Nasihat Tok Guru
Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan agar semua pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya ahli PAS tidak angkuh hingga mengeluarkan kenyataan yang menyinggung lawan berikutan kemenangan dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Memang benar apa yang Tuan Guru sebutkan, kerana sombong, riya', takabbur, ujub adalah sifat Syaitan yang wajib kita kikis jika tidak mahu kemenangan ini ditarik oleh Allah SWT kerana kebongkakan kita sendiri. Ingatlah ahli PAS terutamanya, yang telah berbai'ah untuk menjadikan al-Qur'an dan al-Sunnah sebagai cara hidup, wajib mengguna pakai ingatan dan arahan Tuan Guru ini kerana hidup kita yang singkat, sewajarnya kita gunakan untuk menarik seberapa ramai manusia agar kenal dan faham keadilan Islam, yang mana PAS menjadi platformnya. Jangan nanti kerana kebobrokan mulut segelintir ahli PAS, maka PAS sebagai wadah perjuangan pula yang mendapat libasan dan buruk nama.
p/s: Kerananya pulut santan binasa, kerananya mulut, badan binasa...
Kenyataanmu bukannya Alasanku
Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam berkata, ."..seandainya 3,000 pengundi luar PRK KT yang tidak pulang mengundi, pulang untuk mengundi pasti UMNO akan menang... " Kenyataan itu kita lihat sebagai satu kenyataan yang tidak berdasarkan analisis politik semasa. Sedarkah beliau bahawa sebahagian besar dari 3,000 pengundi luar yang tidak pulang ini merupakan pengundi muda yang pada PRU 12 lalu telah memilih PAS? Kalaulah percaturan penganalisis politik yang sering keluar di kaca TV itu benar, ditakdirkan pengundi muda ini pulang, pastilah majoriti PAS akan berlebih lagi. Nak kata apa?
p/s: Itulah, Dato' Seri kena ambil kursus Advance in Political Science sebelum keluar kenyatan akhbar!
Transparency
Kata Pengerusi SPR, ..."kemenangan parti pembangkang itu jelas membuktikan pihaknya bertindak telus, bukan sebagaimana yang didakwa oleh pembangkang khususnya berhubung isu pengundi hantu yang sering dibangkitkan..." Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT, kalau benarlah kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf itu. Bukan nak mengungkit, tetapi nak menyebut, kita di saf pembangkang ini sentiasa cuba untuk berhati-hati kerana pengalaman lalu menjadi pengajaran dan trauma ditipu masih belum terubat hingga ke hari ini.. Lagipun bukankah SPR itu satu badan yang bersendirian, jadi kenalah adil, bukannya memberi kenyataan yang berpihak kepada parti pemerintah. Tak gitu?
p/s: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh ambo tak kato...!
No comments:
Post a Comment