti tempatan akan dibubar pada bulah 10 ini. Pilihanraya Kampus akan cepat menyusul selepasnya. Pro-Aspirasi yang bakal ditukar nama kepada Revo-M tentulah sudah mendapat mandat dari parti pemerintah, termasuklah budaya politik wang yang desas-desusnya kedengaran, kian menular dalam pimpinan Mahasiwa. Namun iklim politik mutaakhir yang bertukar arah kompas baru-baru ini sedikit sebanyak memberi kesan. Warga pelajar kian sedar, mencari gagasan yang sempurna adalah satu kewajipan.
Hassan al-Banna, 60 tahun lalu dalam mandatnya kepada Mahasiswa Mesir ada mengatakan "Si pejuang bagi sesuatu gagasan yang diperjuangkan, perlu ada 4 ciri utama: Pertama, Keimanan kepada apa yang diperjuangkan, Kedua, Keikhlasan dalam mempertaruhkan ideanya, Ketiga, Usaha dan Pengorbanan yang berterusan dan Keempat, Api keazaman yang tidak terpadam. Sebagai pemimpin, 4 ciri ini perlulah ditanam dalam setiap individu dalam menuju hanya satu gagasan yang sempurna iaitu gagasan Islam" Tidak kira apa bangsamu, tidak kira apa warna kulitmu, tidak kira apa agamamu... jika perjuanganmu untuk kesaksamaan dan keadilan, ia adalah selangkah menuju cara hidup Islam.
Rebutlah peluang dengan perlonggaran dasar AUKU ini. Lakukanlah perubahan.. kerana di tangan-tangan kamulah nanti negara ini, bangsa ini, dan agama ini bakal diwariskan. Apakah kamu telah mempersiapkan diri memikul amanah dan tugasan ini? Atau apakah kamu sudi negara ini, ummah ini dan agama ini rosak seperti saudaramu yang berada di Pusat Serenti? Ingatlah dengan datangnya tanggungjawab dan adanya kepertanggungjawaban, yang mengiringnya adalah amanah yang bakal dipersoalkan oleh Tuhan... Dayung sudah di tangan, Di air, itu sampan, Tepuklah badan, tanyalah si Iman....! Takbiir...
Saturday, September 20, 2008
UMNO PROFESIONAL ?
Wednesday, September 17, 2008
NAJIB GALAS BEBANAN EKONOMI NEGARA
Tuesday, September 16, 2008
PEMUDA PAS BANTAH PENAHANAN GUNA AKTA ISA OLEH KERAJAAN BN
Sunday, September 14, 2008
KEMBARA IMAN DI LAUTAN RAMADHAN
Sebenarnya ini bukan isu utama. Bagi yang mengaji dan mengkaji, umum maklum bahawa pada bulan Ramadhan ini pintu Neraka ditutup serapat-rapatnya dan pintu Syurga dibuka seluas-luasnya, manakala syaitan dan iblis di belenggu lehernya, namun kenapa masih ada yang semakin menjadi-jadi perangainya? Pembunuhan, pergaduhan, rompakan, tidak berhenti-henti.. Itu isu sosial yang menerajui berita perdana.. Lihat pula fitnah dan tuduh menuduh yang kian bermaharajalela. Aduuuh.. rintangan bagi si a'bidin dan si salihin semakin membadai..
Namun ketahuilah, tugas kita sebagai pejuang kebenaran ini memanglah tidak lepas dari ujian. Sejak zaman azali lagi, bacalah sejarah pejuang nan lalu, malah turut dipahat di dalam al-Qur'anul Karim.. Cumanya, sanggup atau tidak sanggup kita menghadapinya. Kalau kita sambut cabaran itu, hadapi dengan ketabahan, kesabaran, keimanan dan kebijaksanaan, maka kita akan lulus dengan flying colours... begitu jugalah sebaliknya, jika kita sahut ujian itu dengan emosi kemarahan, pendek akal, lemah keimanan, maka kitalah golongan yang rugi... Tidak akan naik darjat kita.. Sedangkan sepatutnya diri kita pada hari ini lebih baik dari hari semalam..
Fathi Yakan dalam nukilannya mengupas Hadith RasuluLlah saw yang membawa maksud, Orang Mu'min (Pejuang Kebenaran) akan sentiasa diambang dugaan yang sukar, di mana dia akan menghadapi cabaran-cabaran globalisasi dari 5 jenis manusia di bawah:
- Mu'min yang merasa dengki kepadanya
- Munafiq yang membenci dirinya
- Orang Kafir yang memeranginya
- Syaitan yang sentiasa menyesatkannya
- Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
Dipendekkan cerita, bersempena bulan Ramadhan ini, sahabat-sahabat bloggers.. kita kena bermuhasabah, buatlah analisa SWOT ke atas diri sendiri, tingkatkan ketaqwaan kepada sang Pencipta, ambillah pengajaran dari surah pilihan tadarrus Kerajaan Negeri Kelantan tahun ini (surah al-Hasyr, ayat 18-24) dan berusahalah agar di penghujung Ramadhan seolah-olahnya kita baru lahir bersih, suci dari kekotoran dosa pendengki atau Munafiq dan menjadi manusia yang terbaik di kalangan yang terbaik bak kata pepatah "Tidak Penting Di Mana Kita Bermula.. Apa Yang Penting Adalah Dimana Kita Berakhir....."
KOLEKSI GAMBAR NISA' BERSAMA PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI TUMPAT
PPWK MENERIMA KUNJUNGAN ROMBONGAN AMPANG JAYA
Pegawai dari Unit Pembangunan Wanita Negeri Kelantan turut hadir.
Antara lain tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari teknik-teknik dalam menghidupkan aktiviti Wanita di DUN Kelaboran. Selain dari itu mereka juga tidak keberatan membeli hasil jahitan pelatih PPWK termasuklah kain telekong.
Mek Knuan, salah seorang pelatih PPWK Kelaboran ketika menjawab soalan dari pelawat.
Wednesday, September 10, 2008
TADARRUS AL-QURAN & IFTHOR JAMAEI PAS KAWASAN TUMPAT BERSAMA YAB TUAN GURU DATO' MB
Tazkirah Ramadhan telah disampaikan sendiri oleh YAB Tuan Guru Dato' MB Kelantan. Antara lain tazkirah yang telah disampaikan oleh beliau agar bertaqwa kepada Allah Taala dengan sungguh-sungguh untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Dato' TMB, YB Dato' SU Perhubungan Negeri, YB ADUN Kelaboran, YB ADUN Wakaf Bharu, YB Ust Mohamad Mustapha, YDP Kawasan Tumpat, Tetamu simbolik, Ketua Jajahan Tumpat serta pimpinan parti berbagai peringkat.
Tuesday, September 9, 2008
Monday, September 8, 2008
Malaysia Lawmakers Fly To Taiwan Amid Uncertainty
By SEAN YOONG –
KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) — Dozens of Malaysian ruling coalition lawmakers traveled abroad together Monday amid jitters about opposition leader Anwar Ibrahim's threat to recruit enough defectors from the government to seize power by next week.
The opposition has accused the National Front coalition of sending its members of Parliament overseas to keep them away from Anwar and to prevent him from enlisting government legislators to join the opposition by Sept. 16 — the date Anwar has vowed to take power.
Tiong King Sing, chairman of the National Front Backbenchers Club, said some 40 lawmakers flew to Taiwan for an agricultural study tour Monday and that around 10 more would join them Tuesday. The trip will stretch through next week, but there was no confirmed date for their return.
Tiong denied that the retreat was timed to thwart Anwar's threat, stressing that "the credibility of our lawmakers should be regarded with high respect."
Anwar has indicated the retreat could set back his Sept. 16 target by several days. Opposition leaders noted the National Front legislators were only told about the trip last week, and that the lawmakers' club had never organized such an event before.
Senior opposition legislator Lim Kit Siang said the government lawmakers were "forced to flee from Malaysia to ensure that they don't take part in any Sept. 16 political changes."
"There is no doubt that with the daily countdown to Sept. 16, there is an increasing panic in (government) leadership ranks over the degree of cohesion, solidarity and allegiance" among its legislators, Lim said.
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi pledged last week to block Anwar's attempt to topple the National Front, which has governed Malaysia for 51 years but suffered its worst electoral result ever in March national polls.
The National Front won 140 seats in the 222-member Parliament, losing its two-thirds majority for the first time since 1969. Anwar's three-party opposition alliance needs to lure at least 30 defectors for the government to collapse.
Anwar, a former deputy premier, won a by-election in northern Malaysia last month that enabled him to re-enter Parliament and to become prime minister if his alliance takes power.
Orang kata Pakatan Rakyat bermimpi... Biarlah sebab semua orang ada mimpi masing-masing. BNpun ada mimpi yang tersendiri. Tapi itu bukan agenda kita. Sedang suami isteri yang berkongsi bantal pun, mempunyai mimpi yang berbeza, apatah lagi kita yang berada di dua kapal berbeza, haluan berbeza dan destinasi yang berbeza. Mana mungkin punya mimpi yang serupa...
Hakikatnya Pakatan Rakyat hanya memerlukan lebih kurang tiga puluh orang MP sahaja untuk naik ke Putra Jaya. Sedangkan pada masa yang sama mereka yang didapati 'berminat' untuk menyertai Pakatan telah dihantar keluar negara bagi menyertai 'rombongan sambil belajar' ke Taiwan, dan hanya pada 17 atau 19 September mereka akan pulang ke tanahair tercinta.
Menonton arus perdana pun nampaknya banyak rancangan mereka mula mesra rakyat. Kalau dahulu rancangannya banyak mesra pemimpin, seolah-olah jadi pesta lobi melobi, apatah lagi kalau Mesyuarat Agung is around the corner. Sekarang ini, kita boleh nampak bukan Pak Mat seorang terima beras seguni, bukan mak Yam seorang terima kunci rumah, hari-hari kita disajikan dengan sikap keperihatinan pemimpin BN.. Tengok sahajalah baru-baru ini bantuan ribut segera sampai,bagus tu.. hmmm.. mungkin semangat Ramadhan kot, atau mungkin ketandusan idea jadi terpaksa pinjam idea Tok Guru, untuk menjadikan Malaysia negara berkebajikan! Bagi kita apa salahnya perbuatan yang baik kalau ditiru alangkah moleknya...
Kalau dulu wanita berwajah pan-Asian sahaja penghias kaca TV, la ni tidak lagi.. malah yang bertudung telah mula mengisi ruang. Tutup aurat tu kan wajib. Undang-undang Tuhan, mana boleh nak guna separuh dan buang separuh... Undang-undang Lord Reid mungkin boleh...
Ada juga yang mendakwa berita dari Kerajaan itu telus.. manakala maklumat dari blogger seperti kita ini misinform atau disinform.. Laporan Dr Othman Hamid pun mungkin tak betul jugak.. walaupun sudah berkali-kali beliau menegaskan bahawa itulah laporan sebenar... Ahha... dalam hal ini mungkin che' Det boleh membantu... Sementelahan pula che' Det bukan lagi orang politik...
Apa-apapun Pakatan Rakyat tidak boleh merasa convenient (selesa)dengan pencapaian yang ada, kerana kita perlu mengisi kemenangan itu dengan menghidupkan roh Takbir, Reformasi, Makhal Sakthi yang telah kita laungkan. Jangan dilupa pengorbanan pejuang lalu yang berhujankan peluh, darah, dibuang negeri, meninggalkan anak isteri.. malah yang mengorbankan nyawa demi sebuah kerajaan yang adil dan bertunjangkan Qur'an dan Sunnah. Jangan sampai nanti nikmat ini Allah tarik dan diserahkan kepada mereka yang lebih jahil dan kejam... Kerana yang pasti...itu bukan mimpi kita...
Untuk yang bukan Islam, kenapa kalian takut kepada kebenaran? Cubalah, buka Tafsir al-Qur'an dan hadapilah ustaz dan ustazah yang ada merata di muka bumi Malaysia ini.. Kenalilah Islam, maka anda semua akan mengenali corak pentadbirannya dan hukum hakamnya. Tanyalah Lim Guan Eng kalau tak percaya!
MAKE COLEK BERSAMA YB DATO' AHLI PARLIMEN TUMPAT
Tahun ini sebagaimana tahun-tahun yang lepas, kedai Wan Zainal Abidin, Kg Chabang 3 Berangan menjadi pilihan beliau untuk bersama dengan rakyat DUN Kelaboran dalam sesi "make colek bersama rakyat".
YB Mohd Zaki Hj Ibrahim selaku ADUN Kelaboran menyambut baik dengan program seumpama ini. Ini membuktikan bahawa hubungan di antara ADUN & ADR dalam kepimpinan Parti Islam Semalaysia (PAS) terutamanya di Kawasan Tumpat saling bekerjasama dan boleh duduk semeja dalam apa jua hal sekalipun.
Seramai lebih kurang 200 orang lebih yang datang pada majlis ini. Perbelanjaan sebanyak RM 1,050 telah ditanggung sepenuhnya oleh beliau.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah AJK MTD Kelaboran dan AJK Pemuda DUN serta jentera peringkat UPU dan juga masyarakat setempat.
Bagi pihak DUN, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato' KJ, semoga dimurahkan rezeki serta panjang umur dalam meneruskan perjuangan demi menegakkan Islam hingga ke akhir hayat.
Thursday, September 4, 2008
Pelancaran Ihya' Ramadhan Muslimat DUN Kelaboran
Antara isi kandungan tazkirah yang disampaikan adalah berkenaan kematian yang tidak kita ketahui bila masanya dan pengisian di bulan Ramadhan yang juga dikenali sebagai Bulan al-Qur'an, bulan Rahmat dan bulan keampunan.
Seramai hampir 100 jemputan Muslimat sekitar Kelaboran telah hadir ke program pelancaran tersebut. Mereka juga kemudiannya dibekalkan dengan sebekas kurma untuk dibawa pulang.