Sunday, July 13, 2008

TUAN GURU SIFATKAN RAKYAT KELANTAN CERDIK





Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan rakyat Kelantan sebagai cerdik kerana sentiasa peka antara haq dan batil dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terutamanya jika ada isu-isu yang 'pelik'. Dalam Ceramahnya di PUTIK Jumaat lepas mengenai "Konspirasi Fitnah, Angkara Siapa", Tuan Guru ada menyebut bahawa '...sesiapa yang menggali lubang untuk orang jatuh, dialah yang akan jatuh..."

Dalam majlis yang sama YB Dato' Husam Musa bersependapat dengan YB Saifudin Nasution bahawa melalui sessi penerangan yang telah diberi, terserah kepada rakyat Kelantan untuk memilih mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang benar dan mana yang karut.

YB Saifudin menyifatkan tuduhan yang menimpa Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai "..satu tuduhan/ fitnah yang cukup jahat, jijik dan meloyakan... Plot cerita tidak berubah, pelakon utama juga masih kekal, yang berubah hanyalah pengarah dan pelakon tambahannya..."

Dato' Husam kemudiannya menambah bahawa pimpinan UMNO/BN sudah tidak mempunyai masa untuk berfikir tentang kesengsaraan rakyat kerana masing-masing sibuk berfikir siapa yang akan ditumbangkan esok... atau ada pemimpin yang dikejar bayangan hantu Altantuya dan korupsi yang bermaharajalela di agensi-agensi kerajaan di samping penggunaan undang-undang rimba dalam menangani sesuatu isu..

Dalam program yang sama, Dato' Sri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tuduhan itu hanyalah untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu sebenar. Salah satu isunya adalah keuntungan berbillion ringgit dari penjualan petroleum yang sedang naik harga, ke mana lesapnya? Dan mengapakah rakyat yang dihukum di atas undi protes mereka terhadap corak pemerintahan yang ada sekarang...? Beliau juga menambah, beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan pemimpin-pemimpin UMNO/BN tetapi prinsipnya yang menentang kezaliman yang menyebabkan beliau tidak sependapat dengan mereka.

Sesungguhnya dewan PUTIK pada malam itu 'full house'. Malah pengerusi sendiri memaklumkan kesesakan lalu lintas yang teruk di cabang 3 Pengkalan Chepa, malah di perkarangan PUTIK sendiri, kalau ada yang orang jatuh, tidak akan jejak tanah... Begitulah penangan rakyat Kelantan...

Dari laporan di atas bolehlah kita simpulkan, bahawa kebijaksanaan dan sifat 'inquisitive mind' rakyat Kelantan ini bukanlah kerana keturunan atau gen IQ mereka sudah begitu, sebaliknya saya yakin ia timbul kerana sikap ambil tahu mereka... dan juga hasil dari didikan dan tarbiyah tok-tok guru dan tok-tok lebai yang tidak jemu-jemu mengajar di madrasah-madrasah kampung sehingga lahirlah generasi celik Al-Qur'an yang sentiasa mencari jawapan bagi persoalan kenapa atau bagaimana dan sedikitpun tidak merasa takut di atas apa jua kebarangkalian yang akan dihadapi kerana mereka percaya bahawa kebenaran akan sentiasa mengalahkan kebatilan...

No comments: