Tuesday, September 16, 2008

PEMUDA PAS BANTAH PENAHANAN GUNA AKTA ISA OLEH KERAJAAN BN



Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membuat penegasan bahawa penahanan menggunakan akta ISA oleh kerajaan BN adalah zalim dan bercanggah dengan Islam. Akta ISA adalah turut menafikan hak asasi manusia serta bercanggah dengan hukum Islam. Dalam lslam kita yakin adanya Padang Mahsyar, suatu tempat yang semua manusia akan dikumpulkan kembali selepas Hari Qiamat untuk menerima pembalasan terhadap apa yang telah mereka lakukan sepanjang penghidupan di mukabumi dahulu. Di Padang Mahsyar inilah mereka akan dibicara di Mahkamah Allah, pada masa ini tangan, kaki dan anggota tuboh manusia akan menjadi saksi di hadapan Allah Taala. Jika Kerajaan Allah Taala yang mempunyai kuasa mutlak pun akan bicarakan manusia di Padang Mahsyar, kenapa kerajaan BN tidak mahu bicarakan orang yang ditahan ke muka pengadilan...!!!

No comments: