Sunday, June 28, 2009

KALAU SUDI KATAKAN SUDI

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lamanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

"Jemputan itu sengaja dibuat kerana kekecohan dalam politik hari ini, terutama antara Pas dan Umno," katanya selepas mengimamkan solat Sunat Dhuha di pekarangan Pasar Siti Khadijah, di sini, semalam.-BH

Pentas debat bukanlah sesuatu yang asing kepada manusia yang bergelar pemimpin. Lihat sahaja United State, United Kingdom, Australia, malah jiran kita Indonesia, menggunakan platform debat untuk melihat keberkesanan dan kekritisan pemikiran dan penghujjahan bakal pemimpin mereka. Jadi idea untuk melihat "TG vs PM" di atas pentas perdebatan bukanlah sesuatu yang dianggap tidak realistik.

Datuk Sri Najib Razak mesti dalam dilema, terima atau tidak terima pelawaan. Dia yang digelar 'Mr Clean' serasa tidak mampu hendak berdebat dengan Tok Guru. Walaupun bertaraf Perdana Menteri, pemikiran beliau sendiri tertinggal sepuluh tiang dari Tok Guru. Contohnya "PAS for All" digagaskan lebih awal dari "One Malaysia". Pun idea "One Malaysia" disyakki idea yang sedikit sebanyak di import dari "PAS for All".

Kemampuan Tok Guru dan ketajaman pemikiran beliau dalam berhujjah secara spontan tidak dapat dipertikai lagi. Samada menggunakan dalil naqli atau dalil aqli. Adakah PM kita boleh menjawab kalau dituju dengan hujjah sebegini? Mungkin kerana itulah beliau agak keberatan untuk menerima pelawaan itu.

Salam belum bersambut tetapi Ahli MT UMNO Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob mengulas bahawa Tok Guru akan berdolak dalik dengan pelawaan itu. Beliau mendakwa Tok Guru akan bersikap sama seperti sikap beliau ke atas isu Kerajaan Perpaduan.

Rasa-rasanya, Tok Guru adalah orang yang paling istiqamah dalam keputusannya. Sejak awal lagi beliau menolak idea Kerajaan Perpaduan. Sehingga kini, hari ini dan detik ini pun idea itu masih beliau tolak. Tidak timbul isu berdolak dalik. Kita harap, Ahli MT UMNO berkenaan, periksa maklumat dahulu sebelum buat kenyataan, jangan malukan UMNO dengan kenyataan-kenyataan tidak cerdik.

Tony Phua dalam kenyataannya turut menyokong idea debat ini. Jadi kenapa agaknya ya ramai dari kalangan mereka yang duduk di kapal sebelah sana menentang? Adakah kerana mereka menyedari bahawa PM mereka sememangnya tidak mampu berdebat?

Ahhhaaaa.... sama-samalah kita fikirkan.

No comments: