Terpapar dalam Berita Bernama hari ini dengan tajuk berita "Anggota MT Bocor Maklumat Petualang Dalam Umno, Kata Muhammad,". Terpikir juga dalam kotak pemikiran saya bahawa memang saat kematian UMNO makin hampir sangat. Kalau sampai peringkat maklumat dalam perbincangan tertutup yang hanya dihadiri oleh anggota MT pun boleh bocor kepada pihak media dengan mengambarkan maklumat tentang ada dikalangan anggota MT dalam mesyuarat pada Jumaat lalu cuba memberi tekanan meminta Perdana Menteri membuat peralihan kuasa kepada Timbalannya lebih awal daripada 2010.Ia mengaitkan Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pemuda, Datuk Hishamuddin Hussein; Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Mohd Shafie Apdal. Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini menyifatkan mana-mana anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang membocorkan sebarang maklumat perbincangan tertutup mesyuarat MT kepada pihak luar sebagai petualang.Beliau berkata sebagai anggota MT mereka sepatutnya perlu berpegang kepada etika dan tatasusila ketika menghadiri mana-mana mesyuarat sama ada di peringkat MT atau negeri."Kalau kita bocorkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat bermakna kita boleh dikategori sebagai petualang."Perangai petualang harus tidak ada pada pemimpin dalam parti kita kerana perbuatan ini jijik dan memalukan," katanya kepada pemberita.
Inilah gambaran sebenar pemimpin UMNO yang menerajui kepimpinan negera Malaysia pada hari ini. Sama-sama mereka pun, tidak boleh bersikap amanah sebagaimana kenyataan Rafidah Aziz yang menyifatkan mereka yang membocorkan maklumat tersebut sebagai tidak amanah.
Samada "tidak amanah" atau "petualang", inilah feel pemimpin UMNO sejak dari dulu, kini dan selamanya.....Rakyat Kelantan sudah 18 tahun dikhianati oleh pemimpin UMNO yang tidak amanah. Petualang-petualang dalam kepimpinan kerajaan UMNO yang seumpama inilah yang sentiasa menafikan hak rakyat Kelantan dalam memperolehi peruntukan kerajaan Persekutuan dalam apa jua perkara termasuk dalam soal pendidikan agama.
2 comments:
betul tu
pemimpin UMNO kalau nak kira semua petualang dan tidak bermana.
Kok2 ketua penerangan sendiri yg membocorkan maklumat mesyuarat mt umno.
rafidah pun bukan boleh percaya sangat.
Post a Comment