Friday, August 22, 2008

PERINGATAN BAGI MEREKA YANG ALPA

Menyelusuri perjalanan ke Permatang Pauh dengan berkonvoi untuk bertugas sebelum tanggal 26 Ogos 2008 baru-baru ini sesungguhnya amat mencabar sekali. Manakan tidak... dengan van yang tidak ber air-cond, keadaan fizikalnya yang agak uzur, kemudiannya driver van ke 3 yang terlalu asyik makan buah langsat sehingga tawaf 6 pusingan di pekan Baling, sehinggakan masa yang sepatutnya diambil hanya 5 jam, berganda menjadi 10 jam. Itulah ujiannya.

Namun semua mehnah terubat bila melihat kebesaran Allah di sepanjang perjalanan... Banjaran Titiwangsa yang menjalar gagah.. Tasik Banding yang terbentang membenam lurah... Hutan dara yang kelihatannya belum diteroka... SubhanaLlah..

Kami sampai di Pejabat ADUN MTD Pengkalan Pasir YB Hj Hamdan Abdul Rahman ketika jam menunjukkan 7.30 malam. Kebetulannya YB Salahudin Ayub, YB Mahfudz Omar dan YB Kamarudin Jaafar turut berada di situ. Kesempatan itu kami ambil untuk menyapa 3 YB tersebut..

No comments: