Sunday, May 3, 2009

KETAQWAAN ITU MILIK ULAMA'?

Media massa beberapa hari ini begitu berminat meng'isu'kan hasil blog saudara Nik Abduh, dan kita yakin ia bukanlah tidak disengajakan malah ia disengajakan kerana ia berkesinambungan dengan tarikh Mu'tamar yang semakin menghampiri. Jika sebelum ini nama-nama pimpinan PAS jarang-jarang berada di muka depan media arus perdana, kita lihat beberapa hari lepas penuh dengan nama mereka. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen seperti Malaysia, semua orang punya hak untuk memberi pendapat... Hmmmm.... satu perubahan yang baik atau adakah itu satu perangkap media yang laparkan berita sensasi parti lantas diambil peluang oleh puak-puak yang memang laparkan publisiti?

Penulis mengirakan saf pimpinan PAS sudah cukup matang untuk menilai sepak terajang politik manusia. Media hanyalah wadah, manusia yang mewarnakan wadah ini hijau, biru atau kelabu. Mengekalkan barisan kepimpinan Ulama adalah satu perkara yang wajar dipertahankan tetapi janganlah lupa sehingga ada yang menyebut bahawa 'KETAQWAAN ITU MILIK ULAMA'... Ini adalah satu konsep yang salah. Jika ketaqwaan itu milik ulama', mengapa Pak Khatib di atas mimbar melaungkan Ittaqullah... Ittaqullah... setiap hari Jumaat... untuk siapakan seruan itu? Untuk ulama' sahaja? Kalau begitu ulama' sahajalah yang perlu hadir ketika khutbah Jumaat, orang biasa tidak wajib hadir..

Mari kita lihat perkataan ulama' itu sendiri, yang berdasarkan perkataan a'liim. Tidak ada kamus yang menterjemahkan perkataan a'liim atau ulama' yang membawa maksud secara khusus agamawan, adakah golongan professional tidak layak untuk digelar a'liim? Bagi pendapat penulis, mereka layak kerana a'liim ini memberi makna orang yang mengetahui, dalam bidang pengkhususannya, tidak semestinya bidang agama... Apakah bidang ekonomi, perakaunan, kedoktoran, perniagaan dan lain-lain itu bukan juzuk dari ilmu Allah? Adakah hanya bidang Tauhid, usul Fiqh, tafseer, hadith, Nahu, sorof dan seumpamanya sahaja yang menjadi ilmu Allah? Ahhaa... betapa singkatnya penterjemahan kita kalau itulah pentafsiran yang kita lakukan.

Islam itu lengkap bukan hanya sebagai agama anutan tetapi 'way of life' a.k.a cara hidup... Jika disebut cara hidup maksudnya segala langkah, perbuatan, perjalanan kehidupan dan perjuangan mestilah selari dengan Islam. Biarlah digelar belajar agama sekadar 'mi celup' tetapi natijahnya dapat mengenyangkan rakyat jelata yang kelaparan daripada menjadi 'anak butir' yang menimbulkan polemik ketika hari pemilihan semakin mendekati....

Terkadang, dalam kita memperjuangkan apa yang kita imani ini kita terlupa untuk kembali kepada rujukan kita, al-Qur'an dan Sunnah. Lihat kembali Sirah Rasulullah s.a.w dan para Sahabiah r.a... Siapakah 'figure'-'figure' ini? Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin, faqih, pejuang, semua elemen keilmuan ada padanya. Saidina Abu Bakr, seorang pedagang yang kaya raya juga menjadi pemimpin Islam, Saidina Omar sebagai ketua perang juga menjadi pemimpin Islam.. Lihat pula zaman tabiin, Imam Abu Hanifah, seorang pedagang yang berjaya dan pada masa yang sama menjadi Imam untuk dirujuk ilmunya. Bukankah satu kelebihan jika kita punya pimpinan tertinggi dari kalangan profesionalis yang abid dan bertakwa?

Penulis berpendapat, saf kepimpinan wajib bersatu dan bersepakat dalam hal ini agar kepimpinan Ulama' dapat diperjelas, tidak digugat dan tergugat. Manakala bagi yang baru berjinak-jinak dengan dunia media, jangan cepat melatah atau teruja bila usulnya menjadi tajuk utama, jangan mempolemikkan kelompangan yang wujud tetapi bantulah saf kepimpinan yang ada, isu kontroversi boleh ditimbulkan oleh sesiapa sahaja dan seterusnya disambal belacankan oleh media lantas kebanyakannya akan terperangkap.

Satu peringatan, bukan semua pimpinan qasyaf dan setaraf ilmunya dengan Tuan Presiden atau Mursyidul Am... Bukankah keimanan itu tidak boleh diwarisi...? Jadi janganlah menghukum jika itu hanyalah pendapat peribadi kerana tanpa kita sedari implikasinya boleh menjadi penyumbang kepada perpecahan parti. Kita Punya Dewan Ulama', Dewan Harian, dan lain-lain Dewan yang menjadi medan permuafakatan.. Gunakanlah ia. Rasulullah tidak mengajar pengikutnya untuk bertemu Hindun dan kuncu-kuncunya bagi menyebarkan berita, malah digunakan rumah al-Arqam untuk menyampaikan risalah... Dalam menyusuri kematangan kita berpolitik, sedarilah bahawa perjalanan dalam perjuangan kita masih jauh lagi, bukan hanya untuk tahun pemilihan ini.. Jadi beringatlah..

1 comment:

Anonymous said...

Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden

Siapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz, tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.

Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.

Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.

Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.

Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.

Kenapa ya?

(Baca seterusnya di http://kisahbenar.wordpress.com)