Itu antara persoalan yang dibicarakan oleh rakyat di merata tempat pada belah pagi tadi. Rakyat hari ini sudah matang berbicara mengenai politik tanahair serta pandai mentafsir undang-undang dan perlembagaan. Rakyat sudah pandai berbicara mengenai undang-undang tuboh kerajaan negeri Perak dalam bab melantik Menteri Besar, dalam bab kuasa Speaker dalam Dewan Undangan Negeri serta dalam bab apa jua yang hangat dibicarakan seminggu ini. Itulah kematangan rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan. Sebab itulah suara rakyat Suara Keramat. Jangan cuba perlekehkan suara rakyat. Suara Rakyat boleh menumbangkan mana-mana kerajaan sebagaimana BN tersungkur di Kelantan pada tahun 1990 dan tertiarap di Selangor, Perak, Kedah dan P.Pinang pada Mac 2008.
BN sekali lagi akan menerima nasib sebagaimana pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu apabila pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau tidak lama lagi. Najib Tun Razak sudah tentu sekali lagi akan bawa periuk dan bantal ke Perak dan Kedah bila berlaku pilihan raya kecil nanti. Janji-janji kosong akan dijaja merata tempat seperti biasa. Rakyat Pengkalan Pasir, Permatang Pauh dan K.Terengganu masih lagi menanti Datuk Najib untuk menerima habuan janji-janji semasa pilihan raya kecil di tempat tersebut. Alahai Datuk, rakyat sudah tau temberang politik murahan UMNO dengan janji-janji kosong macam itu.
Kami jentera PAS negeri Kelantan akan berkampung di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dalam pilihan raya kecil nanti bagi memastikan BN sekali lagi tersungkur bergaya di kawasan tersebut. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment