Tuesday, October 28, 2008

NISA' NEGERI TURUN MELAWAT

Nisa' Negeri baru-baru ini telah mengumpulkan Nisa' Rantau Panjang, Tumpat dan Pasir Mas bersama-sama dalam satu program 'Group Binding' yang telah diadakan di Dewan Bunga Raya Pantai Sri 7. Program tersebut yang bertujuan mengeratkan hubungan antara pimpinan negeri dan Nisa' kawasan turut disertai oleh pimpinan dari kawasan Tumpat termasuklah Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Kamarudin Jaafar, ADUN Kelaboran, YB Zaki Ibrahim, Setiausaha kawasan, En Jamaludin Ishak, pimpinan Muslimat dan Pemuda.







Memperkenalkan pelajar USM adik Norhayati walaupun kurang upaya tetapi turut menghibur dan menunjukkan bakat terpendam, sessi petang.









YB Zaki Ibrahim tidak ketinggalan menyampaikan amanat. Beliau antara pimpinan yang komited mengikuti program Nisa' hingga tamat sessi pertama.











Antara saf pimpinan Nisa' Kelaboran yang turut serta dalam program group binding yang dianjurkan oleh Nisa Negeri Kelantan








Nisa' DUN Wakaf Bharu dan Pengkalan Kubur yang sempat dirakam aksi mereka.









Barisan kepimpinan Muslimat Tumpat dan Rantau Panjang dan Pasir Mas yang turut hadir dalam program berkenaan.










Ustazah Hafizah Abdullah selaku ketua Muslimat kawasan Tumpat turut memberikan pesanan kepada Nisa', dan sokongan beliau sangat dialu-alukan.








Puan Salwati selaku Pengarah Nisa' negeri sewaktu dalam program Ok dan... Ok tapi....











Sokongan dari Dato' Kamarudin Jaafar banyak membantu Nisa' untuk terus bergerak.









Puan Siti Khatijah Mohamad, pengarah Nisa' DUN Kelaboran sewaktu memberi penjelasan.

Wednesday, October 22, 2008

DUA PELATIH PPWK KELABORAN KE BUKIT TINGGI, INDONESIA


Pn Noriha dan Cik Yasmin di majlis kesyukuran yang diadakan di rumah cik Yasmin di Kg Besut, Tumpat. Kedua-dua mereka telah terpilih untuk mengikuti kursus sulaman di Bukit Tinggi Indonesia selama 6 bulan atas tajaan kerajaan negeri Kelantan. Antara lain tujuannya adalah untuk melahirkan tenaga mahir dalam penghasilan sulaman agar setanding dengan produk-produk jahitan yang diimport terutamanya dari Indonesia.






YB Adun Kelaboran menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelatih. Turut serta Pengerusi PPWK DUN Kelaboran, Dr Abdul Wahab Ali dan YM Tengku Maziah Tn Muda, Naib Pengerusi PPWK.







Ketua Muslimat DUN turut menghulurkan sumbangan kepada Puan Noriha









Bergambar ramai bersama AJK PPWK, guru dan pelatih-pelatih lain







Lapan pelatih PPWK yang terpilih dari seluruh Kelantan bergambar di lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa











YB Kak Ubai turut menghantar sama.









Rombongan dari DUN Kelaboran

BERITA HARIAN DITARIK BALIK KEBENARAN MEMBUAT LIPUTAN PERSIDANGAN DUN KELANTAN....


Akhbar Berita Harian (BH) pada pagi ini ditarik balik kebenaran membuat liputan persidangan DUN Kelantan bermula pada hari ini sehingga berakhirnya sidang pada 29hb Oktober 2008. YB Speaker DUN Kelantan menggunakan peruntukan Perkara 14 Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Kelantan. Perkara 14 menyebut, " Dengan tertakluk kepada syarat-syarat di dalam Peraturan 13, maka bolehlah Speaker memberi kebenaran am kepada wakil mana-mana akhbar menghadiri persidangan-persidangan dewan. Dengan syarat, jika akhbar itu menyiarkan berita perjalanan dewan yang pada pandangan Speaker tiada berpatutan, maka bolehlah kebenaran itu dibatalkan. "
Penarikan kebenaran ini dibuat berikutan laporan muka hadapan akhbar itu semalam (21hb Oktober 08) dengan menggunakan istilah "Sultan Murka Kepada Kerajaan PAS Kelantan" apabila melaporkan Majlis Persidangan DUN Kelantan (Bajet) yang telah disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan. Semalam YB Speaker telah memberi peringatan kepada akhbar BH supaya menarik balik perkataan "murka" yang digunakan oleh akbar tersebut semalam, tetapi dalam keluaran hari ini akhbar tersebut masih menunjukkan sikap keras kepala, enggan menarik balik perkataan "murka", maka Speaker menggunakan kuasa yang diperuntukkan oleh Peraturan Dewan telah memutuskan kebenaran kepada akhbar BH ditarik balik berkuatkuasa serta merta.
Tindakan tersebut dilihat sebagai satu tindakan yang amat wajar dilakukan oleh YB Speaker untuk menjaga kemuliaan Dewan dan agar dihormati oleh semua pihak. Ianya satu pengajaran kepada akhbar berkenaan dan media yang lain agar membuat laporan yang adil dan tidak menggunakan pena akhbar untuk memburukkan suasana harmoni negeri ini.
Tahniah kepada YB Speaker DUN Kelantan.......

Tuesday, October 21, 2008

YDP PAS TUMPAT DI HOSPITAL USM



Ustaz Wan Jamil bin Wan Mahmood, Yang DiPertua PAS Kawasan Tumpat yang juga ketua WHIP Majlis Daerah Tumpat telah dimasukkan ke hospital USM sejak beberapa hari lalu kerana sakit secara tiba-tiba. Beliau telah ditempatkan di wad 7 selatan. YB Adun Kelaboran turut mengambil masa yang terluang dalam kesibukan persidangan Dewan bagi melawat Ustaz Wan petang kelmarin.








Turut serta ahli-ahli Majlis Daerah Tumpat, Tuan Hj Yahaya Che Daud dan Tn Hj Yahya Yusoff. Pak EngKu turut sama menziarah.







Turut kelihatan, rombongan sahabat seperjuangan dari Pengkalan Kubor. Hadir sama, Encik Mohamad Nawawi Hj Adam, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pelancongan Majlis Daerah Tumpat.

Wednesday, October 15, 2008

DR. ASRAF WAJDI TERSUNGKUR DALAM GELANGGANG PEMUDA UMNO TUMPAT......


Calon BN yang kalah di Parlimen Tumpat dalam pilihan raya yang lalu, Dr. Asraf Wajdi Dato' Hj Dusuki telah sekali lagi tersungkur dalam pertarungan satu lawan satu pemilihan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat pada Jumaat lepas. Dr. Asraf yang kalah dengan majoriti 85 undi kepada calon yang didakwanya ditaja oleh Ketua Bahagian Tumpat. " Saya kalah kepada lawan yang ditaja bahagian kerana mudah dicucuk hidungnya lantaran tidak berpelajaran dan kerjayanya diragui." ujar Dr. Asraf dalam laman blognya.
Dr. Asraf juga mengakui bahawa budaya politik wang begitu berakar umbi dalam UMNO, " tapi apakan daya hari ini budaya dalam UMNO begitu mengakar bahawa duit adalah segala galanya. Perhitungan pemilihan bukan sangat kepada karisma dan wibawa pemimpin tetapi bergantung kepada berapa banyak duit yang ditaburnya." ujarnya lagi.
"Mulanya saya saya agak ragui dari mana wang yang dibelanjakannya. Namun ramai yang maklumkan bahawa lawan saya bukannya beliau tapi pimpinan bahagian yang takut dengan bayang-bayang sendiri seolah2 jika saya menang akan menganggu gugat kedudukan mereka satu hari nanti. Akhirnya mereka sanggup melakukan apa sahaja memastikan saya kalah", tambahnya dalam tulisan tersbut.
Dr. Asraf juga mendedahkan bahawa ramai perwakilan yang mendakwa menerima sogokan daripada RM50 hingga RM100 seorang. Jumlah perwakilan semuanya 438 orang mewakili 146 cawangan. Berapa banyak yang dihabiskan untuk membeli undi mereka. Malah ada yang disogok beberapa kali dan bukannya sekali. Ada satu cawangan yang menerima RM600 untuk diberi kepada perwakilan. Dua malam terakhir adalah malam kemuncak sogokan diberikan. Sebanyak 4 laporan telah dihantar kepada pihak Lembaga Disiplin UMNO dan BPR.
Begitulah keluhan yang telah dinukilkan oleh Dr. Asraf Wajdi dalam blognya. Dr. Asraf baru setahun jagung dalam politik UMNO khususnya UMNO Bahagian Tumpat. Beliau belum mengerti sepak terajang politik dalam UMNO di Tumpat ini. Sudah ramai pimpinan UMNO yang telah tersingkir dengan begitu trajis di zaman Dato' Di memegang takhta di bahagian Tumpat ini. Ramai pimpinan UMNO di peringkat cawangan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya Cikgu Hj Mat Nawi, Hj Noor Yaakob, Dato' Wan Johani, Hj Ramli Kg Besut dan ramai lagi.
Dr. Asraf Wajdi perlu sedar bahawa, RASUAH merupakan budaya yang sudah berakar umbi dalam UMNO sejak sekelian lama. UMNO bukan saja menggunakan pitis untuk membeli undi dalam pemilihan mereka, bahkan menggunakan pitis membeli undi semasa pilihan raya umum yang lalu. Adakah Dr. Asraf tidak sedar perkara ini semasa beliau menjadi calon BN dalan PRU yang lalu. Adakah Dr. tak pernah guna pitis untuk beli undi....? Adakah Dr. tak pernah paksa dan ugut kakitangan kerajaan Persekutuan untuk pangkah dacing dalan PRU yang lalu....? Adakah Dr. tak pernah sogok pengundi dengan memberi barang-barang tertentu dalam PRU yang lalu.....? Adakah Dr. tak pernah paksa pengundi di Tumpat bersumpah dengan Al-Qur'an semasa hari penggundian 8 Mac yang lalu....?....Apa yang dirasai oleh Dr. hari ini sudah lama dirasai oleh kami pimpinan PAS sejak dulu hasil dari budaya bobrok tersebut.
Tepuk dada, tanyalah iman......Selamat berjuang Dr....!!!

Monday, October 13, 2008

TRACK RECORD.... OH..! TRACK RECORD...


Percaya atau tidak setiap kerja yang kita buat direkodkan untuk dirujuk kembali. Sebagai contoh di dalam pejabat, semua mesyuarat perlu diminitkan, surat-surat perlu difailkan dan nota-nota perlu disimpan, semata-mata untuk menjadi rekod yang boleh dirujuk semula.

Contoh lain, seorang pelajar PhD pula, perlu ada 'proposal', rekod analisis yang lengkap, dan 'thesis' yang telah disempurna 'binding', sebagai bukti bahawa dia arif bidang pengkhususannya. Pekerja kilang, perlu 'punch card', menulis 'report' bagi jumlah 'production' yang telah dicapai dalam tempoh-tempoh tertentu dan melaporkan segala aktiviti yang berlaku kepada 'supervisor'. Atau seorang suami, yang kadangkala bercerita bersama si isteri tentang aktiviti kerjanya semata-mata untuk mendapatkan 'feedback' walaupun tidak 'relevan'.

Maka begitu jugalah kehidupan kita, setiap detik, setiap saat ada tukang rekod, samada yang buruk atau yang baik. Ini semua menjadi 'track record' dan rujukan sewaktu menghadapi sang Pencipta selepas kematian. Tidak ada seorang manusiapun atau jin di muka bumi Tuhan ini yang dapat menyelamatkan diri dari dihitung melalui 'track record'.

Begitu jugalah dengan pencalonan terkini MT UMNO yang sedang hangat dilaporkan di akhbar media arus perdana. Bukankah kerana 'track record' yang bersih maka Tan Sri Muhyiddin Yassin setakat ini telah mendahului sebanyak 23 pencalonan bahagian bagi kerusi empuk Timbalan Presiden berbading Datuk Seri Mohd Ali Rustam (3) atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib (2)?
Ataupun kerusi panas Naib Presiden yang setakat ini didahului oleh Panglima Keris , Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebanyak 25 pencalonan berbanding 'Big Boss' UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa yang hanya ada 1 pencalonan?

Manakala bagi kerusi Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Mahathir memang mempunyai aura kehijauan di sekelilingnya hingga boleh selesa selepas 40 bahagian termasuklah Jelebu dan Jempol mencalonkannya berbanding menantu Pak Lah yang juga merupakan ahli Parlimen Rembau yang menjadi jiran Jelebu dan Jempol setakat ini hanya dicalonkan oleh 19 bahagian.! Sungguh..! Beliau jauh meninggalkan pesaingnya bukan kerana apa tetapi, 'track record'...

Jadi, tidak salah kalau kita menilai seseorang itu melalui 'track record'. Contoh terdekat, mungkin kerana 'track record' Tan Sri Annuar Musa telah tercalar akibat skandal PPRT , maka beliau hanya mendapat 1 pencalonan setakat ini, biarpun beliau sebenarnya seorang pemimpin yang berkaliber, boleh diperbaiki dan sebagainya tetapi hanya kerana kesilapan itu yang menjadi 'track record', maka jentera di akar umbi pun menolaknya. Begitu jugalah nasib yang menyelubungi mantan Menteri Besar Selangor yang dulu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib , yang katanya pernah ke Australia membawa beg berisi duit seberat 19kg yang juga katanya bukan miliknya tetapi saudara maranya. Maka mimpinya malam-malam mendatang ini mungkin akan menjadi mimpi ngeri juga.



Kesimpulannya, 'track record' bagi seseorang manusia, apatah lagi manusia yang bergelar pemimpin adalah sangat penting. Untuk rakyat menilainya dan untuk Allah yang akan membalasnya. Dari itu, pemimpin dan bakal pemimpin, diri kita ini perlulah diisi bukan sahaja makanan jasmani tetapi makanan rohanilah yang paling utama. Carilah ia sewaktu kita bertadarrus Qur'an dan carilah diri kita ini di dalam solat kita. Insya Allah, hidayah-Nya akan tercurah kepada sesiapa yang mencari kebenaran, berjuang demi yang haq selagi mana kita meniti di atas landasan-Nya sehinggalah kita menghembus nafas yang terakhir dan menutup mata.

Wednesday, October 8, 2008

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN HARI RAYA ADUN KELABORAN (IV)

Petugas Nisa' di bahagian Pendaftaran dan Semakan Daftar Pemilih


Antara Tok Penghulu yang bertugas selaku penyambut tetamu


Puan Noriah bt Yusof (isteri YB Mohamad Zaki) turut meraikan tetamu Sambutan Hari Raya
Dun Kelaboran 2 Syawal 2008


Petugas yang berdedikasi..


Nisa' tak menang tangan di bahagian penghidangan makanan

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN HARI RAYA ADUN KELABORAN (III)

Yang lama bertemu yang baru


Penghulu tanpa Mukim Saudara Cham Roen, Saudara Surat dan Saudara Foo Chee Tang turut meraikan tetamu sambutan Hari Raya 2 Syawal 1429


Pemuda harapan bangsa


Bersalam-salaman dan bertanya khabar


Antara perantau yang turut dirai bersama keluarga

UMNO KELANTAN MAKIN NAZAK, ANNUAR MUSA PULAK TUNJUK HERO....

Terbaca berita muka depan Sinar Harian semalam, 7 Oktober 2008 dengan tajuk ; Tender: Nik Aziz tiada hak tegur.."Nik Aziz tidak ada wibawa untuk menegur kerajaan BN dalam hal tender. Ini kerana kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan beliau telah diketahui umum sebagai pengamal pemberian tender projek, tender balak, kontrak atau jawatan kepada anak beranak dan kroni politik." - Annuar Musa.

Annuar Musa cuba tunjuk hero dan berlakon seolah-olah dia bersih dari segala noda dan dosa terhadap rakyat negeri Kelantan khususnya semasa beliau bertakhta di Kementerian Pembangunan Luar Bandar suatu masa dulu. Kehilangan pitis PPRT semasa beliau menjadi Menteri yang jaga PPRT dulu dengan jumlah tidak kurang dari RM36 juta adalah antara manifestasi yang tidak melayakkan Tok War menegur Tok Guru Nik Aziz dalam bab pentadbiran negeri Kelantan. Berapa tahun Tok War pegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dulu ? Pegang jawatan Menteri tak sampai 10 tahun, kecoh dihambat BPR sehingga kereta Tok War sendiri ditahan oleh BPR. Tok Guru Nik Aziz 18 tahun memegang jawatan Menteri Besar Kelantan, tak pernah dihambat BPR dan dapat kekalkan rekod tidak ada seorang pun Ahli Exco dan Wakil Rakyat PAS ditahan oleh BPR.
Saya terbaca rencana dalam Mingguan Malaysia pada 18 November 2001 dan Utusan Malaysia pada 13 November 2001. Diantara isi kandungan rencana tersebut adalah seperti berikut :-
(1) Kepentingan Peribadi " Dakwaan adanya kelulusan peruntukan Menteri Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM50,000 untuk satu projek di atas tanah milik Dato' Abdullah Ahmad." (Mingguan Malaysia : 18 November 2001)
(2) Mengkhianati Peruntukan Golongan Miskin ,"Penubuhan Syarikat untuk menyedut keluar dana yang diperuntukan untuk golongan termiskin dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar." (Mingguan Malaysia : 18 November 2001)
(3) " Projek 'Putra Peringat' yang dibina di atas tanah milik pemimpin UMNO menggunakan peruntukan kerajaan." (Mingguan Malaysia ; 18 November 2001)
(4) Kegagalan Projek, "Penjualan projek 'telur emas' di Bukit Cina, Kok Lanas kepada sebuah syarikat dari Negeri Sembilan." (Utusan Malaysia : 13 November 2001)
(5) Skandal PPRT adalah contoh klasik kes harapkan pagar, pagar makan padi. (Utusan Malaysia : 13 November 2001)
Fakta-fakta tersebut diambil dari akhbar arus perdana Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia, bukannya dari akhbar Harakah. Saya mempunyai banyak lagi keratan akhbar seumpama itu dari akhbar yang lain mengenai Tok War sebagaimana yang pernah saya dedah dalam ucapan saya dalam Persidangan DUN Kelantan pada November 2006.
Apa pun, Annuar Musa yang cuba menjenguk muka di musim pemilihan UMNO ini sudah tentu tidak dapat bertahan lama. Akhbar Sinar Harian pada hari ini pula di muka hadapan melaporkan "500 bantahan UMNO Kelantan" ( semua mengenai perjalanan mesyuarat UMNO cawangan ). Dalam gambar muka hadapan akhbar tersebut juga terpampang sebahagian ahli UMNO dan Wanita Rantau Panjang berhimpun di hadapan Bangunan UMNO negeri bagi menyampaikan memorandum kepada pimpinan UMNO bagi membantah tindakan mesyuarat yang diadakan di peringkat bahagian tidak telus.
Semua suasana ini menggambarkan UMNO makin nazak dan menunggu masa sahaja untuk di talqinkan dari pesada politik tanahair. Cukuplah dengan pelbagai kezaliman dan penganiayaan dibuat oleh Kerajaan BN kepada rakyat negara ini dengan pelbagai akta dan dasar yang menyusahkan semua lapisan masyarakat. Rakyat amat mengharapkan akan berlaku perubahan kepada kerajaan yang ada di peringkat pusat dengan kerajaan yang baru yang bernama 'Pakatan Rakyat' . InsyaAllah Taala....

Tuesday, October 7, 2008

MUFTI PERLIS BERSARA MENGEJUT...



Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

"Cara mengurusnya, macam main silap mata. Mereka tidak jujur," katanya hari ini.
Dr. Mohd Asri bagaimanapun menjelaskan beliau tidak akan bertemu Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu untuk menyelesaikan permainan politik seperti didakwanya melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.
"Saya tidak akan berjumpa beliau (Md Isa) untuk meminta jawatan," katanya.

Mufti termuda di Malaysia ini memecah rekod institusi agama apabila bersuara lantang dalam beberapa isu penting dan kontroversi, termasuk penangkapan bawah Akta ISA, peralihan kuasa dalam UMNO, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi Faizal Tahir. Selain itu, beliau pernah hadir dalam forum yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas.
Apa pun, kita mengharapkan agar Dr. Mohd Asri yang akan kembali mengajar di USM Pulau Pinang pada 1 November ini akan tetap istiqamah dengan aqidah perjuangannya menentang segala kemungkaran dan amalan khurafat yang masih membiak di mukabumi Malaysia dengan cara, kaedah dan uslub yang tersendiri selepas daripada ini. Semoga lebih kritis dalam ruang lingkup yang ada demi memertabatkan agama Allah yang suci ini.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN HARI RAYA ADUN KELABORAN (II)

Anak-anak berbaris dengan sabar menanti giliran untuk menerima duit raya


Terima kasih pakcik.. eh eh.. YB!


Penerima cilik tidak ketinggalan


Tangan dihulur.. salam bersambut




Thursday, October 2, 2008

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN HARI RAYA ADUN KELABORAN (I)








Barisan protokol sedang menanti tetamu yang hadir








Muslimat melayan diri










Petugas sedang menjalankan tugas











En Surat, Ust Nawi dan En Rasyid Yah









Antara tetamu yang hadir