Wednesday, October 15, 2008

DR. ASRAF WAJDI TERSUNGKUR DALAM GELANGGANG PEMUDA UMNO TUMPAT......


Calon BN yang kalah di Parlimen Tumpat dalam pilihan raya yang lalu, Dr. Asraf Wajdi Dato' Hj Dusuki telah sekali lagi tersungkur dalam pertarungan satu lawan satu pemilihan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat pada Jumaat lepas. Dr. Asraf yang kalah dengan majoriti 85 undi kepada calon yang didakwanya ditaja oleh Ketua Bahagian Tumpat. " Saya kalah kepada lawan yang ditaja bahagian kerana mudah dicucuk hidungnya lantaran tidak berpelajaran dan kerjayanya diragui." ujar Dr. Asraf dalam laman blognya.
Dr. Asraf juga mengakui bahawa budaya politik wang begitu berakar umbi dalam UMNO, " tapi apakan daya hari ini budaya dalam UMNO begitu mengakar bahawa duit adalah segala galanya. Perhitungan pemilihan bukan sangat kepada karisma dan wibawa pemimpin tetapi bergantung kepada berapa banyak duit yang ditaburnya." ujarnya lagi.
"Mulanya saya saya agak ragui dari mana wang yang dibelanjakannya. Namun ramai yang maklumkan bahawa lawan saya bukannya beliau tapi pimpinan bahagian yang takut dengan bayang-bayang sendiri seolah2 jika saya menang akan menganggu gugat kedudukan mereka satu hari nanti. Akhirnya mereka sanggup melakukan apa sahaja memastikan saya kalah", tambahnya dalam tulisan tersbut.
Dr. Asraf juga mendedahkan bahawa ramai perwakilan yang mendakwa menerima sogokan daripada RM50 hingga RM100 seorang. Jumlah perwakilan semuanya 438 orang mewakili 146 cawangan. Berapa banyak yang dihabiskan untuk membeli undi mereka. Malah ada yang disogok beberapa kali dan bukannya sekali. Ada satu cawangan yang menerima RM600 untuk diberi kepada perwakilan. Dua malam terakhir adalah malam kemuncak sogokan diberikan. Sebanyak 4 laporan telah dihantar kepada pihak Lembaga Disiplin UMNO dan BPR.
Begitulah keluhan yang telah dinukilkan oleh Dr. Asraf Wajdi dalam blognya. Dr. Asraf baru setahun jagung dalam politik UMNO khususnya UMNO Bahagian Tumpat. Beliau belum mengerti sepak terajang politik dalam UMNO di Tumpat ini. Sudah ramai pimpinan UMNO yang telah tersingkir dengan begitu trajis di zaman Dato' Di memegang takhta di bahagian Tumpat ini. Ramai pimpinan UMNO di peringkat cawangan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya Cikgu Hj Mat Nawi, Hj Noor Yaakob, Dato' Wan Johani, Hj Ramli Kg Besut dan ramai lagi.
Dr. Asraf Wajdi perlu sedar bahawa, RASUAH merupakan budaya yang sudah berakar umbi dalam UMNO sejak sekelian lama. UMNO bukan saja menggunakan pitis untuk membeli undi dalam pemilihan mereka, bahkan menggunakan pitis membeli undi semasa pilihan raya umum yang lalu. Adakah Dr. Asraf tidak sedar perkara ini semasa beliau menjadi calon BN dalan PRU yang lalu. Adakah Dr. tak pernah guna pitis untuk beli undi....? Adakah Dr. tak pernah paksa dan ugut kakitangan kerajaan Persekutuan untuk pangkah dacing dalan PRU yang lalu....? Adakah Dr. tak pernah sogok pengundi dengan memberi barang-barang tertentu dalam PRU yang lalu.....? Adakah Dr. tak pernah paksa pengundi di Tumpat bersumpah dengan Al-Qur'an semasa hari penggundian 8 Mac yang lalu....?....Apa yang dirasai oleh Dr. hari ini sudah lama dirasai oleh kami pimpinan PAS sejak dulu hasil dari budaya bobrok tersebut.
Tepuk dada, tanyalah iman......Selamat berjuang Dr....!!!

3 comments:

rahza said...

asyraf tak payah nak habiskan duit lawan norzaidi. baik guna duit tu, tambah elaun warga pondok darul hanan yang menjadi markaz umno.

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Mungkin dia baru sedar mengenai politik wang dalam UMNO tu kot! dah tahu parti tu sesat, nak masuk juga. Padahal dia tu dikira org yg berpelajaran, tapi masuk UMNO juga. Masa berkempen kat Tg. Kuala hari tu dia yg keluarkan fatwa bahawa ' Politik suku agama suku'.

Amri Mat Saaid said...

salam

tu lah kalu berasa ada phd tu dah cukup pandai merasakan org lain bodoh dan tak layak, lihat je dalam persfektif di ASTRO baru ni, bandingkan hujjah beliau dengan prof dr. aziz bari dan prof dr. azizan, kalau mampu berhujjah pun cuba mengampu pemerintah.