Sunday, August 31, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1429

Assalamualaikum wm wb

Segala pujian bagi Allah swt, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.

Pertama-tamanya marilah kita semua sama-sama memanjatkan syukur kita ke hadrat Ilahi Rabbul Jalil kerana masih diberi kesempatan kepada kita semua untuk meneruskan baki hidup ini dalam Ramadhan 1429H tahun ini.

Kesempatan yang dianugerahkan ini janganlah kita abaikan. Rebutlah peluang nikmat yang tidak terhingga ini dengan memperbanyakkan amal ibadah kita dalam bulan yang mulia ini.

Dalam kesempatan ini, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada tuan/puan, muslimin muslimat rakyat DUN Kelaboran tidak kira dimana ia berada.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa umur yang dipinjamkan kepada sekali lagi telah meningkat.

Oleh yang demikian, marilah kita berusaha untuk sama-sama memperbaiki dan membaik pulih serta meningkatkan mutu amal ibadat kita sepanjang sebulan ini.

Mungkin Ramadhan yang kita dapat tahun ini adalah merupakan terakhir buat kita. Oleh itu pastikan ianya dapat menjadi saksi pengabdian kita di hari akhirat kelak.

Akhir kata, semoga kita semua akan di kurniakan rahmat, nikmat serta pengampunan dari Allah swt.

Wassalam.


Saturday, August 30, 2008

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SEPAK TAKRAW PEMUDA BERANGAN PONDOK

29 Ogos 2008, Kg Berangan Pondok - Dalam ucapan ringkas di Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Berangan Pondok antara lain beliau mengharapkan agar pemuda dapat meneruskan program-program seumpama ini di samping jangan lupa tuntutan Allah SWT supaya jangan meninggalkan sembahyang.

Turut hadir dimajlis ini ialah Ust Mat Nawi Jusoh, Pengulu Mukim Berangan, Ust Azhar dan Ust Ab Hamid.

PELANCARAN KELAB PENYOKONG PAS DUN KELABORAN

27 Ogos 2008, Kg Terbak - Seramai 40 orang penduduk Kg Terbak yang terdiri daripada kaum Siam telah mengadakan perjumpaan dengan YB ADUN Kelaboran, En Mohd Zaki Hj Ibrahim.

Dalam perjumpaan ringkas yang telah diadakan dirumah Penghulu Tanpa Mukim Terbak, Cham Ren pada hari serta tarikh yang sama, amat bermakna bagi segelintir penduduk Kg Terbak. Turut hadir ialah Ust Hj Mat Nawi Jusoh, wakil Pemuda DUN serta wakil Muslimat DUN.

Kata sepakat telah dipersetujui untuk menubuhkan Kelab Penyokong PAS DUN Kelaboran.

Kelab ini diKetuai oleh Cikgu Eh Chan sebagai Pengerusi serta beberapa orang ajk.

Dalam perjumpaan ini juga, YB ADUN Kelaboran menyebut di antara kelab penyokong yang pertama dalam Parlimen Tumpat.

Namun demikian, proses penubuhan serta komitmen daripada ahli, amat di alu-alukan serta diperlukan.

Semoga kelab ini akan kekal tanpa unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan perpaduan yang telah sama-sama di bina.

Thursday, August 28, 2008

KOLEKSI GAMBAR YB ADUN KELABORAN DI HARI MENGUNDI PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH










YB ADUN KELABORAN BERKEMPEN PILIHANRAYA KECIL P44 PERMATANG PAUH

25 Ogos 2008, UPU Sama Gagah; DUN Permatang Pasir -
YB Mohd Zaki Hj Ibrahim dalam sesi kempen pilihanraya kecil
Permatang Pauh sempat menziarah pengundi-pengundi disana.

Dalam sesi ziarah lebih kurang 3 jam ini, para petugas telah dibahagikan sebanyak 5 kumpulan yang mana setiap kumpulan seramai lebih kurang 15 hingga 30 orang petugas.

Ketika menziarah dari rumah ke rumah, beliau sempat bertanya khabar pengundi serta dapat berkomunikasi dengan pengundi secara terbuka untuk mempastikan pengundi akan keluar membuang undi pada keesokan harinya.

Suasana yang dapat diperhatikan semasa sesi ini, Datuk Seri Anuar Ibrahim menjadi pilihan mereka. Justeru berkemungkinan besar DSAI pada hematnya akan menang besar, sekurang- kurangnya melebihi majoriti isterinya.

Namun demikian, kemenangan bagi pihak PKR akan ditentukan oleh Allah SWT. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.

Wednesday, August 27, 2008

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL P44 PERMATANG PAUH




------------------------------------------------------------------------------------------------


Ini keputusan RASMI.

Anwar ,PKR 31,195 undi => pertambahan 2283 undi berbanding Mac 2008

Arif Shah, BN 15,524 undi => pengurangan 1426 undi berbanding Mac 2008


Hanafi, AKIM 92 undi => hilang wang pertaruhan

Anwar menang dengan majoriti 15,671

% Keluar Mengundi : 81.01 => dulu 81.87 pengurangan 0.86% sahaja

Dr Wan Azizah Wan Ismail, menang dahulu dengan majoriti 13,388 pada Pilihanraya Umum 8 March.

Pada pilihan raya umum 2004 pula, BN kalah dengan majoriti 590 undi
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, August 22, 2008

PERINGATAN BAGI MEREKA YANG ALPA

Menyelusuri perjalanan ke Permatang Pauh dengan berkonvoi untuk bertugas sebelum tanggal 26 Ogos 2008 baru-baru ini sesungguhnya amat mencabar sekali. Manakan tidak... dengan van yang tidak ber air-cond, keadaan fizikalnya yang agak uzur, kemudiannya driver van ke 3 yang terlalu asyik makan buah langsat sehingga tawaf 6 pusingan di pekan Baling, sehinggakan masa yang sepatutnya diambil hanya 5 jam, berganda menjadi 10 jam. Itulah ujiannya.

Namun semua mehnah terubat bila melihat kebesaran Allah di sepanjang perjalanan... Banjaran Titiwangsa yang menjalar gagah.. Tasik Banding yang terbentang membenam lurah... Hutan dara yang kelihatannya belum diteroka... SubhanaLlah..

Kami sampai di Pejabat ADUN MTD Pengkalan Pasir YB Hj Hamdan Abdul Rahman ketika jam menunjukkan 7.30 malam. Kebetulannya YB Salahudin Ayub, YB Mahfudz Omar dan YB Kamarudin Jaafar turut berada di situ. Kesempatan itu kami ambil untuk menyapa 3 YB tersebut..

Thursday, August 21, 2008

JADI KE MERDEKA TAHUN NI?

31 Ogos , tarikh kemerdekaan Negara Malaysia semakin hampir, lebih kurang 10 hari dari sekarang. Sepertimana tahun sebelumnya, bila tiba bulan Ogos malah bermula bulan Julai lagi kemeriahan bulan kemerdekaan begitu dirasai. Bendera Kebangsaan berkibar di mana –mana, bangunan kerajaan atau premis pensendirian juga di kenderaan di jalan – jalan raya.

Pelbagai program diatur sama ada agensi kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi, sekolah dan turut tidak ketinggalan menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan

Namun, hari ini suasana sambutan kemerdekaan nampak lesu dan muram. Cuma di bangunan milik kerajaan suasana kemerdekaan sedikit dirasai tetapi pada pandangan saya lebih kepada 'menurut perintah' atau 'ambil syarat' sahaja.

Kenderaan yang mengibarkan bendera kebangsaan di jalan raya ? Adalah sebuah dua, jarang – jarang sekali jumpalah sebuah yang memasang bendera.

Media massa pula lebih sibuk mengulas dan memaparkan berita – berita yang memualkan seperti kes liwat pemimpin politik, isu muzakarah dan Muqabalah, rasuah menjelang pemilihan UMNO dan keretakan Jambatan MRR2. Turut dibangkitkan oleh media juga kempen Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh.

Rencana atau berita tentang sambutan kemerdekaan tidak begitu mendapat tempat. Malah, Kementerian Kesenian dan Pelancongan yang bertanggungjawab kepada sambutan kemerdekaan seperti lepas tangan dan membuatnya seperti ala kadar sahaja.

Adakah rakyat Malaysia sudah hilang patriotisme mereka ?

Menurut rakan – rakan, kegawatan politik dan ekonomi kesan kenaikan harga minyak menyebabkan berlaku suasana lesu sambutan kemerdekaan kali ini. Mereka membuat protes secara senyap sebagai bantahan dan manifestasi rasa kurang senang terhadap apa yang berlaku dalam senario politik Negara dan tekanan ekonomi yang mereka alami.

Walaupun ada beberapa insentif seperti bayaran rebat kepada pemilik kenderaan dan bantuan RM 200 kepada nelayan semua ini tidak mampu untuk mengubat luka rasa tidak puas hati mereka.

Semua ini menimbulkan tanda tanya kepada saya. Apakah tahun ini ada sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ? Atau ada kejutan akan berlaku menjelang 31 Ogos atau sebelum 16 September nanti. Sama – samalah kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku…

Monday, August 18, 2008

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."

Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:

  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.

  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.

  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)

  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

NISA' BERTUGAS DI MAJLIS PERNIKAHAN 6 PASANGAN 08-08-2008

Salah satu pasangan pengantin yang juga
merupakan anak kepada AJK Muslimat
DUN Kelaboran yang menyertai pernikahan
beramai-ramai anjuran MTD.


Keletihan selepas bertugas,
menjamu selera baki hidangan...


Che' Na, Isnani dan Za


Tie dan YB Wan Ubaidah


Makan berhidang

NISA MENYERTAI PROGRAM DATO KJ JELAJAH PULAU (PARLIMEN TUMPAT)

Sewaktu melawat salah
seorang pesakit yang koma.

Penyampaian bantuan di Pulau Pantai Nik Mat


Dato' KJ sedang berucap di salah sebuah
rumah penduduk pulau


Nisa' bersantai sambil
menikmati air kelapa
muda di Pantai Teluk Renjuna

Rombongan menaiki bot menyusur sungai
di sekitar Pulau Bluru, Pulau 100, Pantai Nik
Mat, Pulau Tongkang dan lain-lain


Wakil Nisa' DUN Kelaboran


Ketiadaan pengangkutan 4 tayar
menyebabkan rombongan berduyun-duyun
berjalan kaki ke sekeliling pulau


Antara jemputan muslimat yang hadir
di Pulau Tongkang


Nisa' Kelaboran menyusur sungai

WAKIL NISA' MELAWAT ANAK S/U PEMUDA DUN

Syafiqin, baby Syakirin, Syakirah


Hamdan Syakirin selepas 35 hari


Ketibaan orang baru yang ditunggu (bersama wakil Nisa')


Syakirin dan Syakirah

GAMBAR SEKITAR MU'TAMAR DEWAN PEMUDA PAS PUSAT






YB bersama antara barisan pimpinan Pemuda PAS Pusat sedang menanti ketibaan dif Kehormat pada malam perasmian Mu'tamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Stadium Indera Mulia Perak Darul Redzuan

Saturday, August 16, 2008

MALAM NISFU SYAABAN

Assalamualaikum...

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Sabtu malam Ahad (sebaik saja masuk maghrib), 16hb Ogos 2008(selepas maghrib pada hari 15 Sya'aban 1429H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatanyang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib,(15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, ahad malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, ahad malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Ahad)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof di dalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw): pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA AHAD 17hb OGOS INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...

wassalam.....

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Telah diriwayatkan dari Abi Nashrin bin Sa’id dari Rasulullah SAW: “Pada malam 13 bulan Syaaban Jibril AS telah datang kepadaku dengan berkata: “Wahai Muhammad, bangunlah dan kerjakanlah solat tahajjud supaya kamu dapat meminta apa yang kamu kehendaki untuk umat kamu.”

Setelah berkata demikian maka Jibril AS pun pergi, lalu Rasulullah SAW pun bangun mengerjakan solat Tahajjud.

Setelah itu Jibril AS datang pada waktu Subuh berjumpa dengan Rasulullah SAW dengan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepadamu 1/3 umatmu.”

Rasulullah SAW menangis apabila diberitahu Jibril AS bahawa hanya 1/3 sahaja yang diberikan. Maka baginda pun berkata: “Wahai sahabatku Jibril AS katakan kepadaku tentang 2/3 umatku yang lain.” Berkata Jibril AS: “Ya Muhammad, aku tidak tahu.” Setelah berkata demikian maka Jibril AS pun pergi.

Pada malam kedua Jibril AS datang lalu mengejutkan Rasulullah SAW sambil berkata: “Wahai Muhammad bangunlah dan kerjakan solat tahajjud. Lalu Rasulullah SAW pun bangun mengerjakan solat Tahajjud.

Pada waktu Subuh Jibril AS datang bertemu dengan Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepadamu 2/3 umatmu.”

Rasulullah SAW menangis sambil berkata: “Wahai sahabatku Jibril AS, katakan kepadaku tentang 1/3 lagi umatku.”

Kemudian Jibril AS berkata: “Wahai Muhammad, aku tidak tahu.”

Pada malah “Bara’ah” malaikat Jibril AS datang bertemu dengan Rasulullah SAW dengan berkata: “Wahai Muhammad, ini ada berita gembira bahawa Allah SWT telah memberikan kesemua umatmu yang terdiri dari mereka yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu.”

Malaikat Jibril AS berkata lagi: “Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu ke langit dan lihatlah apa yang kamu lihat.” Lalu Rasulullah SAW memandang ke langit, di lihatnya pintu langit terbuka dan para malaikat yang terdiri dari langit dunia hingga sampai ke Arsy sedang bersujud memohon keampunan bagi umat Muhammad SAW.

Pada pintu langit pertama terdapat malaikat yang berseru:

“Sungguh beruntunglah bagi orang-orang yang rukuk pada malam ini.”

Pada pintu kedua berseru pula malaikat yang lain:

“Sungguh beruntunglah bagi orang-orang yang bersujud pada malam ini.”

Pada pintu ketiga pula malaikat yang lain berseru:

“Sungguh beruntunglah orang-orang yang berzikir pada malam ini.”

Pada pintu yang keempat malaikat lain berseru pula:

“Sungguh beruntunglah bagi orang-orang yang berdoa kepada Tuhannya pada malam ini.”

Pada pintu yang kelima berseru malaikat lain pula:

“Sungguh beruntung bagi orang-orang yang menangis kerana takutkan Allah SWT pada malam ini.”

Pada pintu yang keenam berseru malaikat yang lain:

“Sungguh beruntung bagi orang-orang yang berbuat baik pada malam ini.”

Dan pada pintu langit yang ketujuh pula berseru malaikat dengan berkata:

“Sungguh beruntung bagi orang-orang yan gmembaca Al-Quran pada Malam ini.”

Berkata malaikat itu lagi: “Kalau ada sesiapa yang berdoa maka doanya itu akan dikabulkan, kalau ada sesiapa yang bertaubat maka taubatnya akan diterima, kalau ada sesiapa yang meminta ampun maka ianya akan diampunkan.”

Bersabda Rasulullah SAW: “Pintu tahmat itu terbuka untuk umatku dari permulaan malam sehingga sampai waktu fajar. Sesungguhnya pada malam ini Allah SWT membebaskan orang-orang dari neraka lebih ramai daripada bilangan bulu kambing milik qabilah Bani Kilaabin.”

Rasulullah SAW telah menyuruh setiap orang baik dari lelaki ataupun perempuan supaya bangun mengerjakan amal ibadat dan berdoa pada malam tersebut, seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Ali, sujudlah kami dan carilah orang-orang lain; wahai Fatimah dan Aisyah sujudlah kamu dan carilah anak-anak dan perempuan-perempuan lain.”

Doa Al-Baraa-ah ialah yang bermaksud:

“Ya Allah, apabila Engkau telah menulis, mencatat namaku sebagai orang yang sengsara dan di tempat orang-orang yang sengsara, maka hapuskanlah dan catakanlah namaku di tempat orang-orang yang bahagia dan apabila Engkau telah mencatat namaku sebagai orang yang bahagia maka tetapkanlah. Sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam kitabMu yang dimuliakan:” Allah menghapuskan apa-apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (Apa-apa yang Dia kehendaki) dan disisiNya ada kitab yang pokok (Lauh Mahfuz).

Aisyah RA berkata: “Sesungguhnya Allah SWT turun pada malam pertengahan Syaaban dan mengampuni para hambaNya lebih ramai daripada bilangan bulu kambing milik Qabilah Bani Kalaabin.”

YB ADUN KELABORAN DALAM SESI ZIARAH KAUM SIAM

Ziarah Masyarakat Kaum Siam
Di Chenderong Kubu, Kelihatan
Bersama Penghulu Hj Loh



Ziarah Kematian Di Terbak

Wednesday, August 13, 2008

CERAMAH ISU SEMASA DUN KELABORAN

12 Ogos 2008
Selasa
Tapak Pasar Malam, Kg Berangan

YB Mohd Zaki Hj Ibrahim
Ust Hj Mohd Taib Ismail
Ust Hj Mat Nawi Yusoff
Sdr Zamakhsari Hj Ibrahim
Sdr Mohd Khairul Ehsan

Ust Hamid Derani

YB Sdr Saifuddin Nasution

Tuesday, August 12, 2008

NISA' DI KONSERT SUHAIMI DAN UNIC

Nisa sewaktu bertugas di Konsert Nasyid Suhaimi & UNIC di Wakaf Bharu


Gerai Nisa Kawasan Tumpat turut mengambil bahagian


Sewaktu Solat Maghrib & Isya' berjemaah


Petugas Nisa sedang menjamu selera



Kumpulan UNIC sedang membuat persembahan

Sunday, August 10, 2008

KUNJUNGAN MAHABBAH DARI MUSLIMAT KAWASAN TUMPAT

Sebahagian pimpinan yang hadir dalam program Jelajah DMP Kawasan Tumpat ke PU yang kalah di dalam PRU 12 baru-baru ini.

Antara 20 orang AJK yang wajib hadir dari Kampung Chenerong dan Kampung Cherang Melintang. Ketika ini sessi dialog juga sedang berlangsung bagi membincangkan bagaimana nak kita highlight tentang keutamaan tugas, tanggungjawab dan penerangan tentang organisasi PAS sendiri.


Jemputan kehormat sedang memberikan ucapan...