Belum terlewat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada semua petugas PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai yang telah bersungguh-sungguh membantu jentera pilihanraya, ada yang bermastautin hampir sebulan di Bukit Gantang contohnya, ada yang demam, sehingga pulang ke negeri masing-masing pun tak kebah lagi. Kita menang 2 -1 dalam round kali ini. Lafazkanlah rasa syukur di atas kemenangan yang telah disusun oleh Allah Rabbu Jalil. Jangan ada rasa bangga walau sedikitpun kerana perasaan itu adalah dari Syaitan yang mahu kita lupa diri dan alpa tanggungjawab diri sebagai petugas-petugas-Nya.
Bagi petugas Kelaboran yang berpusat di Trong, di mana YB ADUN Kelaboran sendiri menjadi mas'ul bagi kawasan ini, kemenangan ini merupakan satu lagi siren laungan dari hati rakyat marhaen yang tidak berkehendakkan kepada UMNO. Kemenangan ini merupakan luahan rasa ketidakpuas hatian rakyat baik Melayu, Cina, India atau peribumi di atas kerja Dato' Sri Najib Tun Razak yang merampas kuasa secara haram kerajaan negeri Perak dan seolah-olah tidak menghormati pilihan rakyat Perak sendiri dalam Pilihanraya Umum pada tarikh keramat 08-03-08 yang lalu. Malah sewaktu mengulas kekalahan BN di Bukit Gantang, mereka menuding jari mendakwa rakyat Bukit Gantang tidak pandai memilih pemimpin...!
Mereka larang kita menyentuh isu Altantuyaa yang teraniaya dan Institusi Raja-raja Melayu, kita akur, namun sedarlah kita tidak pernah kekeringan isu.. Rampasan kuasa, pembolotan harta, kemiskinan, projek mee segera, perpecahan, pendidikan, PPSMI, ketidakadilan terhadap MB Hj Nizar, semua itu adalah isu rakyat Perak. Rakyat kian membuka mata, suara RTM1 dan saluran yang sewaktu dengannya tentu tidak selama-lamanya mampu mengekang suara rakyat. Kita amat berharap agar ramai lagi rakyat di luar sana agar memilih media alternatif. Carilah kebenaran... ketahuilah, Al-Haqqu min Rabbik... Kebenaran itu hanyalah dari Allah!!!
Salam kemenangan untuk semua!

1 comment:
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang berhak menilai perjuangan kita. Saya kagum dengan perjuangan 1/2 daripada kita yg sanggup bersekang mata,memerah keringat,mengeluarkan wang ringgit dan berbagai lagi demi agama kita ISLAM. W/pun bgitu, jgn kita perkecilkan peranan 1/2 drp kita yang lain, berjuang mengikut kemampuan msing2. 'Kemampuan' mengikut indikator diri msing2. Yg penting, matlamat kita sama ingin daulatkan ISLAM sebgai cara hidup dan memerintah.
Post a Comment