Sunday, April 26, 2009

TAHNIAH DAN SELAMAT PULANG


Baru-baru ini beberapa orang AJK PPWK Kelaboran berangkat ke Lapangan Terbang Sultan Ismail bagi menyambut kepulangan dua orang pelatihnya, Cik Yasmin bt Hj Yahya dan Puan Zulaihal yang telah dihantar ke Bukit Tinggi untuk mendalami pengetahuan dalam ilmu sulaman di Pusat Latihan Hajjah Rosma.


Penghantaran kedua-dua pelajar yang telah terpilih bersama 6 orang pelatih PPWK dari kawasan-kawasan dalam negeri Kelantan telah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Kelantan melalui Urusetia Pembangunan Wanita dan Kesihatan. Mereka selepas ini juga akan ditugaskan di (PUSKEL) Pusat Sulaman di Penambang, Kelantan.


Turut sama menyambut kepulangan mereka adalah ahli keluarga pelatih, petugas urusetia beserta Exco Pembangunan Wanita, YB Hajjah Wan Ubaidah Omar dan ADUN Tanjung Mas, YB Rohani Ibrahim.

1 comment:

tgkuala86 said...

salam perjuangan
kawe baru je pulang dri melawat bukit tinggi n tmpt sulaman di Pusat Latihan Hajjah Rosma.
kat sna banner tg nik aziz msh tergantung kat sna..
sesiapa nk tgk blhlah melihat dlm fs sy..
sha_abduh86@yahoo.com