Sunday, November 6, 2011

Perasmian Wakaf Pendikir Tanjung Kuala


Ucapan dari Ketua Cawangan Tanjong Kuala


YB Mohd Zaki Ibrahim ADUN Kelaboran ketika merasmikan majlis


Mengambil peluang bergambar bersama


Pada 30 hb Oktober 2011 baru-baru ini, satu majlis penuh meriah telah diadakan oleh penduduk Tanjung Kuala dengan bantuan YB Adun Kelaboran yang turut merasmikan pembinaan Wakaf tempat berlatih para pendikir terutamanya bagi Kumpulan Pendikir Seri Air Mata Tanjung Kuala Dun Kelaboran.  

Pada malam itu sebanyak dua kumpulan telah mempersembahkan lagu-lagu mereka. Diharapkan usaha menghidupkan warisan tradisi anak Melayu Kelantan akan diteruskan supaya ianya tidak hilang ditelan arus zaman.

Semoga wakaf ini dapat digunakan sebaiknya terutamanya dalam usaha mengumpul dan menggalakkan anak muda untuk bersosial secara sihat dan berkarya seni agar dapat mengelakkan mereka dari terjebak di dalam kegiatan tidak diingini.






Thursday, November 3, 2011

Skuad Kito Cakno Turun Padang






Skuad Kito Cakno yang telah dilancarkan pada peringkat negeri pada pertengahan tahun 2011 telah pun bergerak serata kawasan.  Tujuan utama kerajaan Negeri menubuhkannya adalah untuk memberi khidmat sokongan kepada rakyat tanpa mengira sosio budaya di setiap DUN dalam negeri Kelantan.  

Di peringkat DUN Kelaboran, skuad ini dianggotai oleh sepuluh orang ahli pelbagai latar belakang dan berkhidmat memberikan sokongan moral kepada penduduk tempatan. YB ADUN Kelaboran sentiasa bersama ketika Skuad tersebut menjalankan aktiviti ziarah.  

Pada 26 Oktober 2011 yang lalu, Skuad Kito Cakno Kelaboran telah membuat lawatan ke tujuh belas (17) buah rumah di dalam Mukim Kok Kebit bersama dengan Pak Su Ya  dan ADUN Kelaboran YB Mohd Zaki Ibrahim, turut dilawat adalah Ibu bersalin dan pesakit kronik.

Majlis Penyampaian Bito DUN Kelaboran

Salah Seorang Penerima Bito bersama ADUN Kelaboran, YB Mohd Zaki Hj Ibrahim dan Penghulu Rasyid






























































































































Penghulu Napi dan Penghulu Mat sedang membantu menyusun Bito
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran baru-baru ini telah mengadakan Majlis penyampaian Bito yang telah dilangsungkan di perkarangan pejabat tersebut pada 28 Oktober 2011. Penyampaian ini diadakan setahun sekali dan kali ini seramai sebelas (11) orang penerima terdiri dari Nelayan Pesisiran Pantai telah dipilih bagi menerima tiga puluh (30) unit setiap seorang.  Berucap di dalam Majlis tersebut, YB Mohd Zaki Hj Ibrahim menyebut bantuan tersebut sebagai satu ikhtiar Kerajaan Negeri membantu rakyatnya menjana ekonomi dan membaiki taraf hidup keluarga.



Wednesday, March 31, 2010

Ziarah Rumah AJK Pemuda Dun Di Kg Kelaboran



YB Kelaboran ,Mohamad Zaki Ibrahim bersama AJK Pemuda Dun Kelaboran dalam program ziarah di rumah AJK Pemuda Dun Saudara Zaidi di Kampung Kelaboran.Saudara Zaidi baru menerima cahaya mata yang ke 7.