Presiden UMNO Datuk Sri Abdullah Badawi mendakwa Muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali. Hmm… Tertanya-tanya pula kita, kenapa baru sekarang pemimpin UMNO dok sibuk dengan isu muzakarah dengan PAS…
Ramai di kalangan pemimpin UMNO seolah-olah marah bila pemimpin PAS tidak respon dengan cadangan UMNO untuk bermuzakarah dengan PAS dalam isu ketuanan Melayu.. Kenapa baru sekarang UMNO pandai sebut muzakarah, iaitu hanya selepas PRU ke 12? Isu Muzakarah antara dua parti ini telah lama PAS bangkitkan dari masa ke semasa malah setiap kali timbul isu baik politik, sosial atau ekonomi memang pintu PAS akan sentiasa terbuka untuk sesiapa pun datang bermuzakarah, dan dari pengalaman yang sudah-sudah, berapa kali kita menghantar surat jemputan kepada pimpinan UMNO untuk bermuzakarah tetapi mereka boo layan.
Apa masalahnya? Adakah baru sekarang UMNO menyedari kewujudan PAS lalu dek kerana prestasi PAS yang sentiasa cemerlang, maka UMNO rasa hendak bermuzakarah dengan PAS tentang Ketuanan Melayu dan isu-isu Keagamaan? Kita tertanya-tanya apakah rahsia dan niat sebenar UMNO di sebalik sibuk dengan cadangan bermuzakarah ini? Sepertinya bila populariti berkurangan barulah si pelakon utama hendak menghulur tangan minta bantuan.
Che’ Alwi Che’ Ahmad pula mengulas mengenai muzakarah ini “Orang Melayu boleh kekal menjadi dominan kuasa…” Pulak! Kalaulah bangsa lain salah anggap, tak fasal-fasal PAS akan dipanggil sebagai parti ‘racist’, sama seperti British National Party di United Kingdom. Beliau juga ada menyebut tentang keikhlasan… Bangunlah dari tidurmu yang panjang Che Alwi’ oooi… Kalaulah pimpinan UMNO benar-benar ikhlas dalam perjuangan tanpa mengira habuan, sudah tentulah kesemua mereka sekarang ini berada di dalam kapal yang mengibarkan bendera Pakatan Rakyat!
Tindakan Tuan Guru untuk tidak turut serta memang dialu-alukan. Bukankah orang Islam sebenar tidak akan jatuh ke lubang yang sama sebanyak dua kali! Pengalaman bermuzakarah dengan UMNO pada era 70an yang menghumban PAS dari parti gabungan sepatutnya menjadi pengajaran untuk pimpinan PAS berhati-hati dengan kelicikkan UMNO yang pada awal muzakarah akan nampak ‘genuine’ tetapi apabila dia sudah nampak jalan menyelamatkan sebelah kakinya, maka sepantas itu dia akan mengkhianati sahabat yang menghulurkan bantuan. Tentulah pahit dan perit diperlakukan sebegitu rupa, tetapi pernahkah kita membalas dendam?
Pimpinan PAS harus ingat bahawa UMNO sudah nazak… nyawa-nyawa ikan. Bila-bila masa boleh menghembuskan nafas yang terakhir. Permintaan terakhirnya adalah untuk diselamatkan. Jika hendak menjadi penyelamat, PAS wajib menyelamatkan mereka dengan bersyarat. Semoga nasib PAS tidak berulang seperti yang lalu.
Pimpinan PAS perlu melihat dari perspektif yang lebih menyeluruh. Pakatan kita dengan rakan-rakan dalam PR semakin mantap, PERKASAkan lagi pakatan ini. Pimpinan PAS perlu berSABAR, jangan cepat terpengaruh dan jangan sengaja menimbulkan satu ketidak selesaan dalam jalinan mantap PR.
Dalam suasana sekarang ini, pimpinan yang bijaksana hendaklah mengambil kira pandangan ahli semua peringkat terutamanya peringkat ‘grassroot’ dalam apa jua keputusan yang bakal diambil oleh pimpinan samada dalam isu muzakarah atau perkongsian kuasa. Mu’tamar akan datang ini bakal menjadi medan penghujjahan, kredibiliti PAS dalam menangani isu-isu besar sedang dinilai, mampu atau tidak PAS dan Pakatan Rakyat memerintah, hanya pimpinan yang dapat menjawab!
No comments:
Post a Comment