Sunday, November 2, 2008

PPWK DUN KELABORAN TERIMA ANUGERAH


Satu majlis ringkas telah diadakan di Pusat Pembangunan Wanita Kelantan DUN Kelaboran bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri dan untuk meraikan kejayaan PPWK DUN Kelaboran yang telah menggondol Anugerah Khas PPWK terbaik seluruh negeri Kelantan bagi tahun 2008 dalam majlis Konvokesyen PPWK yang telah diadakan baru-baru ini di PUTIK.




YB ADUN Kelaboran dalam ucapannya turut menekankan bahawa selain dari belajar itu adalah amanah yang perlu dipikul, pelatih PPWK juga perlulah memahirkan diri untuk bergiat di dalam program-program kemasyarakatan. Ini bagi melahirkan bukan sahaja tenaga mahir tetapi tenaga mahir yang berketerampilan.





Turut serta di dalam majlis adalah Pengerusi Jawatankuasa PPWK DUN Kelaboran, Dr Abdul Wahab Ali, Naib Pengerusi, YM Tengku Maziah Tn Muda, Jemputan Khas daripada Urusetia Pembangunan Wanita Negeri Kelantan, saf kepimpinan Muslimat, Nisa dan pelatih-pelatih PPWK sendiri. Antara hadiah yang diterima adalah Sijil, frame ayat suci al-Qur'an dan mesin pemotong kain. Harapan bersama adalah agar pelatih-pelatih baru tidak leka, akan terus mengekalkan kecemerlangan ini dan dapat menjadi tukang jahit profesional satu masa nanti.

No comments: