Tuesday, November 18, 2008

Ingatan Untuk Diriku Yang Alpa


Sesungguhnya kita sering lupa siapa diri kita. Hujan yang turun, panas yang memancar, mendung yang berarak, pertukaran malam dan siang, pergerakan bulan dan bintang, berputarnya bumi dan alam ini, itulah teknologi canggih yang dicipta oleh Allah swt, terpahat sudah kenyataan ini di dalam al-Qur'an, tiada seorang manusia pun yang mengaku Islam, menolaknya.

Dari al-Qur'an yang sama, juga terpahat ayat-ayat muhkamat.. Namun mengapakah umat Islam yang mengakui kebesaran Allah, sekelip mata berubah dan menjalani kehidupan dan siasah tanpa mengikut hukum al-Qur'an?.. Mengapa percaya pada sebahagian dan meninggalkan sebahagian? Adakah umat Islam sendiri meragui dan mengatakan bahawa al-Qur'an tidak cukup maju untuk menangani masalah globalisasi di zaman langit terbuka ini?

Ingatlah teman... inilah fokus utama perjuangan.. al-Qur'an dan Sunnah sebagai Dustur kita... Janganlah leka dan risau kerana diganggu dengan mehnah dan tribulasi kehidupan.. sehingga nanti kita melupai tarbiyyah, hilang semangat, putus asa, lantas setelah beberapa lama terjerumus menjadi golongan seperti yang disebut oleh Ust Fathi Yakan iaitu golongan yang gugur di sepanjang jalan da'wah..

Wa nauzubillah... Fikir-fikirkanlah...!

No comments: