Thursday, February 26, 2009

JOM PAKAT BANTAH PPSMI...( 7 MAC 2009)

Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan demonstrasi aman di hadapan Istana Negara pada 7hb Mac 2009 bermula jam 8:30pagi. Demonstrasi ini akan disertai oleh 100,000 rakyat pelbagai kaum dan NGO.

Datuk A.Samad Said, Sasterawan Negara bersama Ketua & AJK Dewan Pemuda PAS Kelantan dalam sesi taklimat khas PPSMI di Kota Bharu

Bantahan ini amat penting bagi kelangsungan bahasa ibunda di negara kita pada masa yang akan datang. Anak cucu kita yang akan mewarisi dasar pembelajaran ini akan menerima padah hasil dari tangan-tangan ganas pimpinan BN yang begitu 'gatal' untuk meneruskan PPSMI. Bahasa ibunda akan dikesampingkan dan akan hilang identiti mutunya.

R
akyat yang cintakan bahasa ibunda diseru agar keluar beramai-ramai pada 7hb Mac 2009 bagi demonstrasi aman di hadapan Istana Negara pada pagi hari tersebut. Apalah ertinya duit tambang yang berharga RM88.00 seandainya bahasa sendiri tergadai? Inilah tanggungjawab kita agar generasi masa hadapan tidak terlupa bahawa pernah ada satu ketika, bahasa Melayu ini pernah menjadi bahasa utama di Nusantara...

Pak Samad bersama YB ADUN Kelaboran (Ketua DPP Negeri Kelantan)


No comments: