Wednesday, January 21, 2009

KETUA JABATAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DILARANG MENGHADIRI MESYUARAT PERINGKAT NEGERI DI PERAK

Satu lagi sikap buruk kerajaan BN terserlah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi telah mengeluarkan arahan melarang semua ketua jabatan agensi kerajaan Persekutuan di negeri Perak dari menghadiri mesyuarat rasmi anjuran kerajaan Perak berkuat kuasa serta merta.

Larangan ini dilihat sebagai paling tidak demokratik kerajaan BN dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi dalam pentadbiran negara. Kelantan mempunyai pengalaman merasai suasana begini selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan dari BN pada tahun 1990. Wujud dua kerajaan dalam negeri Kelantan. Kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dan satu lagi kerajaan "haram" yang "dicreate" oleh BN melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Walau apa jua tindakan kerajaan Persekutuan di bawah BN untuk menganggu gugat kelancaran pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR), kita yakin natijah yang akan diterima oleh UMNO/BN ialah sebagaimana di Kelantan. Makin banyak tekanan yang diterima oleh kerajaan negeri Kelantan dari kerajaan Persekutuan, makin muak rakyat dengan lakonan jahat BN. Sehingga mereka sama-sama menolak UMNO/BN dalam siri-siri pilihan raya sehingga usia pentadbiran kerajaan kelantan kini melepasi 18 tahun. Kita yakin, apa yang dilaksana di negeri Perak ini juga akan menerima nasib yang sama dengan nasib mereka di Kelantan. Rakyat negeri Perak bijak menilai keikhlasan, parti mana yang betul-betul bekerja untuk menjaga kebajikan mereka. Saya optimis, rakyat Perak akan menolak BN secara total selepas ini kerana amat benci dengan lakonan pemimpin-pemimpin UMNO Perak dalam menjayakan misi jahat mereka menafikan hak kerajaan negeri di bawah PR di dalam pentadbiran dan kerja mengurus rakyat negeri tersebut.

1 comment:

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Kerajaan Perak baru je kena mcm tu. Kerajaan Kelantan sejak mula2 memerintah negeri hinggalah skrg dok rasa susah. Tapi rakyat makin suka pada pemerintahan Pas. Mcm tulah kejahatan UMNO.