Monday, September 8, 2008

MAKE COLEK BERSAMA YB DATO' AHLI PARLIMEN TUMPAT

5 Ramadhan 1429, Jumaat - Sepertimana setiap tahun apabila masuk bulan Ramadhan, YB Dato' Hj Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat sempat turun ke setiap DUN untuk program bersama rakyat.

Tahun ini sebagaimana tahun-tahun yang lepas, kedai Wan Zainal Abidin, Kg Chabang 3 Berangan menjadi pilihan beliau untuk bersama dengan rakyat DUN Kelaboran dalam sesi "make colek bersama rakyat".

YB Mohd Zaki Hj Ibrahim selaku ADUN Kelaboran menyambut baik dengan program seumpama ini. Ini membuktikan bahawa hubungan di antara ADUN & ADR dalam kepimpinan Parti Islam Semalaysia (PAS) terutamanya di Kawasan Tumpat saling bekerjasama dan boleh duduk semeja dalam apa jua hal sekalipun.

Seramai lebih kurang 200 orang lebih yang datang pada majlis ini. Perbelanjaan sebanyak RM 1,050 telah ditanggung sepenuhnya oleh beliau.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah AJK MTD Kelaboran dan AJK Pemuda DUN serta jentera peringkat UPU dan juga masyarakat setempat.

Bagi pihak DUN, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato' KJ, semoga dimurahkan rezeki serta panjang umur dalam meneruskan perjuangan demi menegakkan Islam hingga ke akhir hayat.

No comments: