Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa akur dengan desakan rakyat apabila menyerah secara tergesa-gesa portfolio Menteri Kewangan kepada Timbalannya. Portfolio ini cukup penting dalam menghadapi suasana ekonomi negara pada masa kini.
Penyerahan ini memperlihatkan secara jelas kelemahan Pak Lah dalam mengurus hal ehwal ekonomi negera. Beliau takut menghadapi situasi ekonomi negara yang makin tergugat dan pasaran saham yang tidak menentu.
Persoalannya, mungkinkah kedudukan kerajaan BN sekarang semakin terumbang ambing apabila Pak Lah hanya mengharapkan jaminan keselamatan hayat politiknya berbanding mengambil berat masalah ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment