Sunday, September 14, 2008

PPWK MENERIMA KUNJUNGAN ROMBONGAN AMPANG JAYA

PPWK Kelaboran untuk kesekian kalinya telah menerima kunjungan hormat seramai 40 ahli rombongan Muslimat yang diketuai oleh Puan Rosni, isteri kepada YB Kassim Ampang Jaya, Selangor.




Pegawai dari Unit Pembangunan Wanita Negeri Kelantan turut hadir.



Antara lain tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari teknik-teknik dalam menghidupkan aktiviti Wanita di DUN Kelaboran. Selain dari itu mereka juga tidak keberatan membeli hasil jahitan pelatih PPWK termasuklah kain telekong.



Mek Knuan, salah seorang pelatih PPWK Kelaboran ketika menjawab soalan dari pelawat.

Wednesday, September 10, 2008

TADARRUS AL-QURAN & IFTHOR JAMAEI PAS KAWASAN TUMPAT BERSAMA YAB TUAN GURU DATO' MB

9 Ramadhan 1429, Masjid Ismaili Bandar Tumpat - PAS Kawasan Tumpat telah mengadakan Majlis Tadarrus Al-Quran & Majlis Berbuka Puasa. Tahun ini giliran DUN Kelaboran menjadi tuan rumah bagi program tersebut.

Tazkirah Ramadhan telah disampaikan sendiri oleh YAB Tuan Guru Dato' MB Kelantan. Antara lain tazkirah yang telah disampaikan oleh beliau agar bertaqwa kepada Allah Taala dengan sungguh-sungguh untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Dato' TMB, YB Dato' SU Perhubungan Negeri, YB ADUN Kelaboran, YB ADUN Wakaf Bharu, YB Ust Mohamad Mustapha, YDP Kawasan Tumpat, Tetamu simbolik, Ketua Jajahan Tumpat serta pimpinan parti berbagai peringkat.

Tuesday, September 9, 2008

Monday, September 8, 2008

Malaysia Lawmakers Fly To Taiwan Amid Uncertainty


By SEAN YOONG –
KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) — Dozens of Malaysian ruling coalition lawmakers traveled abroad together Monday amid jitters about opposition leader Anwar Ibrahim's threat to recruit enough defectors from the government to seize power by next week.
The opposition has accused the National Front coalition of sending its members of Parliament overseas to keep them away from Anwar and to prevent him from enlisting government legislators to join the opposition by Sept. 16 — the date Anwar has vowed to take power.
Tiong King Sing, chairman of the National Front Backbenchers Club, said some 40 lawmakers flew to Taiwan for an agricultural study tour Monday and that around 10 more would join them Tuesday. The trip will stretch through next week, but there was no confirmed date for their return.
Tiong denied that the retreat was timed to thwart Anwar's threat, stressing that "the credibility of our lawmakers should be regarded with high respect."
Anwar has indicated the retreat could set back his Sept. 16 target by several days. Opposition leaders noted the National Front legislators were only told about the trip last week, and that the lawmakers' club had never organized such an event before.
Senior opposition legislator Lim Kit Siang said the government lawmakers were "forced to flee from Malaysia to ensure that they don't take part in any Sept. 16 political changes."
"There is no doubt that with the daily countdown to Sept. 16, there is an increasing panic in (government) leadership ranks over the degree of cohesion, solidarity and allegiance" among its legislators, Lim said.
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi pledged last week to block Anwar's attempt to topple the National Front, which has governed Malaysia for 51 years but suffered its worst electoral result ever in March national polls.
The National Front won 140 seats in the 222-member Parliament, losing its two-thirds majority for the first time since 1969. Anwar's three-party opposition alliance needs to lure at least 30 defectors for the government to collapse.
Anwar, a former deputy premier, won a by-election in northern Malaysia last month that enabled him to re-enter Parliament and to become prime minister if his alliance takes power.

Orang kata Pakatan Rakyat bermimpi... Biarlah sebab semua orang ada mimpi masing-masing. BNpun ada mimpi yang tersendiri. Tapi itu bukan agenda kita. Sedang suami isteri yang berkongsi bantal pun, mempunyai mimpi yang berbeza, apatah lagi kita yang berada di dua kapal berbeza, haluan berbeza dan destinasi yang berbeza. Mana mungkin punya mimpi yang serupa...

Hakikatnya Pakatan Rakyat hanya memerlukan lebih kurang tiga puluh orang MP sahaja untuk naik ke Putra Jaya. Sedangkan pada masa yang sama mereka yang didapati 'berminat' untuk menyertai Pakatan telah dihantar keluar negara bagi menyertai 'rombongan sambil belajar' ke Taiwan, dan hanya pada 17 atau 19 September mereka akan pulang ke tanahair tercinta.

Menonton arus perdana pun nampaknya banyak rancangan mereka mula mesra rakyat. Kalau dahulu rancangannya banyak mesra pemimpin, seolah-olah jadi pesta lobi melobi, apatah lagi kalau Mesyuarat Agung is around the corner. Sekarang ini, kita boleh nampak bukan Pak Mat seorang terima beras seguni, bukan mak Yam seorang terima kunci rumah, hari-hari kita disajikan dengan sikap keperihatinan pemimpin BN.. Tengok sahajalah baru-baru ini bantuan ribut segera sampai,bagus tu.. hmmm.. mungkin semangat Ramadhan kot, atau mungkin ketandusan idea jadi terpaksa pinjam idea Tok Guru, untuk menjadikan Malaysia negara berkebajikan! Bagi kita apa salahnya perbuatan yang baik kalau ditiru alangkah moleknya...

Kalau dulu wanita berwajah pan-Asian sahaja penghias kaca TV, la ni tidak lagi.. malah yang bertudung telah mula mengisi ruang. Tutup aurat tu kan wajib. Undang-undang Tuhan, mana boleh nak guna separuh dan buang separuh... Undang-undang Lord Reid mungkin boleh...

Ada juga yang mendakwa berita dari Kerajaan itu telus.. manakala maklumat dari blogger seperti kita ini misinform atau disinform.. Laporan Dr Othman Hamid pun mungkin tak betul jugak.. walaupun sudah berkali-kali beliau menegaskan bahawa itulah laporan sebenar... Ahha... dalam hal ini mungkin che' Det boleh membantu... Sementelahan pula che' Det bukan lagi orang politik...

Apa-apapun Pakatan Rakyat tidak boleh merasa convenient (selesa)dengan pencapaian yang ada, kerana kita perlu mengisi kemenangan itu dengan menghidupkan roh Takbir, Reformasi, Makhal Sakthi yang telah kita laungkan. Jangan dilupa pengorbanan pejuang lalu yang berhujankan peluh, darah, dibuang negeri, meninggalkan anak isteri.. malah yang mengorbankan nyawa demi sebuah kerajaan yang adil dan bertunjangkan Qur'an dan Sunnah. Jangan sampai nanti nikmat ini Allah tarik dan diserahkan kepada mereka yang lebih jahil dan kejam... Kerana yang pasti...itu bukan mimpi kita...

Untuk yang bukan Islam, kenapa kalian takut kepada kebenaran? Cubalah, buka Tafsir al-Qur'an dan hadapilah ustaz dan ustazah yang ada merata di muka bumi Malaysia ini.. Kenalilah Islam, maka anda semua akan mengenali corak pentadbirannya dan hukum hakamnya. Tanyalah Lim Guan Eng kalau tak percaya!

MAKE COLEK BERSAMA YB DATO' AHLI PARLIMEN TUMPAT

5 Ramadhan 1429, Jumaat - Sepertimana setiap tahun apabila masuk bulan Ramadhan, YB Dato' Hj Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat sempat turun ke setiap DUN untuk program bersama rakyat.

Tahun ini sebagaimana tahun-tahun yang lepas, kedai Wan Zainal Abidin, Kg Chabang 3 Berangan menjadi pilihan beliau untuk bersama dengan rakyat DUN Kelaboran dalam sesi "make colek bersama rakyat".

YB Mohd Zaki Hj Ibrahim selaku ADUN Kelaboran menyambut baik dengan program seumpama ini. Ini membuktikan bahawa hubungan di antara ADUN & ADR dalam kepimpinan Parti Islam Semalaysia (PAS) terutamanya di Kawasan Tumpat saling bekerjasama dan boleh duduk semeja dalam apa jua hal sekalipun.

Seramai lebih kurang 200 orang lebih yang datang pada majlis ini. Perbelanjaan sebanyak RM 1,050 telah ditanggung sepenuhnya oleh beliau.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah AJK MTD Kelaboran dan AJK Pemuda DUN serta jentera peringkat UPU dan juga masyarakat setempat.

Bagi pihak DUN, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato' KJ, semoga dimurahkan rezeki serta panjang umur dalam meneruskan perjuangan demi menegakkan Islam hingga ke akhir hayat.

Thursday, September 4, 2008

Pelancaran Ihya' Ramadhan Muslimat DUN Kelaboran

Hari ini satu majlis telah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran bagi menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak. Majlis telah dirasmikan oleh YB Mohd Zaki Ibrahim dan diserikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Azarizal dari Kota Bharu.

Antara isi kandungan tazkirah yang disampaikan adalah berkenaan kematian yang tidak kita ketahui bila masanya dan pengisian di bulan Ramadhan yang juga dikenali sebagai Bulan al-Qur'an, bulan Rahmat dan bulan keampunan.


Seramai hampir 100 jemputan Muslimat sekitar Kelaboran telah hadir ke program pelancaran tersebut. Mereka juga kemudiannya dibekalkan dengan sebekas kurma untuk dibawa pulang.