Dalam kesibukan tugas, kami mengadakan masa juga untuk pergi mengail.. Maklumlah aktiviti ini sudah dirangka sejak tahun lalu lagi. Hari inilah masa yang dinanti-nanti. Kami menanti bot seawal 7.30 pagi lagi. Pesisiran laut China Selatan kami redah untuk mencapai cita-cita.. Perjalanan sungguh mengujakan, 4 bot kecil dilambung ombak merupakan pengalaman yang tidak pernah kami rasai.
Rupanya, orang mabuk laut itu bukan sewaktu dalam perjalanan tetapi ketika bot berhenti di tengah laut... Tak boleh hendak digambarkan.... Bagi yang baru pertama kali turun ke laut, mungkin inilah pengalamannya pertama kali mabuk tanpa henti dan kulit terbakar hangus..
Namun halangan-halangan itu tidak menjadi kudis pun kerana ada di antara kami yang berjaya menaikkan haruan laut seberat 15kg... Antara lain, kerapu dan tanda-tanda... Itulah kepuasannya. Mungkin dalam aktiviti akan datang, kami akan bakar hasil tangkapan di kuala Pantai Sri 7....

Ketua Penerangan Pemuda DUN Kelaboran bersama hasil tangkapan seberat 19kg
5 comments:
TAHNIAH...!!!..Laut boleh dijadikan sebagai gambaran medan perjuangan...kadang kala ombak tenang dan kadang kala beralun tinggi...semoga jadi pengajaran penting dalam melaksanakan tugasan dalam jamaah....
TAHNIAH...!!!....Semoga selepas ini makin bersemangat menghadapi kerja-kerja seharian dalam jamaah....
Kawe join etek!
hati2 duk sblh mat sabu kg besut 2...
Buatlah pertandingan memancing di kalangan Pemuda PAS DUN Kelaboran pulak lepas ni...Pelbagaikan program ukhuwwah di kalangan anggota jamaah....
Post a Comment