Thursday, February 26, 2009

JOM PAKAT BANTAH PPSMI...( 7 MAC 2009)

Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan demonstrasi aman di hadapan Istana Negara pada 7hb Mac 2009 bermula jam 8:30pagi. Demonstrasi ini akan disertai oleh 100,000 rakyat pelbagai kaum dan NGO.

Datuk A.Samad Said, Sasterawan Negara bersama Ketua & AJK Dewan Pemuda PAS Kelantan dalam sesi taklimat khas PPSMI di Kota Bharu

Bantahan ini amat penting bagi kelangsungan bahasa ibunda di negara kita pada masa yang akan datang. Anak cucu kita yang akan mewarisi dasar pembelajaran ini akan menerima padah hasil dari tangan-tangan ganas pimpinan BN yang begitu 'gatal' untuk meneruskan PPSMI. Bahasa ibunda akan dikesampingkan dan akan hilang identiti mutunya.

R
akyat yang cintakan bahasa ibunda diseru agar keluar beramai-ramai pada 7hb Mac 2009 bagi demonstrasi aman di hadapan Istana Negara pada pagi hari tersebut. Apalah ertinya duit tambang yang berharga RM88.00 seandainya bahasa sendiri tergadai? Inilah tanggungjawab kita agar generasi masa hadapan tidak terlupa bahawa pernah ada satu ketika, bahasa Melayu ini pernah menjadi bahasa utama di Nusantara...

Pak Samad bersama YB ADUN Kelaboran (Ketua DPP Negeri Kelantan)


Sunday, February 22, 2009

UMNO dulu, kini & selamanya PENDERHAKA

Dilulus terbit pada Sunday, February 22 @ 08:54:15 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Oleh pemudabesut

"Artikel asal Pemudabesut.blogspot.com

 UMNO dari DULU, KINI & SELAMANYA memang adalah PENDERHAKA kepada Raja-raja Melayu. Sudah lama UMNO menyusahkan Raja-Raja Melayu dan sudah tiba masanya kita kaum Melayu membebaskan mereka semua daripada belenggu UMNO.


Sekarang Raja-raja Melayu dikelilingi oleh pengkhianat Melayu dan penderhaka Melayu yang duduk dalam pertubuhan spastik bernama UMNO.



Antara PENDERHAKAAN UMNO kepada Raja-Raja Melayu ialah ulang tayang keratan akhbar lama2 yang melingkupkan kekebalan Raja2 dan menegakkan kebebalan...

Mingguan Malaysia, 11 November 1991

1. UMNO pernah meminta disiasat Harta Raja-raja.

Berita Harian 1993
2. Shahidan yang pernah dakwa tahu asal-usul Raja & sedia mendedahkan bukti takhta Sultan Kelantan masa tu. (Berita lanjut : Labun Kulup Sakah: Shahidan pun pernah derhaka dengan Sultan Kelantan?)


3. 4 Resolusi mengenai Istana yang telah dikemukakan oleh UMNO Selangor iaitu

a) Tubuh satu jawatankuasa siasat harta/projek/tanah yang diluluskan kepada Raja secara langsung @ 'kopitian cina'. (yang lain baca sendiri. Klik pada gambar & besarkan tekan ctrl & +)

5. Tuanku pernah tengok memorandum di atas tak? carilah tuanku yek? Patik pun pinjam kat otai pencinta sejarah, dia kerabat juga Tuanku, tapi digulingkan British sebab Datuk Nenek dia melawan British lalu Selangor diperintah keturunan yang lain yang tunduk dengan British Tuanku.
6. Paling kesian mantan Yam Tuan Negeri Sembilan. Allahyarham Tuanku Jaafar yang disaman bank Standard Chartered sebanyak RM1 juta. Ini boleh dianggap derhaka dan UMNO tidak berbuat apa-apa untuk membantu Allahyarham Tuanku Jaafar. Tok nak peringatkan orang Melayu semua jangan simpan duit kat bank penderhaka ini. biar terlingkup habis bank ini.


7. Di Terengganu, penyokong Idris Jusoh berang dan melakukan demo yang terpapar kami mahukan Deris, "natang" (binatang). Kata-kata kesat itu ditujukan kepada penghulu Raja-Raja Melayu tak lain dan tak bukan Sultan Mizan yang juga Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bukankah ini juga derhaka kelas yang tertinggi.

8. Anuar Musa ketika jadi timbalan pengerusi perhubungan UMNO Kelantan pernah menabalkan sendiri sepupu Sultan Kelantan sebagai Sultan Kelantan sedangkan Sultan Kelantan masih lagi bersemayam di istana. Pada 29 April 1993, Anuar ketika itu sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan menabal Tengku Ibrahim Petra di majlis pemasyhuran Anugerah Kecemerlangan Indera Petra. Tengku Ibrahim pula disebutnya sebagai orang yang paling layak menduduki takhta kesultanan Kelantan disambut kira-kira 4000 orang penyokonh UMNO di padang sebuah sekolah di Ketereh


9. Satu Malaya tahu Mat Taib@Mat Tyson, bekas MB Selangor larikan Ku Yah (adik Sultan Selangor sekarang) ke Siam dan berkahwin di sana. Punyalah samseng Ketua Penerangan UMNO sekarang, tak lain tak bukan Mat Tyson. Tok heran kenapa Sultan Selangor tak tarik balik pingat kebesarannya dan usir keluar Mat Tyson dari Selangor. Melarikan adik Sultan dah kira tahap derhaka paling teratas dan sukar dimaafkan.

10. Jangan dilupakan bagaimana UMNO merobek kekebalan Raja-raja Melayu suatu ketika dulu


11. MB UMNO PERAK sebenarnya lebih dahulu adalah PENDERHAKA

(Petikan & gambar diubahsuai dari kulupsakah.blogspot.com & perisik-rakyat.com)

Thursday, February 19, 2009

SAMBUTAN GONG XI FA CHAI BERSAMA ADUN KELABORAN DAN DATO' ANUAR TAN

Pejabat DUN Kelaboran malam tadi telah menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Padang Kemahkotaan, Tumpat yang turut disertai oleh Dato' Hj Anuar Tan Abdullah, Exco kerajaan Negeri Kelantan.


Majlis yang berlangsung walaupun selepas Cap Goh Meh itu sangat meriah kerana ramai hadirin dari kaum Cina yang turut meraikan. YB Adun Kelaboran di dalam ucapannya menegaskan betapa perlu kerjasama antara kaum dan mencadangkan agar Kelab Penyokong turut ditubuhkan.



Lebih 500 tetamu tidak kira keturunan atau bangsa telah hadir sama-sama bagi meraikan program. Antara VIP yang hadir.


Seramai 120 orang warga emas dan 100 orang kanak-kanak telah diraikan dengan pemberian ang pow dan juga bag hamper.


Persembahan tarian singa dan Naga sangat menghiburkan dan menyebabkan penonton tidak berganjak walaupun malam telah agak larut

SIDANG DUN KELANTAN BAGI PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KELANTAN YANG KEDUABELAS

Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Yang Kedua Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Keduabelas akan berlangsung pada 23 - 24 Februari 2009 (Isnin - Selasa). Dalam Persidangan ini selain daripada pihak kerajaan akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pihak ADUN, satu usul khas mengutuk serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza akan dibentangkan. Usul ini akan dibentang oleh YAB. Tuan Guru Dato' Menteri Besar pada hari pertama persidangan.

Monday, February 16, 2009

QIYAMULLAIL BERSAMA MUSLIMAT

Memulakan dengan sesuatu yang baik, insya Allah akan berakhir dengan perkara yang baik. Itulah ungkapan yang biasa kita dengar. Tidak ketinggalan Muslimat DUN Kelaboran yang baru-baru ini telah menganjurkan program Qiyamullail selaku agenda pembukaan bagi tahun baru masehi 2009. Turut hadir adalah AJK Musimat DUN, AJK Nisa DUN, Ketua dan Setiausaha Muslimat Cawangan di dalam DUN Kelaboran.


Antara lain tujuan diadakan adalah untuk mengikat kukuhkan lagi uhwah antara satu sama lain. Juga mengulangi pesanan akan tujuan dan tanggungjawab seorang pemimpin yang tidak sunyi dari kesilapan. Penceramah pada malam tersebut adalah Ketua Dewan Muslimat Kawasan Tumpat, Ustazah Norhafizah Abdulah.


Majlis turut menjemput YB ADUN Kelaboran untuk mengimamkan solat subuh dan menyampaikan kuliah Subuh berkenaan isu semasa yang sedang hangat dibualkan terutamanya memberi faham tentang apa yang berlaku di Perak dan Kedah.


Dan diakhiri dengan bersama-sama membaca Doa Wehdah.. Akan sentiasa menanti program sebegini lagi..

Tuesday, February 10, 2009

"KERAJAAN HARAM PERAK" DIBENTUK DENGAN PERLANTIKAN 6 ORANG EXCO

Kekalutan BN dalam membentuk "kerajaan haram" di Perak terserlah apabila hanya berjaya melantik 6 orang Exco sahaja pagi tadi. Persoalannya kenapa tidak lantik kesemua 10 orang exco ? Adakah 21 orang lagi baki ADUN BN Perak yang ada tidak layak menduduki kerusi exco ? Kenapa tidak masukkan sama 3 badut ADUN Bebas dalam senarai anggota Exco "kerajaan haram" ? Atau berlaku perbalahan besar dalam pemilihan exco ? Macam-macam persoalan yang timbul terhadap "kerajaan haram" ini. Itulah barangkali balasan Allah Taala terhadap sikap gila kuasa UMNO & BN di Perak yang merompak hak rakyat Perak Darul Ridwan. Kenapa Najib Tun Razak tak campur tangan dalam penyenaraian exco Perak ?

Itu antara persoalan yang dibicarakan oleh rakyat di merata tempat pada belah pagi tadi. Rakyat hari ini sudah matang berbicara mengenai politik tanahair serta pandai mentafsir undang-undang dan perlembagaan. Rakyat sudah pandai berbicara mengenai undang-undang tuboh kerajaan negeri Perak dalam bab melantik Menteri Besar, dalam bab kuasa Speaker dalam Dewan Undangan Negeri serta dalam bab apa jua yang hangat dibicarakan seminggu ini. Itulah kematangan rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan. Sebab itulah suara rakyat Suara Keramat. Jangan cuba perlekehkan suara rakyat. Suara Rakyat boleh menumbangkan mana-mana kerajaan sebagaimana BN tersungkur di Kelantan pada tahun 1990 dan tertiarap di Selangor, Perak, Kedah dan P.Pinang pada Mac 2008.

BN sekali lagi akan menerima nasib sebagaimana pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu apabila pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau tidak lama lagi. Najib Tun Razak sudah tentu sekali lagi akan bawa periuk dan bantal ke Perak dan Kedah bila berlaku pilihan raya kecil nanti. Janji-janji kosong akan dijaja merata tempat seperti biasa. Rakyat Pengkalan Pasir, Permatang Pauh dan K.Terengganu masih lagi menanti Datuk Najib untuk menerima habuan janji-janji semasa pilihan raya kecil di tempat tersebut. Alahai Datuk, rakyat sudah tau temberang politik murahan UMNO dengan janji-janji kosong macam itu.
Kami jentera PAS negeri Kelantan akan berkampung di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dalam pilihan raya kecil nanti bagi memastikan BN sekali lagi tersungkur bergaya di kawasan tersebut. Insya Allah.