Sunday, September 14, 2008

KEMBARA IMAN DI LAUTAN RAMADHAN


Umum mengetahui bulan Ramadhan adalah bulan yang paling dinanti oleh makhlukNya terutama bagi si a'bidin dan si salihin kerana di bulan ini sang Pencipta sedang membuat cheap-sale di atas segala amalan, yang sunat mendapat ganjaran wajib, yang wajib mendapat ganjaran sehingga 700x amalannya... Raya sakanlah sesiapa yang menjadi perindu dan pengamal di bulan ini.

Namun tidak keterlaluan disebut, ada yang mengeluh kerana kehadirannya. Bukan si non-Muslim yang mengeluh tetapi si Muslim juga, yang bersyahadah seperti kita, yang mengaku Allah itu Esa, yang solat seperti kita (walaupun sehari tidak cukup waktu yang 5), yang masuk rumah tanggal seliper. Ya lah all in all, dia itu Muslim juga. Konon kena gastrik.. Ahhaa gastrik di bulan Ramadhan sahaja. Bulan lain, perut okay, no problem, sihat sejahtera. Tak percaya? Jom kita buat rombongan lawatan ke klinik-klinik swasta di seluruh pelusuk Malaysia...

Sebenarnya ini bukan isu utama. Bagi yang mengaji dan mengkaji, umum maklum bahawa pada bulan Ramadhan ini pintu Neraka ditutup serapat-rapatnya dan pintu Syurga dibuka seluas-luasnya, manakala syaitan dan iblis di belenggu lehernya, namun kenapa masih ada yang semakin menjadi-jadi perangainya? Pembunuhan, pergaduhan, rompakan, tidak berhenti-henti.. Itu isu sosial yang menerajui berita perdana.. Lihat pula fitnah dan tuduh menuduh yang kian bermaharajalela. Aduuuh.. rintangan bagi si a'bidin dan si salihin semakin membadai..

Namun ketahuilah, tugas kita sebagai pejuang kebenaran ini memanglah tidak lepas dari ujian. Sejak zaman azali lagi, bacalah sejarah pejuang nan lalu, malah turut dipahat di dalam al-Qur'anul Karim.. Cumanya, sanggup atau tidak sanggup kita menghadapinya. Kalau kita sambut cabaran itu, hadapi dengan ketabahan, kesabaran, keimanan dan kebijaksanaan, maka kita akan lulus dengan flying colours... begitu jugalah sebaliknya, jika kita sahut ujian itu dengan emosi kemarahan, pendek akal, lemah keimanan, maka kitalah golongan yang rugi... Tidak akan naik darjat kita.. Sedangkan sepatutnya diri kita pada hari ini lebih baik dari hari semalam..

Fathi Yakan dalam nukilannya mengupas Hadith RasuluLlah saw yang membawa maksud, Orang Mu'min (Pejuang Kebenaran) akan sentiasa diambang dugaan yang sukar, di mana dia akan menghadapi cabaran-cabaran globalisasi dari 5 jenis manusia di bawah:
  1. Mu'min yang merasa dengki kepadanya
  2. Munafiq yang membenci dirinya
  3. Orang Kafir yang memeranginya
  4. Syaitan yang sentiasa menyesatkannya
  5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
Di bulan Ramadhan ini mungkin 2 kategori terbawah itu telah terkecuali.. tetapi bagaimana pula yang dua teratas? Boleh kenalkah kita? Kalau orang kafir, kita boleh kenal kerana mereka ini non-Muslim, kafir Harbi maksudnya.. bukan yang Zimmi.. Yang menjadi masalah ultra besarnya ialah dua golongan teratas. Mu'min tetapi pendengki.. bagaimana RasuluLlah saw masih memanggil seseorang pendengki itu sebagai Mu'min? Hmmm... panjang pula perbincangan ini nanti. Itu belum masuk si Munafiq lagi. Siapa yang mahu dirinya dipanggil Munafiq? Abdullah bin Ubai.. solat jemaah di belakang RasuluLlah saw, serban mungkin lebih besar dari Mullah Iran, ayat Qur'an di dalam ingatan, tetapi dialah bapa Munafiq. Atau kita berfikiran, aah... mana mungkin.. masih ada lagikah golongan begitu di zaman cyber yang serba maju lagi canggih ini?

Dipendekkan cerita, bersempena bulan Ramadhan ini, sahabat-sahabat bloggers.. kita kena bermuhasabah, buatlah analisa SWOT ke atas diri sendiri, tingkatkan ketaqwaan kepada sang Pencipta, ambillah pengajaran dari surah pilihan tadarrus Kerajaan Negeri Kelantan tahun ini (surah al-Hasyr, ayat 18-24) dan berusahalah agar di penghujung Ramadhan seolah-olahnya kita baru lahir bersih, suci dari kekotoran dosa pendengki atau Munafiq dan menjadi manusia yang terbaik di kalangan yang terbaik bak kata pepatah "Tidak Penting Di Mana Kita Bermula.. Apa Yang Penting Adalah Dimana Kita Berakhir....."


2 comments:

faisol said...

sebuah tulisan yang menggugah semangat diri untuk terus introspeksi...

terima kasih sharingnya...
semoga bisa menjadi ilmu yg bermanfaat & Multi Level Pahala (MLP), amin...
selamat Berpuasa... semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT, amin..

sebagai tambahan, saya membuat tulisan tentang "Benarkah Kita Hamba Allah?"
silakan berkunjung ke:

http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/09/benarkah-kita-hamba-allah-1-of-2.html
(link di atas adalah tulisan ke-1 dr 2 buah link benarkah kita hamba Allah?)

Apakah Allah juga mengakui bahwa kita adalah hamba-Nya?

semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin...

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/

Dun Kelaboran said...

TERIMA KASIH FAISOL! SEMOGA KESEDARANMU MEMBIAK KE SAHABAT SEPERJUANGAN YANG LAIN...
SALAM PEJUANG!