Percaya atau tidak setiap kerja yang kita buat direkodkan untuk dirujuk kembali. Sebagai contoh di dalam pejabat, semua mesyuarat perlu diminitkan, surat-surat perlu difailkan dan nota-nota perlu disimpan, semata-mata untuk menjadi rekod yang boleh dirujuk semula.
Contoh lain, seorang pelajar PhD pula, perlu ada 'proposal', rekod analisis yang lengkap, dan 'thesis' yang telah disempurna 'binding', sebagai bukti bahawa dia arif bidang pengkhususannya. Pekerja kilang, perlu 'punch card', menulis 'report' bagi jumlah 'production' yang telah dicapai dalam tempoh-tempoh tertentu dan melaporkan segala aktiviti yang berlaku kepada 'supervisor'. Atau seorang suami, yang kadangkala bercerita bersama si isteri tentang aktiviti kerjanya semata-mata untuk mendapatkan 'feedback' walaupun tidak 'relevan'.
Maka begitu jugalah kehidupan kita, setiap detik, setiap saat ada tukang rekod, samada yang buruk atau yang baik. Ini semua menjadi 'track record' dan rujukan sewaktu menghadapi sang Pencipta selepas kematian. Tidak ada seorang manusiapun atau jin di muka bumi Tuhan ini yang dapat menyelamatkan diri dari dihitung melalui 'track record'.
Begitu jugalah dengan pencalonan terkini MT UMNO yang sedang hangat dilaporkan di akhbar media arus perdana. Bukankah kerana 'track record' yang bersih maka Tan Sri Muhyiddin Yassin setakat ini telah mendahului sebanyak 23 pencalonan bahagian bagi kerusi empuk Timbalan Presiden berbading Datuk Seri Mohd Ali Rustam (3) atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib (2)?
Jadi, tidak salah kalau kita menilai seseorang itu melalui 'track record'. Contoh terdekat, mungkin kerana 'track record' Tan Sri Annuar Musa telah tercalar akibat skandal PPRT , maka beliau hanya mendapat 1 pencalonan setakat ini, biarpun beliau sebenarnya seorang pemimpin yang berkaliber, boleh diperbaiki dan sebagainya tetapi hanya kerana kesilapan itu yang menjadi 'track record', maka jentera di akar umbi pun menolaknya. Begitu jugalah nasib yang menyelubungi mantan Menteri Besar Selangor yang dulu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib , yang katanya pernah ke Australia membawa beg berisi duit seberat 19kg yang juga katanya bukan miliknya tetapi saudara maranya. Maka mimpinya malam-malam mendatang ini mungkin akan menjadi mimpi ngeri juga.
Kesimpulannya, 'track record' bagi seseorang manusia, apatah lagi manusia yang bergelar pemimpin adalah sangat penting. Untuk rakyat menilainya dan untuk Allah yang akan membalasnya. Dari itu, pemimpin dan bakal pemimpin, diri kita ini perlulah diisi bukan sahaja makanan jasmani tetapi makanan rohanilah yang paling utama. Carilah ia sewaktu kita bertadarrus Qur'an dan carilah diri kita ini di dalam solat kita. Insya Allah, hidayah-Nya akan tercurah kepada sesiapa yang mencari kebenaran, berjuang demi yang haq selagi mana kita meniti di atas landasan-Nya sehinggalah kita menghembus nafas yang terakhir dan menutup mata.
Contoh lain, seorang pelajar PhD pula, perlu ada 'proposal', rekod analisis yang lengkap, dan 'thesis' yang telah disempurna 'binding', sebagai bukti bahawa dia arif bidang pengkhususannya. Pekerja kilang, perlu 'punch card', menulis 'report' bagi jumlah 'production' yang telah dicapai dalam tempoh-tempoh tertentu dan melaporkan segala aktiviti yang berlaku kepada 'supervisor'. Atau seorang suami, yang kadangkala bercerita bersama si isteri tentang aktiviti kerjanya semata-mata untuk mendapatkan 'feedback' walaupun tidak 'relevan'.
Maka begitu jugalah kehidupan kita, setiap detik, setiap saat ada tukang rekod, samada yang buruk atau yang baik. Ini semua menjadi 'track record' dan rujukan sewaktu menghadapi sang Pencipta selepas kematian. Tidak ada seorang manusiapun atau jin di muka bumi Tuhan ini yang dapat menyelamatkan diri dari dihitung melalui 'track record'.
Begitu jugalah dengan pencalonan terkini MT UMNO yang sedang hangat dilaporkan di akhbar media arus perdana. Bukankah kerana 'track record' yang bersih maka Tan Sri Muhyiddin Yassin setakat ini telah mendahului sebanyak 23 pencalonan bahagian bagi kerusi empuk Timbalan Presiden berbading Datuk Seri Mohd Ali Rustam (3) atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib (2)?
Ataupun kerusi panas Naib Presiden yang setakat ini didahului oleh Panglima Keris , Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebanyak 25 pencalonan berbanding 'Big Boss' UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa yang hanya ada 1 pencalonan?
Manakala bagi kerusi Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Mahathir memang mempunyai aura kehijauan di sekelilingnya hingga boleh selesa selepas 40 bahagian termasuklah Jelebu dan Jempol mencalonkannya berbanding menantu Pak Lah yang juga merupakan ahli Parlimen Rembau yang menjadi jiran Jelebu dan Jempol setakat ini hanya dicalonkan oleh 19 bahagian.! Sungguh..! Beliau jauh meninggalkan pesaingnya bukan kerana apa tetapi, 'track record'...Jadi, tidak salah kalau kita menilai seseorang itu melalui 'track record'. Contoh terdekat, mungkin kerana 'track record' Tan Sri Annuar Musa telah tercalar akibat skandal PPRT , maka beliau hanya mendapat 1 pencalonan setakat ini, biarpun beliau sebenarnya seorang pemimpin yang berkaliber, boleh diperbaiki dan sebagainya tetapi hanya kerana kesilapan itu yang menjadi 'track record', maka jentera di akar umbi pun menolaknya. Begitu jugalah nasib yang menyelubungi mantan Menteri Besar Selangor yang dulu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib , yang katanya pernah ke Australia membawa beg berisi duit seberat 19kg yang juga katanya bukan miliknya tetapi saudara maranya. Maka mimpinya malam-malam mendatang ini mungkin akan menjadi mimpi ngeri juga.
Kesimpulannya, 'track record' bagi seseorang manusia, apatah lagi manusia yang bergelar pemimpin adalah sangat penting. Untuk rakyat menilainya dan untuk Allah yang akan membalasnya. Dari itu, pemimpin dan bakal pemimpin, diri kita ini perlulah diisi bukan sahaja makanan jasmani tetapi makanan rohanilah yang paling utama. Carilah ia sewaktu kita bertadarrus Qur'an dan carilah diri kita ini di dalam solat kita. Insya Allah, hidayah-Nya akan tercurah kepada sesiapa yang mencari kebenaran, berjuang demi yang haq selagi mana kita meniti di atas landasan-Nya sehinggalah kita menghembus nafas yang terakhir dan menutup mata.
No comments:
Post a Comment