Sunday, August 31, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1429

Assalamualaikum wm wb

Segala pujian bagi Allah swt, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.

Pertama-tamanya marilah kita semua sama-sama memanjatkan syukur kita ke hadrat Ilahi Rabbul Jalil kerana masih diberi kesempatan kepada kita semua untuk meneruskan baki hidup ini dalam Ramadhan 1429H tahun ini.

Kesempatan yang dianugerahkan ini janganlah kita abaikan. Rebutlah peluang nikmat yang tidak terhingga ini dengan memperbanyakkan amal ibadah kita dalam bulan yang mulia ini.

Dalam kesempatan ini, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada tuan/puan, muslimin muslimat rakyat DUN Kelaboran tidak kira dimana ia berada.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa umur yang dipinjamkan kepada sekali lagi telah meningkat.

Oleh yang demikian, marilah kita berusaha untuk sama-sama memperbaiki dan membaik pulih serta meningkatkan mutu amal ibadat kita sepanjang sebulan ini.

Mungkin Ramadhan yang kita dapat tahun ini adalah merupakan terakhir buat kita. Oleh itu pastikan ianya dapat menjadi saksi pengabdian kita di hari akhirat kelak.

Akhir kata, semoga kita semua akan di kurniakan rahmat, nikmat serta pengampunan dari Allah swt.

Wassalam.


1 comment:

Anonymous said...

selamat menyambut bulan ramadhan untuk yb zaki n utk ahli MTD kelaboran dri pemuda pas tg kuala..
takbir3!!!