Wednesday, September 24, 2008

HARGA MINYAK TURUN, HARGA BARANG TAK TURUN......

Hari ini kerajaan BN telah mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel 10 sen mulai esok, masing-masing kepada RM2.45 dan RM2.40 seliter, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Beliau berkata dengan penurunan itu, harga runcit petrol RON92 pula akan menjadi RM2.30 seliter berbanding RM2.40 seliter sebelumnya.
Hal ini amat mengecewakan rakyat jelata. Apa yang diharapkan oleh rakyat seboleh-bolehnya harga minyak kembali kepada harga asal sebelum kenaikan baru-baru ini.
Jelas sekali hal ini amat mengecewakan rakyat bahkan bakal menaikkan kemarahan rakyat yang selama ini masih boleh bertahan dengan karenah kerajaan pimpinan BN. Kerajaan sepatutnya menimbang kembali penurunan minyak yang di buat ini kerana hasil penurunan harga minyak 15 sen dahulu pun harga barang masih belum turun lagi hasil dari kenaikan harga minyak dulu.


Kalau sekadar 10 sen, dapatkah kerajaan jamin harga barang turut akan turun. Kenapa pihak kerajaan cukup lembab dalam bab penguatkuasaan terhadap kenaikan harga barang. Yang akan terus menderita ialah rakyat bawahan, mereka terus dibebani dengan harga barang keperluan harian yang melambung tinggi. Bapak bapak Menteri tak mungkin akan turut serta merasai keperitan hidup rakyat bawahan ini. Beginilah nasib rakyat di bawah pemerintahan Kerajaan BN. Pakat pakat fikir lah.....!!!!

16 comments:

Anonymous said...

salam
utk yb zaki..sy cma nk bgth skt situasi PAS di cawangan tg kuala terutama yg berkaitan ajk2 cwngn..
sy tgk budaya ajk2 dh nk jdi mcm org umno terutama dlm pemilihan jwtn n pemberian bantuan..
sy hrp yb jgn tkt sgt ko ajk2 yg ada skrg ni sbb bkn mrka sje yg memenangkan yb dlm pru 12 hri 2..
utk pengetahuan yb rmai ahli pas tg kuala terutama yg berkerja msa pru x berkenan ngn ajk yg ada skrg ni..
majoriti pemuda pas x berkenan ngn mrka2 ni..
dlm pemilihan ajk pun mrka main kotor..
klu dh mcm ni suasana ajk cwngn mcmn mrka nk berjuang utk Islam..
sy rsa yb lgi thu psl ni dri sy..
jdi sy hrplah yb jgnlah terlalu nk jga ati mrka2 ni smpai mengabaikan majoriti ahli yg lain..
sy bkn nk mengajar yb tp cm skdr nk luahkan perasaan majoroti ahli yg lain..
sy hnya tkt akn berlaku pepecahan yg lebih besar dlm parti yg skrg ni mmg dh berlaku pepecahan.

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Salam...

Nampaknya ada orang cuba mencucuk jarum mengenai ajk pas Tg. Kuala ni!

Penulis diatas nampaknya tidak tahu cara berpersatuan. Kalau tidak setuju dengan ajk cawangan yang ada sekarang ni, kenapa tidak tukar masa pemilihan baru-baru ini?

MasyaALLAH..siapa yang memfitnah kata ajk pas bermain kotor dalam pemilihan cawangan ini? Saya minta penulis diatas bertaubat kepada ALLAH diatas fitnah tersebut.

Kebanyakan ajk pas cawangan Tg. Kuala adalah golongan tua yang dah tak larat. Kenapa jadi demikian? Kerana orang muda tidak mahu ambil tanggungjawab hendak mempertahankan Islam. Time nak minta bantuan atau duit atau projek je datang jumpa YB atau ajk. Tapi kalau time suruh buat kerja, susah sangat.

Saya pernah pegang jawatan ketua pemuda dan dalam cawangan. Tolong datang jumpa saya dan terangkan masuk anda. Saya cabar anda sekiranya anda betul! Kalau tidak, kita jumpa depan Allah diakhirat untuk perhitungan terhadap fitnah ini!!

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Nampak sangat penulis diatas penakut! kalau anda benar- betul kenapa tidak berdepan sahaja dengan YB atau AJK cawangan!!

rahza said...

salam maut kepada pemuda x puas hati tg kuala. jangan jadikan ruangan blog yb sebagai tempat utk berbalah sesama tg kuala.
saya setuju kata rashid...
kalau awak anak jantan, pergi jumpa rashid atau sape2, diskus molek2. jange duk tike dale ni...
mujur kawe x kenal tuan jo nulis komen ni. kalu kawe kenal...kawe gamok tapar demo....heh,heh,heh...

Anonymous said...

Salam.Knp emosinal sgt ni?Xkn bgthu pkra yg btl pn slh,dlm hal ni xde sape yg main cucuk jarum,kawe ni pemuda tg kuala n kawe prnh join dlm pemilihan ni,stkt kawe bljr xde lg jupe cra pemilihan mcm yg b'laku tp x thu lh org lain bljr kot2 ada ajar cra pmlhn mcm ni..Dlm nk jwb p'soalan yg tmbl psl pemuda x nk jdi ajk,jwpnnya pemuda x nk jdi mcm kambing hitam,tp xpe dlm pemilihan cwgn kali ni pemuda akn bngkt tp dgr syrt jgn main tipu ye.,kpd sudra abd rashid,demo sbgai ketua pemuda pas kelaboran spttnya jdi org tgh dlm nk slsaikn mslh yg timbul n bknnya b'pihak kpd 1 pihak,knelh dgr dri dua2 phk.,akhr kalam pemuda pas tg kuala sdia b'bincng ngn sape2 t'utma yb zaki n abd rshd,.Berani krna bnr..Jgn pla angp tgrn sbgai mslh tp angplh tgrn sbgai cra m'cri kbnrn..
Kpd radza,tlg jga tlsn 2 skt,apa salam maut2 ni,klu nk cri maut sgt glh siam,jgn ingt demo je yg ada tgn n senang2 nk tmpr org,ingt skt org lain pn ada kudrat jg.Bkn smua p'ylsain xkn slsai ngn kekerasan.,

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Saya bukan emosi, tapi cara anda gunakan memang tak kena. Saya letak nama sebagai bukti saya anak jantan dan sedia bersemuka untuk selesaikan masalah. Anda nampak sangat penakut kerana sekadar letak nama ' pemuda x puas hati' je. Berani ke macam tu? Anda kata berana nak bersemuka dengan YB atau saya. Sekarang sebelum anda bersemuka dengan YB atau saya, cuba tunjuk keberanian yang anda kata berani kerana benar itu dengan letakkan nama sebenar anda sebenar!

Kalau setakat buat macam ni semua org boleh. Kalau anda kata cara pemilihan ajk cawangan itu tak betul, ok cuba kemukakan cara pemilihan yang anda belajar itu yang dikatakan betul! Anda jgn lupa, malam pemilihan tersebut Utz. Abd Aziz ada selaku pemerhati MTD. Jika anda kata pemilihan tersebut tidak betul, maka Utz. Abd Aziz juga turut terlibat.

Anda kata saya emosional. Cuba anda fikirkan fitnah yang anda lemparkan terhadap ajk cawangan itu. Saya tahu siapa dibelakang anda! Cuba saya hendak tengok sejauh mana keberanian anda! Sekiranya nak kemukakan nama pun anda tidak berani, inikah sifat yang ada untuk jadi pemimpin?

Begitukah cara Islam ajar. Anda kta kami ajk ni seolah tak layak untuk memperjuangkan Islam kerana pemilihan dilakukan cara kotor. Ok, cuba buktikan siapakan anda yang layak untuk jadi pemimpin untuk memperjuangkan Islam.

Saya tahu, berapa kerat sangat pemuda yang anda internet dan tahu masuk internet. Saya tahu siapa anda, cuma saya hendak tengok seorang yang mengaku diri sebagai layak untuk menjadi pemimpin dan orang lain salah. Tonjolkan diri anda baru orang lain tahu sama ada anda layak untuk menjadi pemimpin.

Anda kata pemuda tidak mahu jadi ajk dalam pemilihan baru-baru ini kerana tidak mahu jadi kambing hitam. Saya nak tahu prinsip Islam manakah yang anda pakai? Anda sudah salah dalam prinsip seorang muslim dan kempimpinan. Bukankah Allah s.w.t telah berfirman supaya menyuruh kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran? manakala Rasulullah s.a.w pula telah bersabda supaya mencegah kemungkaran dengan tangan atau dengan lidah atau dengan hati. Atau mungkin anda mencegahnya dengan hati, sebab anda seorang yang lemah iman!

Anda kata saya seorange emosianal. Tapi anda merupakan seorang penakut dan dayus kerana hanya berani melalui internet sahaja. Saya selalu balik ke cawangan. Kenapa tidak anda jumpa sahaja saya dan kita selesaikannya?

Saya menunggu untuk melihat sejauh mana keberanian anda! Dan bukan sahaja saya, malah seluruh ajk cawangan, MTD dan YB sendiri sedang tunggu untuk bersemuka dengan anda!

Saya yakin saya dan ajk cawangan dipihak yang benar. Di bulan yang mulia ini saya mohon kepada ALLAH supaya menunjukkan kebenaran dan mengapuskan kebatilan. Serta menghancurkan sesiapa yang ingin menghapuskan cahaya ALLAH hanya oleh kerana tidak puas hati!

always extreme said...

kalu demo nok bicang nga yb atau nga sid, bakpo sblm demo komen dale blog ni g jupo dulu...

hk ni la kawe oyat demo bodo xleh. demo marah...demo wk gini lebih bodo dr org yg bodo...

takut demo eh...jadi kambing hitam ko sapo2...

kawe sebenarnya buke nk capur tangan sangat pasal kes tg kuala ni, sb nya uga demo guna blog ni jadi medan perbalahan....x kena sake la...

kalu ore hk buleh buka internet ni, ore jenis cidik jugak la demo ni... tapi kawe duk prati demo ni x cidik lasung.

besoho dengan xleh jwtn tok ngulu teh. kalu nk sangat g jupo TOK GURU sdiri, oyat ko dia kata "ambo nk jd tok ngulu ni". confirm TOK GURU kata "BULEH". tra kalu x caya gak.

Unknown said...

salam di akhir ramathan
kpd saudara2 warga tg kuala,saya
harap anda sekalian jangan bergadoh kerana tidak ada untung.
saya rasa kalian cepat2lah selesaikan problem ini.
thank you

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Alhamdulillah, sudah nampak jalan penyelesaiannya. Hasil pertemuan dengan pemuda cawangan kelihatannya bibit-bibit penyelesaian mula kelihatan. Cuma nanti akan disusuli dengan pertemuan khusus untuk menguraikan kukusutan ini.

Tahniah juga saya ucapkan kepada 'pemuda x puas hati' yang mengambil sikap bertanggungjawab dan berani untuk mengaku.

Cuma nasihat untuk semua yang mengikuti pertikaian ini, gunakan saluran yang betul sekiranya ada sebarang masalah.

Tanya ajk atau orang yang terbabit sebelum membuat sebarang kesimpulan dan jangan mendengar hasutan atau kata-kata orang yang tidak mempunyai jawatan dalam cawangan mengenai perkara-perkara yang melibatkan cawangan.

"WAHAI TUHAN KAMI, BUKAKANLAH DIANTARA KAMI DAN KAUM KAMI DENGAN KEBENARAN. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH SEBIK-BAIK PEMBUKA HIJAB KEBENARAN."

Anonymous said...

salam
time kasih di atas tindakan yg diambik oleh abg rashid bgi menyelesaikan kekeliruan yg ada dikalangan pemuda tg kuasa..
sy hrpkan selepas ni ada tindakan susulan or perjumpaan susulan yg akn dilakukan oleh abg rashid atau ajk cawangan tg kuala bgi menerangkan isu yg berbangkit..
akhir kalam sy memohon maaf klu sy ada menimbulkan kekacauan didlam blog yb ni..
selamat hari raya aidulfitri
maaf zahir dan batin

rahza said...

ha...macam ni lah baru bagus pemuda pas...ape2 hal bincang nga elok...
maaf ko kawe atek....

always extreme said...

bagus doh tu...pemuda pas marah tok lama...de dia pehe gak takpo la...

abu anas tantawi said...

syabas dan tahniah di atas action
pemuda itu. semoga allah cucuri RAHMAT di ambang akhir ramthan ini. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Anonymous said...

Assalamualaikum....

Sebenarnya masalah Pemuda Caw. Tg. Kuala ni tak ada masalah. Bagi saya, ianya fenomena biasa yang berlaku dalam politik.
Bagi pemuda Tg. Kuala, anda perlu profesional dalam menangani segala permasalahan yang dihadapi. Anda adalah penentu kejayaan. Cuma, sekiranya Cawangan menghadapi masalah, pemuda sebolehnya ambil sikap berkecuali. Jgn masuk mana2 pihak.
Sebagai pemerhati politik di DUN Kelaboran, saya banyak mengetahui selek belok pergolakan parti.
Kepada sdr. Abd. Rasyid, anda perlulah lebih profesional dalam menangani masalah di Cawangan. Sebagai KP Pemuda DUN & salah seorg Tim. Pengarah MTD, anda tidak perlu menyebelahi mana2 pihak. Anda perlu ambil jalan tengah. Jgn masuk mana2 pihak walaupn sblah pihak tu, saudara anda!!!\

Inilah puncanya jika anda berat sebelah dalam memimpin cawangan.
YB Zaki tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Beliau telah mencuba sedaya upaya untuk rakyat di DUN Kelaboran. Anda jgn berfikiran "Apakah sumbangan YB kepada anda'?
Tapi, anda perlulah bertanya, "Apakah sumbangan anda pada YB"???
Terlalu banyak persoalan ini untuk dijawab.
Fikir-fikirkan lah.....

Anonymous said...

Harap dengan komen tu, semua org akan buka minda... Saja malas tulis nama...

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

saya paling tak suka kalau komen tak tulis nama sebagai menunjukkan kita bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis. Adakah anda fikir dengan tidak menyatakan siapa diri anda, ALLAH tidak tahu siapa anda? Anda tetap akan diberikan pengadilan dihadapan Allah nanti.

Terima kasih atas komen anda. Cuma anda mgkn silap mengenai selok belok berpersatuan. Anda tahu bahawa saya adalah ajk cawangan. Setiap keputusan yang dibuat cawangan adalah melalui mesyuarat! Sebagai ajk cawangan yang terlibat, wajib saya mempertahankan keputusan mesyuarat w/pun kadang2 ia tidak saya setujui. Itu adalah peraturannya! Seperti anda, apa2 keputusan yang dibuat oleh pimpinan wajib anda patuhi selagimana ia tidak bercanggah dgn syariat w/pun ianya tidak anda setujui. Itu dinamakan wala'! Anda tahu apa itu wala'? Jika tidak tahu, datang jumpa saya. nanti saya terangkan dengan panjang lebar.

Saya mohon maaf jika pimpinan saya dicawangan berat sebelah. Oleh itu, saya harap anda nyatakan siapa anda dalam blog ini supaya orang cawangan boleh menilai anda untuk dicalonkan sebagai ajk cawangan bagi menggantikan saya nanti. Boleh? Saya berbesar hati untuk serahkan jawatan saya kepada anda bagi membolehkan anda mempimpin cawangan menggantikan saya yang berat sebelah ini. saya tunggu jawapan anda.