Satu Majlis Meraikan Anak Yatim dan Majlis Penyerahan Cek Manfaat Pelan Takaful Kifalah telah diadakan di perkarangan Pejabat DUN Kelaboran pada hari Khamis baru-baru ini.
Seramai tujuh puluh orang anak yatim dirai dan seramai tiga puluh orang Wasi dari pelbagai kaum menerima cek berjumlah RM2,000 melalui YB Mohamad Zaki Hj Ibrahim, ADUN Kelaboran.
Di dalam ucapannya beliau menyarankan agar orang ramai tidak lupa untuk mengusap kepala anak yatim kerana itulah sunnah Rasulullah saw. Begitu juga dalam memberi bantuan dan terlebih-lebih lagi bagi orang yang menjaga amanah anak yatim.
Beliau turut menegur sikap segelintir penerima yang lewat menerima cek Kifalah agar sentiasa bersabar dan tidak bersikap melulu di atas kelewatan bayaran seperti yang telah dijanjikan.
Di dalam majlis tersebut, Tok-tok Penghulu dan AJK Muslimat DUN turut berbaris untuk mengusap kepala anak-anak yatim yang hadir. Hampir dua ratus jemputan turut memeriahkan majlis yang berakhir pada jam 6.00 petang.
No comments:
Post a Comment