Tuesday, January 13, 2009

Isu Palestin : Kerajaan Malaysia Tetap Retorik ?

Malam tadi saya sempat menonton siaran langsung Sidang Khas Parlimen mengenai isu Palestin. Pergulungan persidangan dibuat oleh YB. Dato' Seri Rais Yatim, Menteri Luar. Pergulungan yang pada hemat saya tidak akan membawa apa-apa manifestasi bagi pihak rakyat Malaysia dalam perjuangan menentang kezaliman puak Yahudi di bumi Gaza. Kerajaan Malaysia seolah-olah masih lagi tidak mahu menggunakan saluran diplomatik untuk menyuarakan isi hati rakyat negera ini yang cukup membara menentang pengeboman dan pembunuhan setiap hari kanak-kanak, wanita dan orang awam di Palestin. Kerajaan Malaysia masih bersikap lunak dengan Duta Amerika yang mana negara Amerika inilah penyokong nombor wahid serangan Israel di Palestin.


Kalau kerajaan kita serius dalam isu ini, kenapa tidak halau saja Duta Amerika keluar dari negara kita sebagaimana yang telah dilakukan oleh Venuzuela. Barulah tindakan tersebut seiring dengan laungan rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi di merata tempat dengan sebutan, "Jahanam Yahudi", "Jahanan Amerika", "Hancur Amerika" dan macam-macam lagi kutukan kepada negara tersebut.


Saya amat bersetuju dengana saranan YAB. Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan dalam ucapan beliau semasa demonstrasi isu Palestin pada Jumaat lepas yang menyebut, "...kita perlu boikot barangan keluaran Israel dan Amerika sebagai komitmen kita umat lslam menentang kezaliman Yahudi Laknatullah. Dalam pasaran kita sekarang ini banyak barangan atau kedai milik Yahudi dan sekutu kuatnya Amerika. Pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengeluarkan beberapa jenis barang untuk diboikot segera kerana mereka menggunakan keuntungan syarikat untuk membiayai Israel dalam perang menawan Palestin..." Antara barangan tersebut ialah barangan keluaran Colgate, Coca-Cola dan Starbucks (restoran). Malam tadi juga saya menerima sms dari sahabat di London yang menyebut McDonalds juga menyumbang keuntungan syarikatnya kepada Israel.

Menjadi kewajipan kepada kita untuk pastikan agar duit orang lslam tidak mengalir secara tidak langsung untuk digunakan membeli senjata oleh Yahudi untuk membunuh umat lslam yang satu aqidah dengan kita di Palestin. Kita tidak akan kebuluran kalau tidak makan burger McDonalds atau ayam Kentucky Fried Chicken. Kita tidak akan kehausan kalau kita tidak minum Coca-Cola. Gigi kita tetap bersih walaupun tidak menggunakan Colgate.


Selaku orang lslam, selain ikhtiar zahiriah yang kita buat untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh sahabat-sahabat seagama dengan kita di Palestin, jangan lupa senjata utama kita iaitu DOA kehadrat Allah Taala. Buatlah solat hajat untuk kekuatan rakan-rakan pejuang lslam di Palestin. Amallah Qunut Nazilah sebagai permohonan 'direct' dengan Allah Azzawajjala untuk menghancurkan pakatan jahat musuh di bumi Palestin.


Wallahu'alam.

No comments: