Tuesday, September 30, 2008

PERUTUSAN AIDIL FITRI ADUN KELABORAN



Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar....
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita mengatur kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana kita sama-sama berjaya mengharungi ibadat selama sebulan di bulan Ramadhan 1429H. Semoga segala ibadat kita akan diterima Allah Taala.
Kita raikan kemenangan kita dalam mengerjakan segala ibadat dalam bulan Ramadhan dengan kita merayakan Hari Raya Fitrah atau Aidil Fitri dengan kita memperbanyakkan selawat, takbir dan tahmid membesarkan Allah Taala.
Di samping kita bergembira merayakan Hari Raya ini, jangan kita lupa terhadap insan lain yang kurang bernasib baik seperti kita. Ada insan yang yang cukup daif dari segi kewangan sehingga tidak mampu untuk membayar zakat fitrah, ada insan yang kehilangan emak atau ayah dan ada insan yang suami dan ayah kesayangan mereka ditahan tanpa bicara di bawah akta zalim ISA. Oleh yang demikian, ambillah kesempatan untuk turut menghulurkan bantuan kepada mereka.
Di kesempatan kita merayakan Aidil Fitri kali ini, jangan lupa tanggungjawab kita terhadap negeri Islam Kelantan Darulnaim ini. Kemenangan yang dianugerahkan Allah dalam pilihanraya umum yang lalu hendaklah kita isi sebaik mungkin untuk memastikan kelangsungan ketuanan Islam di negeri ini. Sama-samalah kita berdoa agar negeri ini terus membangun dan maju bersama Islam.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar waliLlahil hamd.....

1 comment:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

selamat rayo

http://aberamly.wordpress.com
http://ramlyotai.blogspot.com