Hari ini satu majlis telah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran bagi menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak. Majlis telah dirasmikan oleh YB Mohd Zaki Ibrahim dan diserikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Azarizal dari Kota Bharu.
Antara isi kandungan tazkirah yang disampaikan adalah berkenaan kematian yang tidak kita ketahui bila masanya dan pengisian di bulan Ramadhan yang juga dikenali sebagai Bulan al-Qur'an, bulan Rahmat dan bulan keampunan.
Seramai hampir 100 jemputan Muslimat sekitar Kelaboran telah hadir ke program pelancaran tersebut. Mereka juga kemudiannya dibekalkan dengan sebekas kurma untuk dibawa pulang.
No comments:
Post a Comment