Thursday, December 11, 2008

KUDAPAN JIWA : HULU KELANG, OH.. HULU KELANG...

Hari ini 11 Disember 2008, genap ulang tahun ke 15 tumbangnya Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Kelang. Alasan rasmi kepada peristiwa yang mengorbankan 48 nyawa adalah seperti berikut:

"As the investigation showed, the main cause of the structural failure was improper construction of the pilings. The investigative teams found that the piling structure was too short for a building of its height. Later they interviewed the construction company and found the contractor had reduced the depth of piling for some areas after they found that the soil conditions made piling more difficult. Investigators concluded that much of the soil at the construction site was not hard soil, but actually solid rock.."


Hari ini pada tarikh yang sama, akhbar menyiarkan pemimpin dan mantan pimpinan menyelar satu sama lain, menuding jari menyalahkan si polan dan si polan atas tragedi yang menimpa penduduk Taman Bukit Mewah, pagi sabtu, 6 Disember baru-baru ini. Manakala Menteri Perumahan berpendapat "...ini bukan kecuaian manusia..", malah hujan pula yang dipersalahkan. Kita tunggu tiga bulan lagi, apa pula diagnosis rasmi tragedi kali ini.

Ironinya, kejadian yang sama di tempat yang sama pernah berlaku pada 20 November 2002, mengorbankan 8 orang penghuni dan meranapkan sebuah banglo. Wal hasil balik asal.. bising ketika itu.. Selepas beberapa lama, projek jalan terus...!

Wujudkanlah berapa banyak panel penyiasat, tubuhkanlah puluhan jawatankuasa bertindak penduduk, bawalah kes ke Mahkamah Tinggi, namun bila goreng pisang panas sudah mula menyejuk, kesilapan yang sama diulang semula. Sudah banyak kes berlaku tetapi kenapa kerajaan Pakatan Rakyat yang baru 9 bulan memerintah, 150% dipersalahkan?

Inilah manusia, jarang mahu mengakui bahawa mereka silap perhitungan.. Marilah kita renung bersama salah satu ayat di dalam surah al-Baqarah:

﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لاَ تُفْسِدُواْ فِى الأَرْضِ قَالُواْ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ - أَلا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَـكِن لاَّ يَشْعُرُونَ

Yang membawa maksud "...dan apabila dikatakan kepada mereka janganlah membuat kerosakan di muka bumi.. Lalu mereka menjawab.. Sesungguhnya kami ini hanyalah membuat kebaikan.. Bahkan sesungguhnya merekalah sebenarnya membuat kerosakan tetapi mereka tidak mengaku.."

Kita perlu sedar hubungan yang perlu kita jaga terbahagi tiga, hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam. Ketiga-tiga hubungan ini jika tidak dipelihara maka tidak hairanlah manusia ditimpa bala bencana.

Tok Guru hari ini membuat pengisytiharan bahawa kerajaan negeri Kelantan telah lebih dahulu melaksanakan larangan sepenuhnya pembangunan lereng bukit, bukan bermaksud kerajaan Kelantan menolak pembangunan, tetapi semata-mata menjaga kemaslahatan rakyat dan memelihara hubungan dengan alam. Ketahuilah, alam pun punya ruhnya yang tersendiri. Dari itu kita yang mengaku sebagai manusia uulil albab wajib mengambil pengiktibaran dari peristiwa ini.

Berhati-hatilah, Allah telah memberi kita amanah menjaga negeri Serambi Mekah, bersama 4 negeri yang lain. Jangan sampai kita lupa tanggungjawab dan menyalahgunakan amanah, lantas menjerumuskan diri di dalam kancah kerosakan. WanNauzubiLlah..

Fikir-fikirkanlah..!

No comments: