Tuesday, November 25, 2008

ZIARAH MANGSA KEMALANGAN JALANRAYA


Mangsa: Ghafar Bin Chik
Alamat: Kg Chabang 3 Berangan
Tarikh Kemalangan: Malam Hari Raya Aidilfitri
Tarikh YB Ziarah: 24 Nov 2008(Isnin)

MAJLIS PENYAMPAIAN KAD TAKAFUL KIFALAH MUKIM BERANGAN




Tarikh: 24 November 2008 (Isnin)
Masa: 3.00 petang

Tempat: Dewan Serbaguna Berangan Pondok



Sunday, November 23, 2008

Ahli Keluarga Baru AJK Pemuda DUN Kelaboran

Ketibaanmu dinanti
Menjadi kebanggaan di hati
Ibu dan ayah tersenyum berseri
Muhd Danish Rifqie nama diberi

9 bulan menanti waktu
Untuk bergelar ayah dan ibu
Qur'an dan Sunnah menjadi guru
Semoga berkat seluruh hidupmu

p/s Lawatan dibuat pada 22hb November 2008, ketika usia Danish 12 hari.

Tuesday, November 18, 2008

Ingatan Untuk Diriku Yang Alpa


Sesungguhnya kita sering lupa siapa diri kita. Hujan yang turun, panas yang memancar, mendung yang berarak, pertukaran malam dan siang, pergerakan bulan dan bintang, berputarnya bumi dan alam ini, itulah teknologi canggih yang dicipta oleh Allah swt, terpahat sudah kenyataan ini di dalam al-Qur'an, tiada seorang manusia pun yang mengaku Islam, menolaknya.

Dari al-Qur'an yang sama, juga terpahat ayat-ayat muhkamat.. Namun mengapakah umat Islam yang mengakui kebesaran Allah, sekelip mata berubah dan menjalani kehidupan dan siasah tanpa mengikut hukum al-Qur'an?.. Mengapa percaya pada sebahagian dan meninggalkan sebahagian? Adakah umat Islam sendiri meragui dan mengatakan bahawa al-Qur'an tidak cukup maju untuk menangani masalah globalisasi di zaman langit terbuka ini?

Ingatlah teman... inilah fokus utama perjuangan.. al-Qur'an dan Sunnah sebagai Dustur kita... Janganlah leka dan risau kerana diganggu dengan mehnah dan tribulasi kehidupan.. sehingga nanti kita melupai tarbiyyah, hilang semangat, putus asa, lantas setelah beberapa lama terjerumus menjadi golongan seperti yang disebut oleh Ust Fathi Yakan iaitu golongan yang gugur di sepanjang jalan da'wah..

Wa nauzubillah... Fikir-fikirkanlah...!

Monday, November 17, 2008

PENYAMPAIAN KAD TAKAFUL KIFALAH & SIJIL TAKAFUL ARMALAH

17 Nov 2008(Isnin)
3.00 petang
Perkarangan Pejabat ADUN Kelaboran
YB ADUN Kelaboran sedang menyampaikan ucapan

Sebahagian Muslimat yang hadir untuk menerima
kad takaful kifalah & sijil takaful armalah

Orang ramai tidak melapaskan peluang
mendengar ucapan@taklimat daripada YB ADUN Kelaboran

Saturday, November 15, 2008

MAJLIS IHTIFAL PASTI AL-TAHIR, KG PADANG TEMBESU

Persembahan nasyid dari kumpulan Shautul Raudhah,
bekas pelajar PASTI Al-Tahir sesi 1998-2005

Pelajar-pelajar tidak sabar menunggu
majlis penyampaian hadiah

Ibu kepada pelajar tidak melepaskan peluang
untuk melihat persembahan daripada anak-anak

Sebahagian AJK PASTI yang hadir meraikan
Majlis Ihtifal PASTI Al-Tahir pada 14 Nov 2008 (Jumaat)

YB ADUN Kelaboran merangkap Pengarah PASTI
Negeri Kelantan pada ucapan majlis perasmian