Wednesday, July 9, 2008

BUNG MOKHTAR NAIK ANGIN

Datuk Bung Moktar Radin (BN- Kinabatangan) tidak sepatutnya sakit hati kerana pembangkang lebih banyak mengemukakan soalan pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini. Itu hak pembangkang untuk bertanya dan hak Yang DiPertua untuk menerima. Satu lagi, jika mutu soalan pembangkang lebih up-to-date, lebih baik, lebih berkualiti dan memberi keuntungan kepada rakyat secara khusus, bukankah itu lebih baik? Ini juga boleh disifatkan sebagai 'hornblower' bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang baru setahun jagung itu sudah menampakkan taring yang harap-harap akan cukup tajam apabila sampai masanya!

Seharusnya Datuk Bung Moktar tidak perlulah emosi, kalaupun hendak menegur, perlulah meminta izin, mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan bukannya bangun dengan mendadak sedangkan itu adalah masa soal jawab Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Kalaulah itu yang dilakukan pembangkang sudah tentulah mereka akan digelar dengan perkataan yang sama digelar kepada Datuk Bung Moktar, malah mungkin lebih teruk dari itu. Mungkinkah Datok Bung Moktar terbawa-bawa masalah di rumah ke Parlimen? Dan kalau betullah itu yang berlaku, sudah tentulah profesionalismenya boleh dipersoalkan.

Walapun kredit boleh diberikan kepada pihak pembangkang di atas kualiti soalan yang diberi, ianya masih belum boleh dijadikan kayu pengukur menyukat kejayaan Pakatan Rakyat. Masih banyak ruang dan 'vacuum spot' yang perlu dikaji, diselaras dan diisi secara bersama, kerana apa-apa sahaja ketidak setujuan satu parti dengan yang lain akan menjadi 'sizzling issue' kepada pihak yang berkenaan yang mana ia akan memberi impak negatif kepada parti terbabit dan rakyat keseluruhannya. Dari itu Pakatan Rakyat perlulah sentiasa bertemu dan bermuhasabah agar ikatan persefahaman akan menjadi lebih kuat dalam menangani arus politik semasa yang sentiasa bertongkah arah jika tidak kena gaya kemudi.


No comments: