Monday, July 7, 2008

PEMBANGKANG KELUAR DEWAN




P
ersidangan DUN Kelantan hari ini menyaksikan tindakan kebudak-budakkan 6 ADUN BN keluar dewan semata-mata kerana tidak berpuashati dengan penolakan soalan-soalan ADUN Kok Lanas oleh Speaker Dewan. ADUN Kok Lanas yang juga Ketua Pembangkang telah mempertikaikan tindakan Speaker menolak soalan beliau di bawah perkara 25(1) dan 25 (2) Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Sebenarnya fenomena penolakan soalan yang dikemukakan kepada Dewan adalah perkara biasa samada di Dewan Negeri atau Parlimen... Penolakan soalan-soalan ini bukanlah bermotifkan politik sebab soalan-soalan dari ADUN Kerajaan sendiri juga ditolak apabila ianya tidak menepati garis panduan soalan... Malah kalau nak dikirakan, ADUN Kok Lanas juga ada pengalaman soalan beliau ditolak semasa menjadi Ahli Parlimen dahulu atau MP BN ditolak soalan mereka oleh Speaker Dewan Rakyat.. Tidak tahulah kalau soalan-soalan mereka sentiasa diterima ketika itu... Agar tidak dikatakan 'bias' elok dinyatakan di sini bahawa bukan semua soalan pembangkang ditolak. Malah Speaker turut memberikan tiga peluang bagi mereka untuk membahaskan cadangan. Namun 10 minit persidangan berlangsung mereka mengambil keputusan meninggalkan Dewan yang sedang bersidang.

Rata-rata para pemerhati DUN Kelantan hari ini kecewa dengan sikap ADUN-ADUN BN yang mereka sifatkan sebagai mencari 'mileage' politik murahan.. "mereka tidak ada isu untuk memburukkan kerajaan Negeri dalam persidangan kali ini.. maka mereka menggunakan isu penolakan soalan untuk menarik perhatian awam..." Bukankah kewujudan mereka sebagai satu proses 'check and balance', 'pro and contra'... Dengan jumlah minoriti mereka sepatutnya menjadi lebih kritis lagi. Atau mereka mengambil peluang ini untuk membalas dendam kerana MP Pakatan Rakyat keluar Dewan Rakyat baru-baru ini?

Sepatutnya mereka mengambil pengajaran dari leluhur mereka, Dato' Hj Anuar Musa, mantan Ketua Pembangkang dahulu, beliau dan ADUN-ADUN ketika itu tidak pernah keluar Dewan walaupun soalan mereka ditolak. Ini menunjukkan tahap ketahanan psikologi dan mentaliti ADUN-ADUN BN pada kali ini agak rendah..

Kita mengharapkan agar ADUN-ADUN BN ini mengambil kira kepentingan rakyat yang mereka wakili dalam setiap persidangan dan bukannya mencari kepentingan politik murahan seperti yang telah berlaku pagi tadi. Isu-isu yang diterima dan diperbincangkan bukanlah untuk kepentingan peribadi ADUN tetapi untuk rakyat keseluruhannya. Jadi dakwaan 'ADUN-ADUN BN makan gaji buta' perlulah ditepis dengan mengenepikan sentimen-sentimen tidak puas hati atas perkara berkenaan. Malah kita seru ADUN-ADUN yang 6 orang ini agar memikirkan kata-kata ini '...For sure you cannot beat us ... Therefore, by all means, join us!'


2 comments:

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Itulah sebabnya kita tidak boleh pilih calon-calon BN untuk jadi wakil rakyat sebab mereka masih lagi berperangai kebudak-budakan yang masih hingusan. Itu belum dikira lagi sikap dan perangai salah seorang adun BN yang pernah buat kecoh dulu.

Dun Kelaboran said...

Thanx En Rasyid for your hot comment!